Followers

Saturday, March 30, 2013

Merawat kolestrol dalam darah cara org kampung

kebanyakan orang lama2 di kampung masih memilih cara traditional untuk menjaga kesihatan mereka., kebanyakan mereka percaya, ubat ubatan cara modern jika di amalakan secara berterusan, kebanyakan hanya  merawat suatu penyakit tetapi akan menimbulkan penyakit lain yang lebih buruk. mereka tak perlu bukti saintifik untuk mempercayai apa yang mereka percaya..

bagi ibu saya yang dahulu penah dibekalkan oleh doktor dengan babagai ubatan untuk mengawal kolestrol dalam darah, dia lebih selesa untuk memilih ubatan herba traditional untuk mengawal penyakitnya.

daun herba Pokok Balik Adab

















cara ini telah dikongsikan oleh kawan ibu saya yang juga mempunyai masalah yang sama. dengan meminum rebusan air daun herba balik adan dan dicampur dengan daun Misai kucing, bukan saja dapat  mengawal penyakit kolestrol mereka, malah badan mereka terasa lebih cergas dan bertenaga.

Daun Herba Balik Adab















Daun herba balik adab ini agak kesat di kedua permukaan nya seperti daun mempelas.

Pokok Misai Kucing


















daun pokok misai kucing ini dicampur dengan daun balik adab untuk direbus dan dijadikan minuman harian.

Pokok Herba Balik Adab




















Pokok Herba Balik Adab ditanam dihadapan rumah.

Anak Pokok Balik Adab


















pokok balik adab sangat mudah ditanam. hanya patahkan lebih kurang sejengkal dari pucuknya, dan tanam sajalah diatas tanah.

daun balik adab yang dijemur












petik daun balik adab dan daun misai kucing dan jemur di tengah panas matahari hingga kecut seperti dalam gambar.
untuk secerek air rebusan, ambil 10 helai daun balik adab dan sejemput daun misai kucing yang telah dijemur, rebus sehingga mendidih.

Air rebusan herba balik adab dan misai kucing












jadikan air rebusan ini sebagai minuman harian. rupa dan rasanya seperti air teh-o kosong yg tidak dibubuh gula.

No comments:

Post a Comment