Followers

Saturday, June 15, 2013

Batu Permata barang perhiasan

Ada berbagai barang perhiasan yang di jual menawarkan berbagai barangan perhiasan berbentuk batu permata yang sangat cantik. ada yang berharga mahal dan ada juga yang berharga murah. Timbul keraguan, kenapa pula ada permata berharga murah dan kenapa ada yang mahal.

Secara umumnya Batu Permata ( Germstone) yang paling terkenal adalah terdiri dari Berlian (Diamond), batu Delima (Ruby), batu Nilam (Sapphire) dan batu Zamrud / jade (Emerald). Batu Safir pula merujuk kepada batu permata selain batu Delima (Ruby). Kesemua batu ini adalah batu permata tetapi dikelaskan mengikut warnanya. Diamond adalah tidak berwarna, Delima bewarna merah, Nilam berwarna biru dan Zamrud berwarna hijau.

Batu Permata adalah Mineral yang terbentuk oleh proses Geologi yang memakan masa ribuan atau jutaan tahun. Batu permata seacra asas di nilai dari jenis, warna, size dan kesukaran mendapatkanya.

Beraneka pilihan batu permata




















Batu permata Nilam (Sapphire) - Biru

Batu Nilam yg paling tinggi nilainya adalah yang  terdapat di Kashmir di ikuti  di Burma. ia mempunyai tahap kekerasan yangg  tinggi sehingga tahap 9 pada skala MOHS. Harga batu nilam juga  mahal bergantung pada kualiti dan warna nya.. Sebentuk cincin yg dihiaskan dengan batu nilam  boleh mencecah ribuan ringgit. (bergantung pada kualiti batu dan reka bentuk cincin tersebut). Batu Nilam dikelaskan sebagi batu permata kelas 1.

Batu Delima (Ruby) - Merah









Batu delima adalah antar batu permata yang paling masyur sekali.. ia digelar “raja permata’ warna nya yang merah hati dan ada yg pink adalah sangat menarik . ia mempunyai tahap kekerasan tinggi sehingga tahap 9 pada skala MOHS.  Harga batu delima juga mahal. Sebentuk cincin yg dihiaskan dengan batu delima mencecah ribuan ringgit (bergantung pada kualiti batu dan reka bentuk cincin tersebut). Batu Delima dikelaskan sebagi batu permata kelas 1.


Batu Zamrud ( Jade / Emerald ) - Hijau












Warna yang paling disukai ia warna hijau terang yg tidak terlalu gelap dan tidak terlalu kusam.  ia mempunyai tahap kekerasan 7 pada skala MOHS.  Harga batu zamrud juga mahal. Sebentuk cincin yg dihiaskan dengan batu zamrud sama juga sehingga mencecah ribuan ringgit (bergantung pada kualiti batu dan reka bentuk cincin tersebut). Batu Zamrud dikelaskan sebagi batu permata kelas 2.

Lihat harga jualan Cincin batu permata disini. 


Intan Berlian (Diamond) - Tiada Warna












Dimond adalah yang paling mahal dan mewah dalam kelas batu permata. mempunyai tahap kekerasan tahap tertinggi tinggi sehingga tahap 10 pada skala MOHS. Dimond juag di panggil Crystal kerana sifatnya yang lutsinar dan bercahaya (Sparkle). dikelaskan sebagi batu permata kelas 1.


Quartz - Kuartza











Quatz biasanya di pasang pada jam berjenama juga adalah di kelaskan dalam batu permata. Ia dikenali dengan bentuk Heksagon dan berkilau. Juga sering di panggil Crystal kerana sifat nya yang lutsinar. 
Kaca ( Glass ) dan Arclic Juga dikenali sebagai barangan Crystal. dikelaskan sebagi batu permata kelas 2.


Sebenarnya ada banyak lagi jenis batu permata yang lain yang tidak begitu popular yang sering di pakai pada cincin Kaum lelaki.

walaupun terdapat berbagai jenis Permata yang berharga mahal di pasaran. terdapat juga permata tiruan yang di buat melalui proses kimia campuran beberapa bahan untuk dijadikan berbagai jenis Permata yang baynyak digunakan dlam barang perhiasan masakini.

Antara Permata tiruan yang sangat terkenal dan lah seperti Rhinestone dan Cubic Zirconia.

Rhinestone












Rhinestone yang asli dan bermutu tinggi asalnya di buat dari Quartz Crystal yang di dapati dari Sungai Rhine German. Kebanyakan Rhinestone kini adalah di perbuat dari kaca dan Arclic . Rhinestone di buat menyerupai semua jenis batu permata dan sangat murah harganya. Walau bagaimana pun Rhinestone mudah rosak dan alah pada cuaca.

Cubic Zirconia












Seperti Rhinestone, Cubic Zirconia boleh dijadikan apa saja jenis batu permata. Cubic zirconia adalah di buat dari zirconium dioxide yang lebih keras dan kuat berbanding Rhinestone. Ia juga kini digunakan secara meluas dalam pembutan barang kemas seperti cincin, handphone, jam tangan dan sebagainya. Jika dibanding dari segi kualiti Cubic zirconia adalah lebih baik dan mahal berbanding Rhinestone.  

Contoh Barng Hiasan yang di buat dengan gabungan Permata Asli dan Tiruan













No comments:

Post a Comment