Followers

Thursday, January 5, 2012

Pakaian Melayu Dulu-dulu


ilustrasi gambar Hang Tuah

semenjak berjinak jinak dengan Senaman tua ni.., telah timbul
hobi baru.. mencari pakaian pahlawan melayu dahulu..
kalau nak layan hobi ni boleh berabis juga duit pasal nak
kene beli samping, bengkung, tengkolok
dan yang paling mahal ..keris.. jom tengok..


tengkolok ni tempah kat member.. dia tukang jahit, tapi tak pernah
buat tengkolok pun..saya paksa dia buat..camni lah rupa dia..
ok la..dari takde.. harga kain beli indian made punya 30 hengget.
upah jahit sekali dgn bengkung 40 hengget..kira murah la tu..

pergi tanya kat jalan masjid india KL..tengkolok saja rm250..heh..
ye lah..dia guna songket trengganu..songket saja dah rm 200.
dan buatan dia lagi kemas dari yang ni.


ni la bengkung untuk ikat samping tu..



ini gambar Taming Sari..Diorang kata la..masa pameran
keris kat Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar
pada 29.05.2011.. saya tak percaya langsung. kalau betul taming sari..
dah kene rompak ni.. boleh buat pergi merompak pulak.. dah kata
sapa pegang keris ni jadi kebal.. tapi terpulang pada
pandangan masing2 la..


hah..ni keris untuk hiasan..
keris buatan indonesia, sebab keris ni lebih kepada hiasan.. sarung dia dibuat
cantik.. tapi buatan dia menggunakan bahan yang murah la..
murah pun beratus jugak harganya ni bro..


tu dia.. keris ni lok 5, cantik sangat..siap ada pamor..


apa benda nya pamor tu. pamor tu corak pada bilah keris..
cuba tengok kat sini.. ada macam bergaris bulat bulat kat keris ni..
ini dipanggil pamor ular.. kalau orang dulu buat keris..dia campurkan
berbagai jenis besi untuk jadikan bilah mata keris ni.. biasanya ..
campuran 5 jenis besi..ada 7 jenis besi.. proses campuran besi tu lah..
yang menghasilkan bentuk pamor ni.. orang kata la.. kalau diorang
kelentong..kira kelentong la saya juga..

Add Image
yang kuning ni keris gelanggang ..keris ni biasa dipakai pakai masa latihan je..
harga dia lebih murah..murah pun ratus jugak la harganya..


cuba tengok keris gelanggang ni.. dia takde pamor.
bilah dia dibuat dengan besi biasa je kemudian grinding
macam buat parang..takde seni..


cuba tengok yang ni.. kan cantik tu..ada corak (pamor)


kalau tengok dekat..nampak beberapa bulatan berlapis lapis
kat situ..menunjukan bilangan besi yang dicampurkan pada
mata keris ni. katanya lah..


yang ni pulak.. corak kesan kene mesin grinding je..


dua dua keris ni pun boleh berdiri tegak macamtu..
kalau cari kat intenet..banyak pengamal ilmu mistik ni
jual keris berdiri macam ni..konon nya ada jin la.. khadam la..
takde maknanya nak tunggu ada khadam baru boleh berdiri keris tu.
sapa sapa pun boleh tegakkan keris tu.. betul balancing dia..
tegak la dia..

tapi bukan la menafikan ada keris yang diorang letak jin.. itu diorang punya
pasal la.. jaga2 kalau beli keris lama2 ni.. silap silap kacau bilau kita
di ganggu jin keris tu..orang dulu2 mempertahankan diri guna keris..
kita sekarang keris buat hiasan je..tak payah ada jin..buat syirik je..

apa macam.?.menarik tak..?apa lagi..jom beli keris..haha...geram tengok..
keris yang kat atas tu..member punya.. sekarang sedang sebuk survey keris la ni..
tak jumpa yang sesuai lagi..sesuai dgn poket..hehe

8 comments:

  1. wah.. hebat..keriswarisan sudi dtg sini tengok keris.. malu pun ada.. pasal yang datang tengok tu pro pasal keris.. yg kat sini baru nak belajar kenal keris. terima kasih banyak keriswarisan sudi dtg melawat kesini.

    ReplyDelete
  2. hebatnye cmne kalau sy nk tempah tengkolok...contact nom?

    ReplyDelete
  3. sebenarnya dalam intenet pun ada org jual dah siap.. buatan lagi kemas la..

    RM150 sahaja...Siap Upah semua (Tanjak+Bengkong+Sampin) satu set.

    RM100 untuk tanjak sahaja

    http://kedaiwarisan.blogspot.com/
    Alamat: Bandar Sri Damansara.
    No.Tel: +6012-536 7299
    Email: info.pusakawarisan@gmail.com
    Masa Operasi: 9.00 Pagi - 9.00 Malam

    http://kedaiwarisan.blogspot.com/2011/12/tempahan-set-tanjak-melayu.html

    ReplyDelete
  4. sundangmoro@keriswarisanMarch 1, 2012 at 11:40 PM

    Kami di warisan media/keriswarisan sedia menerima tempahan membuat tanjak. sila lawat www.keriswarisan.com dan cari fansuri atau sundangmoro

    ReplyDelete
  5. dah beberapa kali juga saya cuba lawat keriswarisan.. tapi website terlalu berat.. kalau intenet slow..tak boleh buka.. lagi satu..malas nak register..hehe

    ReplyDelete
  6. nak tnya la yang kat masjid india 2 kedainya nama apa?

    ReplyDelete