Followers

Wednesday, July 15, 2009

TOK BOMOH

Kali ni saya nak bawa cerita tok bomoh.., kebanyakan orang melayu percaya kemampuan tok bomoh dengan ilmu perbomohanya.., ada pula kalangan masyarakat moden tidak mempercayai ilmu perbomohan dan dianggap penipuan semata mata kerana tidak dapat dibuktikan dengan sains. Betulkah kemampuan perbomohan ini ujud atau penipuan mencari duit semata mata.?

Pengertian Tok Bomoh.

Tok Bomoh menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung yang mengubati orang sakit dengan
menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi yang tertentu dan sebagainya. Termasuk juga dalam istilah ini ialah Tok Pawang dan dukun.
Pecahan-pecahan Tok Bomoh.
Tok Bomoh dalam masyarakat Melayu secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada beberapa
pecahan dan bidang mengikut kepakaran masing-masing. Antara yang terkenal ialah :-

a. Tok Bomoh Kayap
Tok Bomoh Kayap biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil
daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti daun sireh, kapur makan, pinang dan sebagainya.

b. Tok Bomoh Santau
Tok Bomoh Santau biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil
daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakanialah seperti tanah liat, bawang merah, sireh pinang dan sebagainya.

c. Tok Bomoh Barah
Tok Bomoh Barah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil
daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti telur ayam, akar lalang, sireh pinang dan sebagainya.

d. Tok Bomoh Patah
Tok Bomoh Patah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil
daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti minyak, daun mengkuang, air telaga dan sebagainya.

f. Tok Bomoh Ekor
Tok Bomoh Ekor biasanya menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu dan jampi serapah menyeru Jin dalam usaha untuk menghadirkan nombor ekor yang diingininya. Manakala peralatan yang sering digunakan ialah seperti telur ular tedung, cawat besi, keris atau senjata lama dan sebagainya.

g. Tok Bomoh Harta Karun/Tarik Duit.
Tok Bomoh Harta Karun/Tarik Duit menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al- Quran dan mentera-mentera tertentu dalam usaha mereka menarik duit atau mencari harta karun yang tersembunyi di mana-mana. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti stareka cap kepala ayam, talam tembaga, batu delima merah, lesong batu berlubang, keris samar kucing dan sebagainya.

h. Tok Bomoh Urat/urut
Tok Bomoh Urat dan urut mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil
daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti minyak angin, air telaga dan sebagainya.

i. Tok Bomoh Budak, Tok Bomoh kecil dan sebagainya
Tok Bomoh budak, Tok Bomoh kecil yang boleh berubat berbagai-bagai jenis penyakit yang pelikpelik tanpa belajar dari mana-mana, walaupun beliau masih kecil dan belum akhil baligh.
Senarai di atas adalah merupakan sebahagian daripada pecahan-pecahan Tok Bomoh dalam
istilah masyarakat Melayu. Walaupun begitu masih banyak lagi pecahan Tok Bomoh yang tak
dapat di terangkan dan dimasukan dalam tulisan ini kerana terlalu banyaknya pecahan tersebut.

Cara-cara menjadi Tok Bomoh dan seumpamanya.

Untuk menjadi Tok Bomoh dan sumpamanya, adalah melalui berbagai jalan dan caranya yang
tertentu. Antaranya :-
a. Melalui warisan dari keturunan datuk neneknya atau melalui saka-baka, di mana datuk nenek
atau keturunanya yang terdahulu pernah menjadi Tok Bomoh yang terkenal dan apabila mereka
meninggal dunia maka ilmu perbomohan itu menurun atau mengalir terus ke dalam tubuh anakcucu mereka pula.
b. Mereka didatangi oleh Khadam yang menyerupai datuk neneknya dalam mimpi yang
memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi -jampi atau mentera-mentera tertentu. Setelah diamalkan ayat-ayat atau jampi tersebut maka datanglah khadam-khadam tertentu untuk memberi pertolongan.
c. Melalui bacaan wirid, ayat, jampi, serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkanya.
d. Melalui amalan-amalan latihan pertahanan diri tertentu, ataupun daripada ilmu perlatihan
pertahanan dirian yang dituntutnya.
e. Melalui pertapaan atau uzlah di tempat-tempat tertentu seperti di dalam gua, di muka kuala, di dalam hutan dan sebagainya sehingga dikunjungi oleh khadam-khadam yang bersyarat bagi
menghasilkan hajatnya.
f. Melalui pembelajaran dan penerimaan daripada guru-guru yang mempunyai khadam atau yang diamalkanya melalui kitab-kitab tertentu secara bersendirian.
g. Meniru tanpa berguru iaitu samada belajar dari kitab atau melihat cara orang lain berubat lalu
di tirunya.

KESESATAN DALAM PERUBATAN

Kebanyakan kesesatan yang boleh membawa kepada syirik dan menyebabkan seseorang itu
menjadi kafir kebiasaannya berlaku dalam bidang perubatan yang dilakukan Tok Bomoh dan
seumpamanya. Kesesatan tersebut bolehlah dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama
antaranya :-

1. Sesat Tok Bomoh, Tok Dukun, Tok Pawang, Mak Bidan dan Mak Andam dan seumpamanya
Kesesatan yang sering berlaku pada golongan ini, ialah melalui proses mengubati pesakit atau
dalam melakukan pekerjaan mereka, mereka mempunyai hubungan dan meminta pertolongan
dengan khadam-khadam yang terdiri samada daripada Jin Islam alam rendah atau yang terdiri
daripada Jin-Jin kafir. Mereka menjadi sesat melalui berbagai cara antaranya :-

a. Melalui Jampi, mentera dan serapah.
Kebanyakan daripada Tok Bomoh dan seumpamanya menggunakan jampi atau mentera yang
menyeru khadam-khadam untuk meminta pertolongan bagi membantu mereka memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengunjungi mereka. Biasanya jampi mentera itu dimulai dengan bacaan Basmallah …………. Dan di sudahi dengan selawat ke atas Nabi atau dengan menyebut Lailahailll Allah Muhammadar Rasulullah ". Tetapi di tengah-tengah jampi mentera mereka terdapat seruan-seruan kepada Jin bagi meminta pertolongan mereka dalam mengubati pesakit atau mendapatkan sesuatu. Contohnya seperti :-
Amalan Batin.
" Bismillahirrahmanirrahim."
Kuliat kulit banyu, sufaat daging banyu, rai ro ra inson, rogo iro rogo inson,
aku bali gowo cohyo, cohyo maskinang kining,
sang yang tunggang gerono anci-ancik kendali puro,
berkat bulan kembang bintang dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.
Serapah lekat Tulang.
" Bismillahirrahmanirrahim."
Hei ! kerancang tulang dalam buluh, melela makan buat daku,
kalau kau hendak ke dalam, kedalam tulang, kalau kau nak keluar, keluar tulang,
kalau tidak aku sumpah kata Allah berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.
Serapah menepung Tawar
" Bismillahirrahmanirrahim."
Hai Jin Tanah Jembalang Bumi,
Hai Jin Hitam serangkap rang bumi, pelesit di bumi,
putar tanggah di bumi, puak juak mu, aku nak minta tolong jaga,
tempat yang aku buat ni, aku menanggung baik di atas aku,
dan jahat di atas mu, dengan berkat kata Lailahaillah Muhammadurrasulullah.
Mentera Menepung Tawar.
" Bismillahirrahmanirrahim."
Hai ya sema yang semung, ya sema tiga terkendong,
kembang wadi kembang wada cat udi nyunyi,
batang wong batang wang batang terkendong,
ribut salah musim, kiong kemaling cendi seruka, dalam usul punya melepas,
siapa yang melepas, dalam asal punya melepas,
siapa punya melepas, kedi bunuh punya melepas,
siapa punya melepas, sema putih punya melepas,
siapa punya melepas, sema hitam punya melepas,
Pelepas di padang luas, melepas mak inang kurang sa empat puluh,
pelepas kata dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

Kesesatan yang telah dilakukan oleh Tok Bomoh yang menggunakan kaedah ini adalah terhadap
dirinya sendiri, kerana jampi mentera yang digunakan itu mengandungi permintaan pertolongan
kepada kuasa khadam dampingannya di samping meminta pertolongan daripada Allah, ini
menunjukkan seolah-olah terdapat dua pihak yang berkuasa dan dapat memberi pertolongan
kepada mereka, iaitu Allah s.w.t dan Khadam-khadam mereka. Perbuatan tersebut dengan terangterang telah melakukan perbuatan syirik kerana menyamatarafkan Allah s.w.t dengan mahkluk lain dan meminta pertolongan kepada mahkluk lain selain daripada Allah.
Melalui Perbuatan / Kelakuan.

i. Kesesatan Tok Bomoh.
Kesesatan seseorang Tok Bomoh dan seumpamanya boleh berlaku pada perbuatan dan kelakuan Tok Bomoh tersebut melalui penjelmaan Jin ke dalam tubuh badan mereka yang di panggil " Tanasakhul Aruah " semasa mereka melakukan perubatan. " Menurun " yang dilakukan untuk mengubati itu, adalah dengan bergantung kepada pertolongan dan kuasa Jin bagi membantu merawat pesakit tersebut. Bercakaplah Jin itu menggantikan Tok Bomoh atau Tok Pawang dengan mengkhabarkan berita-berita atau masalah-masalah yang dihadapi oleh pesakit tersebut. Pada hakikatnya yang sedang mengubati itu adalah Jin dan bukannya Tok Bomoh atau Tok Pawang tersebut, kerana tiada nas dan dalil dalam Al-Quran, hadis, ijmak ulama ataupun qias dan lainlain pendapat yang muktabar yang boleh di pakai dalam Islam, yang menyatakan bahawa aruah Jin dan wali-wali boleh menjelma dan masuk ke dalam diri seseorang serta memperkenalkan dirinya dengan nama yang dijelmakan.

Demikian juga yang dilakukan oleh Mak Bidan ketika menyambut kelahiran bayi. Ada yang tidak
sedarkan diri ketika menyambut bayi, namun mereka dapat melaksanakan tugas tersebut hingga selesai walaupun mereka tidak sedarkan diri. Persoalannya, siapakah sebenarnya yang
memainkan peranannya ketika Mak Bidan tersebut tidak sedarkan diri.
Mak Andam juga memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana persandingan ala
Hindu dengan adat istiadat pelamin dan pengantinnya. Bermula dari berinai , masuk pelamin
sehinggalah selesai majlis persandingan tersebut di penuhi dengan suasana dan perkara-perkara
Khurafat yang berhubung rapat dengan majlis pemujaan Dewa Rama dan Dewi Sita. Sedangkan
sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa upacara persandingan tidak pernah ujud dalam
tamadun Islam, tambahan lagi mempertontonkan aurat wanita di khayalak ramai itu hukumnya
haram dan persandingan pula bukanlah merupakan Sunnah Nabi s.a.w.

ii. Kesesatan Tok Guru Latihan Pertahanan Diri.
Kesesatan boleh berlaku ke atas tok guru latihan pertahanan diri atau pendekar seni pertahanan
diri jika mereka melakukan salah satu daripada perkara yang diharamkan oleh syarak. Antaranya

a. Melalui kaedah " Mubai’at yang disertakan dengan kalimah Qasam atau sumpah-sumpah yang bertujuan kepada hikmah dan perkara-perkara luar biasa yang mencarik adat.
b. Melalui petua-petua atau kaedah yang ada pantang larang yang menepati hukum syarak.
c. Melalui petua-petua atau kaedah marah atau dimarahi bagi menzahirkan perkara-perkara luar biasa yang mencarik adat.
d. Melalui petua-petua atau kaedah yang berpegang kepada kebesaran ayat, wirid, jampi atau doa semata-mata tanpa mengharapkan pertolongan daripada Allah.
e. Tidak tahu asal usul ilmu yang dipelajarinya itu dan yang diajarinya kepada orang lain.
Kebiasaanya tok guru latihan pertahanan diri juga merupakan Tok Bomoh kerana di samping
beliau mampu berlatihan pertahanan diri beliau juga biasanya mampu mengubati orang sakit.
Kesalahan besar yang telah dilakukan oleh tok guru latihan pertahanan diri yang sesat ini ialah
sudahlah diri mereka sendiri telah tersesat melalui amalan-amalan yang sesat itu, kemudian
mereka mengajarkan pula ilmu sesat itu kepada anak-anak muridnya, yang bukan saja
mengamalkan ilmu tersebut, malahan juga akan turut tersesat sama. Jika kumpulan ini terus
mengembangkan ilmu tersebut maka akan bertambah ramai lagilah orang yang akan tersesat.
Kesalahan yang sering mereka lakukan ialah dari segi penggunaan jampi dan mentera yang
digunakan dalam kebanyakan latihan pertahanan diri terdapat seruan-seruan terhadap bantuan
Jin bagi memulakan latihan. Berbagai-bagai bentuk mentera dan jampi digunakan dalam pelbagai jenis latihan pertahanan diri, antaranya menyeru roh Panglima Hitam, atau roh-roh panglimapanglima yang lain samada Hang Tuah atau Hang Jebat dan sebagainya.
Kesesatan dalam perbuatan dan permainan latihan diri pula ialah, terdapat sesetengah latihan
pertahanan diri itu yang mensyaratkan pelatih pertahanan diri mestilah tidak sedarkan diri
terlebih dahulu sebelum boleh menzahirkan perkara-perkara yang luar biasa, seperti melayang
diatas pucuk pokok kayu, boleh melekat di dinding seperti cicak, boleh bertenggek di atas pucuk
pisang seperti katak dan sebagainya. Perbuatan seperti itu sebenarnya menyalahi syarak kerana
rohani Jin telah masuk kedalam tubuh pelatih pertahanan diri tersebut sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Pemulihan pula dilakukan dengan membaca jampi dan mentera tertentu oleh tok guru latihan pertahanan diri tersebut. Setelah sedar pelatih itu tidak ingat apa-apa dan merasa letih yang amat sangat.

iii. Kesesatan Ulama.
Ulama boleh menjadi sesat sekiranya mereka berhubung dengan khadam-khadam tumpangan
yang terdiri daripada rohani Jin Islam atau Jin kafir alam rendah yang datang mengikut perjanjian penerimaan persahabatan, samada melalui mimpi atau jaga, melalui wirid, jampi, doa dan seumpamanya. Bermula dari situ ulama tersebut menjadi popular dan akan di kunjungi oleh
orang ramai bagi meminta pertolongan seperti sembahyang hajat, mengubati penyakit, memberi
kuliah-kuliah agama dan sebagainya.
Lazimnya ulama-ulama yang terjebak dalam persahabatan dengan Khadam-khadam ini,
sebenarnya mereka tertipu dan di tipu dengan syarat-syarat yang menepati hukum syarak yang
didatangkan oleh khadam-khadam tersebut atau terpedaya dengan ketinggian ilmu, kealiman,
kewarakan, kesolehan, ketinggian kelulusan atau pangkat kebesaran. Mereka hanya meniru
sahabat-sahabatnya yang ahli dalam babnya. Dimana mereka sebenarnya tidak sedar bahawa
mereka hanya alim dalam ilmu zahir dan ilmu-ilmu tertentu sahaja, tapi pada pandangan umum
keilmuan mereka sudah lengkap dan mengcakupi dalam semua segi. Mereka harus sedar bahawa dalam diri mereka masih ada lagi sifat-sifat mazmumah
Dari satu segi perbuatan tersebut memang kelihatan baik dan tidak terdapat apa-apa kesalahan,
tetapi yang menjadi kesalahan dan menyesatkan pula ialah cara ulama tersebut menerima amalan dan pertolongan tersebut. Mereka menerima pertolongan daripada khadam Jin dan mereka pula memberi pertolongan kepada orang lain melalui bantuan khadam-khadam mereka.
Ulama-ulama jenis ini berselindung di sebalik keulamakan yang ada pada mereka, kerana
kepentingan dan keegoan diri serta mempunyai sikap yang buruk. Kadang-kala mereka
menggunakan kedudukan mereka untuk cuba menyebarkan fahaman dan kaedah perubatan
mereka itu, sedangkan mereka tidak sedar yang mereka telah diperbudak-budakkan oleh puak-puak Jin yang pintar menipu manusia itu.

Kesesatan Yang Dilakukan Oleh Orang Yang Berubat.
i. Memuja Kubur-kubur yang di anggap Keramat.
Terdapat sesetengah daripada orang Melayu memuja kubur-kubur yang di anggap keramat dalam usaha meminta pertolongan bagi mengubati penyakit yang di alaminya. Sebenarnya kubur tersebut tidak dapat memberi apa-apa pertolongan dan kesan kepada penyakit mereka. Perbuatan tersebut amat bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya meminta pertolongan hanya kepada Allah. Di samping perbuatan mereka itu juga tidak ada bezanya dengan amalan orang-orang Hindu dan Buddha.
Menziarahi kubur sebenarnya tidaklah salah atau menjadi satu kesalahan, bahkan sunat bagi umat Islam menziarahi kubur kedua ibu bapa , sanak saudara, keluarga, sahabat handai, tok-tok guru, alim ulama, para syuhadak dan orang-orang saleh, tetapi mengadakan pemujaan atas kubur tersebut, dengan mengadakan sesuatu upacara tertentu atau khusus di luar batasan syarak, itulah yang menjadi kesalahan dan kadang-kala boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad dengan tidak disedari. Waliyazubillahi min zalik.
Antara contoh perbuatan memuja kubur yang dianggap kubur Tok Keramat yang berlaku dalam
masyarakat kita ialah seperti memuja kubur Mak Bidan Tetek Lanjut di Taiping, memuja kubur
Tok Temong di Temong, Kati, Kuala Kangsar, Memuja kubur-kubur di Pulau Besar, Melaka. Mak Bidan Tetek Lanjut yang di puja itu tidak siapa pun yang mengetahui asal usul dan kesolehannya. Jadi mengunjungi kuburnya dengan sesuatu tujuan, membayar nazar dan niat adalah merupakan perbuatan bidaah dholalah yang haram semata-mata, kerana menganggapnya keramat dengan membawa pisang, pulut kuning dan sebagainya dengan tujuan untuk mendapat berkat dan sebagainya.
Manakala pemuja Kubur Tok Temong di Kati pula, pengunjung-pengunjung mengunjunginya
dengan tujuan untuk menunaikan hajat dengan membawa pulut kuning, ancak, kemian, serta
mengadakan tahlil di kubur tersebut bagi mendapatkan sesuatu hajat. Ada juga pengunjungnya
yang menyembelih ayam dan di niatkan darah dan tulang ayam itu adalah untuk makanan Jin
penunggu Tok Temong. Tidak ketinggalan kubur tersebut juga di kunjungi oleh sesetengah guruguru latihan pertahanan diri dan pengikut mereka untuk mengambil berkat dan lain-lain yang seumpamanya. Mengikut sejarah Tok Temong hanyalah merupakan pemerintah asal kawasan tersebut sebelum kedatangan Sultan ke Kuala Kangsar sahaja.
Pemuja-pemuja kubur di Pulau Besar di Melaka pula menganggap kebanyakan kubur-kubur di
Pulau tersebut adalah kubur wali-wali Allah yang keramat. Sebenarnya kubur-kubur di pulau
tersebut banyak yang kosong tanpa penghuni. Hanya orang yang tidak tahu menilai kebenaran
sahaja yang mahu mengunjunginya. Mereka di tipu oleh kumpulan-kumpulan Jin yang mendiami pulau tersebut dan memberitahu mereka melalui mimpi supaya dibangunkan kubur-kubur untuk pemujaan.

ii. Pengeras / Upah.
Kebiasaan pengeras yang ditetapkan oleh sesetengah Tok Bomoh adalah berlainan. Ada yang
menetapkan seperti lima ringgit suku dengan jarum tiga batang dan garam setahil. Sesetengah
pengeras pula dengan membawa sireh bertemu urat sebanyak tujuh helai, kapur dan pinang. Ada juga yang menetapkan pengerasnya dengan buah kelapa masak, beras secupak dan minyak
kelapa. Jika membuang barang hikmat yang tertanam upahnya adalah sekali ganda dari upah
yang dikenakan oleh orang yang menanamnya, contohnya kalau RM 100.00 jadi RM 200.00 dan sebagainya. Ada juga yang mengenakan pengeras atau upah sampai beribu ringgit mengikut
kemampuan dan kemampuan pesakit. Terdapat juga Tok Bomoh yang menetapkan upah sekadar ikhlas pesakit sahaja.
Kesalahan dan kesesesatan yang berlaku dalam keadaan ini ialah apabila pesakit tersebut percaya jika tidak menyediakan pengeras seperti yang di minta oleh Tok Bomoh itu maka penyakitnya tidak akan sembuh atau sukar untuk disembuhkan atau menganggap pengeras yang disediakan itulah yang menyebabkan penyakitnya sembuh.
Sebenarnya mengambil upah berubat dan menjampi dengan ayat-ayat Al-Quran , Selawat-selawat Nabi dan susunan ayat-ayat yang baik adalah diharuskan oleh syarak, berdasarkan suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqas.

iii. Pemutus Ubat.
Pemutus ubat bermakna menamatkan rawatan dengan Tok Bomoh tersebut setelah pesakit
sembuh dari penyakit yang di alaminya. Kononnya kalau tidak " putus ubat " penyakit itu akan
kembali semula. Berbagai jenis dan syarat amalan pemutus ubat diminta dan dikenakan oleh Tok Bomoh, antaranya seperti :-
a. Pesakit mesti menyembelih seekor ayam hitam, sepinggan pulut putih atau kuning dan sebiji
telur dadar yang diletakkan di atas pulut tersebut.
b. Melepaskan ayam hitam di tepi hutan dengan niat tertentu
c. Mandi di kolah masjid tertentu sebanyak 3 atau 7 kali
d. Membuat kenduri aruah dan di antara persiapannya ialah kemian yang di bakar, pulut kuning
dan lain-lain kuih muih dan sebagainya.
Apabila seseorang itu yakin dan mempercayai serta berittikad bahawa tok-tok Bomoh atau
doktor-doktor itulah yang menyembuhkan penyakit dengan ikhtiar dan usaha mereka atau
melalui ubat-ubatan dan jampi-jampian mereka yang memberi bekas dalam menyembuhkan
penyakit itu, ini bererti dia telah menyediakan dirinya jatuh kedalam murtad, kerana ia telah
berpegang teguh dengan keyakinan tersebut sehingga menjadi satu ittikad bahawa sebab beradat yang Allah telah datangkan itu memberi bekas dalam menghasiklan sesuatu.

TANDA-TANDA TOK BOMOH YANG MENGGUNAKAN KHADAM/JIN DALAM
PERUBATAN

Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga mereka
tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil ( yang menggunakan
pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini berlaku kerana mereka jahil
tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah di tipu oleh lakunan yang
dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contohcontoh
Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan khadam dalam pengubatan mereka. Antara
tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-

a. Cara berpakaian semasa mereka berjampi
Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini
memakai pakaian khas, antaranya seperti :-
i. Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau
memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.
ii. Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya dia
dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat dengan Jin Islam.
iii. Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap.
iv. Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera
dan sebagainya.
b. Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.
Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera
tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.
Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan
berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah
seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat
cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? "

c. Tanpa Menurun / Menyelap
Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang memanggil Jin
khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara
antaranya :-
a. Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di
hadapannya.
b. Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan
limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan melihat
limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk
putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh
yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan
sebagainya.

d. Membelah Batin.
Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat
membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan
sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada
kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk
menyempurnakan pembedahan ghaibnya.

Sebenarnaya kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita dengan syaratsyarat
berikut, antaranya :-
1. Tidak terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam
2. Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )
3. Kelakuan yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan
4. Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.
Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin menjadi Tok Bomoh, tok dukun atau Mak Bidan,
malahan Islam juga menggalakkan umatnya menceburi Bidang tersebut, kerana Bidang tersebut
merupakan salah satu daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara dan amalan serta kaedahnya
itu merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak dengan mengikuti contoh yang telah
ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bukannya yang di terima melalui mimpi, menggunakan
pertolongan khadam yang terdiri daripada para Jin dan sebagainya.

Tok Bomoh yang Makan Upah.
Terdapat sejenis Tok Bomoh lagi yang amat bahaya dalam masyarakat Melayu, yang kerjanya
hanyalah untuk menimbulkan kesusahan dan huru hara kepada orang lain. Tok Bomoh jenis ini
lebih di kenali sebagai Tok Bomoh yang makan upah. Tok Bomoh jenis ini kebiasaannya
mempunyai khadam daripada golongan Jin Islam yang fasik dan Jin Kafir serta kuncu-kuncu
mereka. Mereka menggunakan perkhidmatan Jin-Jin tersebut untuk menganiayai manusia lain atas sebabsebab tertentu, antaranya seperti iri hati, hasad dengki atau cemburu atas kejayaan orang lain samada dalam bidang perniagaan, pekerjaan, persekolahan atau marah kepada orang atasan kerana tidak terpilih untuk kenaikan pangkat atau tidak memenangi tender dan sebagainya. Terdapat juga mereka yang menggunakan Tok Bomoh jenis ini bagi membalas dendam sebab sakit
hati kerana di hina, di kutuk atau kerana senda gurau yang berlebihan.
Terdapat juga sesetengah orang yang menggunakan perkhidmatan Tok Bomoh ini semata-mata
kerana marah atau benci kepada orang lain di sebabkan kekayaan orang tersebut atau iri hati
melihat orang tersebut lebih berada daripadanya atau marah kerana kesombongan orang lain
terhadapnya dan lain-lain lagi,
Kebanyakan kes yang dijadikan alasan oleh sesetengah orang yang mendapatkan perkhidmatan
Tok Bomoh jenis ini kebiasaanya berhubung dengan masalah rumah tangga contohnya seperti
untuk menundukkan suami atau isteri yang terlalu garang, meruntuhkan rumah tangga orang
lain, supaya dirinya nampak cantik dan di sayangi oleh suami ( dalam kes si suami yang
berpoligami ), kerana pinangannya di tolak oleh pihak keluarga wanita atau kekasihnya di rampas oleh lelaki lain dan sebagainya. Cara-cara Untuk Melakukan Penganiyaan.
Terdapat berbagai cara yang di lakukan oleh orang-orang yang dengki tersebut, supaya matlamat yang mereka impikan tercapai, walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak serta bersusah payah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Tok Bomoh tersebut untuk menjayakan penganiayaan mereka. Antaranya :-

a. Menanam barang-barang Hikmat
Setelah mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini orang tersebut mestilah menanam
barang-barang tertentu yang telah di puja dan di jampi oleh Tok Bomoh, seperti minyak dagu,
minyak berpuja ( minyak orang mati di bunuh ) telur ayam, kulit kerbau balau yang mati di panah petir, tulang orang mati, tulang babi, tulang kongkang, kulit babi, besi bath siam, tahi besi, paku, rambut, gigi, patung siam, tanah kubur, tengkorak, batu tokong siam atau tokong Hindu, serpihan batu asah dan sebagainya di tempat-tempat yang biasa di duduki dan dilalui oleh orang yang di sakitinya itu seperti di rumah, di dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar, kepala simpang jalan, di selit di tempat-tempat sulit samada di rumah, di pejabat, di kedai, di dinding, bawah rumah, dalam kenderaan atau jika barang tersebut jenis debu seperti abu orang mati, maka ia di tabur di sekeliling rumah orang tersebut dan sebagainya. Jika barang hikmat itu berupa minyak berpuja kebiasaannya di sapu di tiang rumah, kedai, kenderaan, pakaian dan sebagainya.

b. Memuja gambar
Terdapat juga cara untuk menganiayai orang lain dengan cara memuja gambar orang yang ingin
di khianati seperti gambar tersebut di seru dan di jampi serta di cucuk-cucuk dengan jarum atau
di gantung di sesuatu tempat yang berangin supaya sentiasa berbuai. Selain gambar, alat-alat
badan seperti pakaian, baju dalam atau seluar dalam seseorang juga boleh digunakan sebagai alat untuk memuja dan menganiayai seseorang terutamanya dalam penganiayaan yang berkaitan dengan masalah cinta , rumah tangga dan kasih sayang.

c. Tuju melalui angin/makanan
Pengkhianatan juga boleh dilakukan dengan cara membuat tuju kepada orang yang di sakiti dan
di hantar melalui angin contohnya seperti santau angin atau dengan memuja tengkorak orang
mati di rumah Tok Bomoh dengan di tuju dan di kasadkan kepada orang yang dihajatinya.
Penganiayaan juga boleh dilakukan dengan memasukkan sesuatu hikmat kedalam makanan dan
minuman seseorang.

d. Memuja Patung sebagai penganti orang yang di aniayai
Pemujaan patung yang di puja dan dikasadkan kepada orang yang dihajati juga kerap dilakukan
oleh orang-orang yang dengki dengan tujuan untuk memporak perandakan kehidupan orang
tersebut. Patung-patung tersebut di cucuk dengan jarum atau duri nibung dang sebagainya
dengan tujuan supaya orang yang dihajati akan merasa sakit dan mati secara perlahan-lahan.
Kesan dan Akibat ke atas diri mangsa.
Setelah syarat-syarat yang di minta oleh Tok Bomoh makan upah ini di penuhi dan semua
peraturannya diikuti maka akan berlaku sesuatu keatas orang yang dihajati oleh si pengupah
tersebut. Antara kesan dan tanda-tanda bahawa seseorang tersebut telah menjadi mangsa Tok
Bomoh makan upah ini ialah antaranya :-
a. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau
sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya.
b. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan.
c. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan
seumpamanya.
d. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
e. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
f. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh
g. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada
sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
h. Sentiasa terkenang atau teringat seseorang dan terasa hendak lari dari rumah.
i. Tidak boleh duduk dalam rumah, dalam kedai atau di pejabat sebab terasa panas dan serabut.
j. Selalu tidak sedarkan diri dan pengsan.
k. Kadang-kala si mangsa berbau busuk di merata-rata tempat.
l. Perut mangsa menjadi buncit tanpa apa-apa penyakit. ( kata orang busung )
m. Kadang-kala kemaluan dirasakan telah berpindah ketempat lain seperti berada di dahi,
sedangkan orang lain tidak dapat melihatnya.
n. Terdengar suara atau bisikan yang memanggil atau menyuruhnya melakukan sesuatu seperti
memukul seseorang, membunuh orang, membunuh diri sendiri atau bisikan yang mengatakan "
kamu akan mati tidak lama lagi dan sebagainya.
o. Rumah tangga sentiasa bergelora dan perkelahian antara suami isteri sentiasa berlaku.
p. Sentiasa menolak pinangan yang datang meminang jika mangsa tersebut anak gadis, jika anak
teruna mereka enggan berkahwin sampai ke tua.

Tok Bomoh yang mengambil upah untuk menganiayai orang lain ini amatlah besar dosanya dan
telah menjerumuskan dirinya kelembah kekafiran begitu juga orang-orang yang mendapatkan
perkhidmatan Tok Bomoh-Tok Bomoh dari jenis ini. Kedua-dua belah pihak sama-sama menjadi
kafir dan akhirnya sama-sama akan dihumbankan kedalam neraka di hari Khiamat kelak. Oleh itu sebagai umat Islam kita mestilah menjauhkan diri daripada Tok Bomoh-Tok Bomoh yang seperti ini. Anggaplah segala sesuatu yang berlaku keatas diri kita itu adalah merupakan takdir dan Qada dan Qadar daripada Allah. Semua kejadian itu adalah atas kehendak Allah, tentu ada hikmah dan nikmat di sebalik semua kejadian tersebut, jangan suka menaruh perasaan dendam, cemburu dan iri hati, kerana perasaan tersebut akan merusakkan diri kita sendiri. Serahlah segala-galanya kepada Allah serentak melalui lidah, anggota, hati yang dinamakan dengan ucapan doa, teguh cita-cita dan usaha ikhtiar, kerana Dialah yang lebih berkuasa dan lebih Mengetahui segalagalanya. Mempelajari ilmu Sihir, beramal dengannya untuk menyakiti dan mengkhianati sesama manusia,
bererti mereka telah mempelajari ilmu sesat ( kufur ), berada dalam kesesatan ( kekufuran ),
beramal dengan kesesatan ( kufur ), mati dalam sesat ( kufur ) dan kekal sebagai ahli neraka,
selagi mana mereka tidak kembali kepada agama Islam dengan ucapan dua khalimah syahadat
serta taubat nasuha. Segala amalan baiknya itu akan dipindahkan oleh Allah kepada orang yang
dikhianatinya. Segala kejahatan mereka yang di sihir itu di campakkan oleh Allah keatas diri
penyihir sebagai tambahan kepada kejahatan yang sedia ada. Jika ditakdirkan mereka yang
dianiayai itu meninggal dunia, oleh sebab beradat melalui ilmu sihirnya, maka mati orang yang di
sihir itu sebagai ahli fitrah ( syurga ) dengan syarat dia telah menerima penyakit tersebut dengan penuh sabar dan bergantung harap kepada kebesaran dan keagungan Allah dengan penuh kesabaran dan penuh redha.

Friday, July 10, 2009

siapakah 72 puak yang tersesat

Ahli sunnah wal jamaah


Pengertian Sunnah ialah Sunnah Rasulullah s.a.w., pengertian Jemaah ialah kumpulan Sahabat dan Tabien yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Mazhab-mazhab Fekah ialah aliran hukum Syarak yang sah didasarkan di atas tafsiran tertentu terhadap nas-nas Syarak oleh ulama Mujtahidin mengikut kaedah Istinbat yang muktabar. Majlis tidak terikat kepada mana-mana satu mazhab tertentu. Di dalam Mazhab mana pun yang jelas dan nyata pendapat mereka itu dari kitab Allah atau Sunnah Rasulnya atau Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. maka Majlis sedia menerima dan beramal dengannya. Adapun Mazhab-mazhab ssperti Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali pada pandangan rasmi Majlis adalah terhitung di dalam Mazhab-mazhab yang muktabar yang tergolong di dalam istilah Ahli Sunnah Wal Jemaah. Majlis Agama Islam Perlis memang berpandukan kepada Mazhab itu dan mengambil pendapat-pendapat mereka yang ada alasan daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. Pengertian ini berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah

GARIS PANDUAN AQIDAH ASY’ARIYYAH

Secara garis besar aqidah asy’ari yang juga merupakan aqidah ahlussunnah wal jama’ah adalah meyakini bahwa Allah ta’ala maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, Allah bukanlah benda yang boleh digambarkan, dan juga bukan benda yang berbentuk dan berukuran. Allah tidak serupa dengan sesuatupun dari makhluk-Nya (laysa kamitslihi syai’). Allah ada dan tidak ada permulaan atau penghabisan bagi kewujudan-Nya, Allah maha kuasa dan tidak ada yang melemahkan-Nya, serta Allah tidak diliputi arah. Allah ada sebelum menciptakan tempat tanpa tempat, Allah wujud setelah menciptakan tempat dan tanpa bertempat. tidak boleh ditanyakan tentangnya bila, dimana dan bagaimana ada-Nya. Allah ada tanpa terikat oleh masa dan tempat. Maha suci Allah dari bentuk (batasan), batas akhir, sisi-sisi, anggota badan yang besar dan anggota badan yang kecil. Allah tidak diliputi satu arah atau enam arah penjuru. Allah tidak seperti makhluk-Nya. Allah maha suci dari duduk, bersentuhan, bersemayam, menyatu dengan makhluk-Nya, berpindah-pindah dan sifat-sifat makhluk lainnya. Allah tidak terjangkau oleh fikiran dan tidak terbayang dalam ingatan, kerana apapun yang terbayang dalam benakmu maka Allah tidak seperti itu. Allah maha hidup, maha mengetahui, maha kuasa, maha mendengar dan maha melihat. Allah berbicara dengan kalam-Nya yang azali sebagaimana sifat-sifat-Nya yang lain juga azali, kerana Allah berbeza dengan semua makhluk-Nya dalam dzat, sifat dan perbuatan-Nya. Barang siapa menyifati Allah dengan sifat makhluknya sungguh dia telah kafir. Allah yang telah menciptakan makhluk dan perbuatan-perbuatan-Nya, Alah juga yang menentukan rezeki dan ajal mereka. Tidak ada yang boleh menolak ketentuan-Nya dan tidak ada yang boleh menghalangi pemberian-Nya. Allah berbuat dalam kerajaan-Nya ini apa yang Allah kehendaki. Allah tidak ditanya perihal perbuatan-Nya melainkan hamba-Nyalah yang akan diminta dipertanggungjawakan atas segala perbuatan-Nya. Apa yang Allah kehendaki pasti terlaksana dan yang tidak Allah kehendaki tidak akan terjadi. Allah bersifat dengan kesempurnaan yang pantas bagi-Nya dan Allah maha suci dari segala bentuk kekurangan. Nabi Muhammad adalah penutup para nabi dan penghulu para rasul. Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah ke muka bumi ini untuk semua penduduk bumi, jin maupun manusia. Nabi Muhammad jujur dalam setiap apa yang disampaikannya.


KAUM YANG SESAT LAGI MENYESATKAN


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Umatku akan berpecah hingga menjadi tujuh puluh
tiga ( 73 ) puak, hanya satu puak yang terselamat, manakala yang lain semuanya binasa. Sewaktu
di tanya : " Siapakah yang terselamat itu ? " Baginda menjawab " Itulah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
" Di tanya lagi ; " Apakah Ahlus Sunnah Wal Jamaah itu ? " Baginda bersabda ; " Perjalananku hari
ini dan para sahabatku ".
Kita sebagai orang awam tertanya-tanya siapakah 72 puak yang tersesat itu. Adakah kita termasuk
di dalam salah satu puak yang tersesat itu ?. Untuk lebih berwaspada supaya kita tidak termasuk
di dalam puak-puak yang tersesat itu, di sini dibentangkan serba ringkas antara puak-puak yang
tersesat tersebut, sepertimana yang telah dijelaskan oleh Syeikh Daud Al-Fatani dalam bukunya
Manhalush Shafi antaranya :-
Puak-puak yang Tersesat dalam Bab Syariat.
Puak-puak yang tersesat dalam bab Syariat ini ialah, golongan yang menambah-nambahkan atau
mengurangkan sesuatu perkara dalam bab ibadat dan hukum hakam, tanpa mempunyai sandaran
dan asal usul yang jelas dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w ataupun dari perbuatan
sahabat-sahabat Nabi yang muktabar, samada perbuatan itu wajib, haram, sunat, makruh ataupun
harus. Kemudian perbuatan dan amalan tersebut diamalkan pada diri, keluarga dan masyarakat.
Perkara dan amalan tersebut di kenali dengan Istilah syarak sebagai Bidaah Dholalah yang
Karohah dan Bidaah Dholalah Yang Haram yang mesti di jauhi oleh setiap orang Islam.
Puak-Puak yang Teresat dalam Bab Akidah.
Terdapat 72 puak yang tersesat dalam bab Akidah ini, kerana pegangan dan kepercayaan mereka
terang-terang bercanggah dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah serta apa yang telah di
bawa oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda. Antara kumpulan-kumpulan tersebut
ialah :-
1. Kaum Rafidhiyah - 12 puak.
Kesesatan puak-puak ini dalam bab akidah berlaku kerana pegangan dan kepercayaan mereka
jelas bercanggah sama sekali dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah walaupun mereka
masih mengaku bahawa mereka terdiri daripada orang-orang Islam. Antara pegangan mereka
ialah :
i. Mereka berittikad bahawa Saidina Ali k.w.h akan turun dari langit pada suatu hari nanti dengan
rupa awan ketuhanan lalu berupa dengan seorang manusia, maka beliau akan melakukan
beberapa pekerjaan yang dibangsakan kepada sifat ketuhanan. Setelah itu beliau akan naik semula
ke langit.
ii. Mereka juga berpegang bahawa Malaikat jibrail telah tersalah memberi wahyu kepada Nabi
Muhammad, sedangkan sebenarnya wahyu tersebut adalah untuk Saidina Ali k.w.h
iii. Mereka juga percaya bahawa Nabi Muhammad s.a.w dan Saidina Ali k.w.h bekerjasama dan
bersyarikat dalam melakukan pekerjaan keNabian.
iv. Mereka juga mendakwa bahawa jawatan khalifah itu hanyalah khusus kepada Saidina Ali
k.w.h sahaja. Oleh itu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Osman sentiasa berada dalam
kafir kerana menerima dan menjawat jawatan Khalifah Rasulullah s.a.w. Mereka juga mengkeji
dan menyumpah sahabat-sahabat agung Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat lain yang tidak
seketurunan atau sebangsa dengan Saidina Ali k.w.h
v. Mereka percaya bahawa apabila telah keluar roh dari seseorang anak Adam ( mati ), maka roh
orang yang mati itu akan masuk pula ke dalam jasad orang lain dengan nama dan rupa yang lain
atau serupa.
vi. Mereka juga mendakwa bahawa Saidina Ali k.w.h juga akan kembali hidup semula di akhir
zaman sebelum berlakunya hari Kiamat. Beliau akan datang dan menghukum semua musuhmusuhnya,
tempat beliau sekarang ialah di awan. Bunyi guruh dan kilat itu adalah suara cemeti
Saidina Ali k.w.h.
vii. Mereka percaya bahawa kadang-kadang zat Allah akan zahir dalam rupa bentuk manusia,
maka ketika itu dinamakan zat tersebut sebagai Nabi atau Imam, lalu mengajak manusia kepada
agama Islam yang lurus. Jika zat Allah tidak zahir secara demikian sudah tentulah semua manusia
akan tersesat. Mereka juga percaya bahawa zat Allah itu boleh menjelma dan masuk kedalam
sesuatu lalu sebati dengan benda tersebut.

2. Kaum Jabariah - 12 Puak.
Puak-puak Jabariah ini juga terkeluar daripada Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Antara ittikad dan
pegangan puak-puak ini, antaranya ialah :-
i. Keimanan, ketaatan dan kekufuran serta maksiat adalah semata-mata daripada Allah. Manusia
tidak mempunyai daya upaya dan ikhtiar apa-apa kerana semuanya telah ditentukan oleh Allah.
Oleh itu Semua hamba Allah ( manusia ) digugurkan daripada taklif syarak. ( kewajipan bagi
melaksanakan sesuatu perintah Allah )
ii. Mereka juga mendakwa dan percaya setiap perbuatan baik yang dilakukan oleh manusia tidak
akan mendapat sesuatu kebajikan dan pahala, begitu juga perbuatan jahat dan maksiat yang
dilakukan oleh manusia, juga tidak mendatangkan apa-apa dosa dan tidak akan mendapat apaapa
siksaan di Akhirat kelak.
iii. Bertafakkur ( bermeditasi ) itu adalah lebih baik daripada segala ibadat samada ibadat yang
fardhu atau sunat.
iv. Sesiapa yang menjadi kekasih Allah dan bersih jiwanya daripada segala hawa nafsu yang jahat
serta beliau mempunyai ilmu yang tinggi, maka pada ketika itu beliau tidak perlu lagi melakukan
apa-apa amal ibadat.
v. Orang-orang kafir dan orang-orang yang sentiasa melakukan maksiat tidak akan di tanya serta
di soal di hari Akhirat kelak , kerana segala perbuatan mereka itu adalah atas kehendak Allah.
vi. Bahawa Allah tidak akan menyeksa hamba-hambanya, kerana jika Allah menyeksa hambahambanya
juga, maka Allah itu adalah zalim, sedangkan Allah bersifat maha Adil.
vii. Allah akan menghidupkan orang-orang yang kafir dan yang melakukan maksiat di dalam
neraka, selepas itu Allah akan mematikan mereka dan tidak akan dihidupkan lagi buat selamalamanya.
viii. Apabila Allah telah selesai menjadikan segala mahkluknya maka Allah akan beristirehat,
maka tiap-tiap perkara itu akan zahir dan wujud dengan sendirinya bila tiba waktu dan masa
yang telah ditetapkan oleh Allah dan tidak ada kena mengena dengan kudrat dan iradat Allah
lagi.
ix. Semua harta di dunia ini adalah kepunyaan bersama semua manusia dan halal bagi sesiapa
mengambilnya (mencurinya ) dan tuannya yang sah tidak berhak mencegah orang lain daripada
mengambil harta benda mereka.
x. Apabila seseorang itu terasa hendak melakukan sesuatu samada perkara-perkara kebajikan
ataupun perkara yang jahat dan maksiat, maka hendaklah beliau segera melakukan perbuatan
tersebut, kerana ianya merupakan wahyu daripada Allah yang telah dicampakkan ke dalam
hatinya oleh Allah.
xi. Semua kewajipan dan kefardhuan yang diwajibkan oleh Allah itu boleh dilaksanakan jika
seseorang itu rajin dan boleh juga ditinggalkan jika seseorang itu merasa malas.
xii. Segala perintah Allah itu perlu dilakukan sekali sahaja dan tidak payah lagi di ulang-ulang
46
xiii. Untuk menjadi seorang muslim hanya memadai dengan mengucap dua khalimah syahadat
dan tidak perlu melakukan kewajipan-kewajipan yang lain.

3. Kaum Kharijiah. - 12 Puak.
Antara fahaman dan pegangan puak-puak Kharijiah yang bertentangan dengan ajaran Islam yang
sebenar, antaranya ialah :-
i. Bahawa yang menjadikan kebaikan itu adalah Allah dan yang menyebabkan kejahatan itu
adalah daripada usaha dan ikhtiar manusia sendiri. Mereka juga menghukum kafir ke atas orangorang
Islam yang melakukan dosa-dosa besar.
ii. Bahawa Zakat itu tidak diwajibkan ke atas umat Islam, oleh itu mereka boleh menghimpunkan
harta sebanyak mana yang mereka sukai walau dengan apa cara sekalipun. Zakat juga tidak harus
diberikan kepada sesiapa pun kerana kita tidak tahu adakah mereka itu Islam ataupun kafir.
iii. Bahawa Allah akan menghimpunkan semua dosa-dosa Syirik Jali dan tidak perlu mengucap
dua khalimah syahadah untuk kembali kepada Islam.
iv. Tidak wajib berimam dengan perkara-perkara yang Ghaib seperti malaikat, dosa dan pahala,
hari khiamat dan sebagainya.
v. Allah tidak akan menghukum mahkluknya dengan sesuatu hukuman.
vi. Matahari, bulan, bintang dan cakrawala di angkasa bukan sebahagian daripada mahkluk Allah.
vii. Semua orang perempuan itu merupakan perhiasan kepada orang lelaki, oleh itu boleh
melakukan persetubuhan sebelum berkahwin dengan mana-mana perempuan yang disukainya.
viii. Saidina Ali k.w.h itu merupakan seorang kafir dan hanya Saidina Umar dan Abu Bakar sahaja yang Islam.

4. Kaum Qadariah. - 12 Puak.
Antara pegangan dan pegangan Ittikad mereka yang menyeleweng ialah ;-
i. Segala usaha dan ikhtiar, cita-cita dan doa-doa manusia akan memberi kesan dengan sendirinya,
setelah Allah selesai menciptakan ikhtiar, usaha, cita-cita dan rangkaian doa kepada manuisa.
ii. Syaitan itu serupa dengan Allah kerana syaitan juga tidak mempunyai tubuh dan rupa yang
nyata ( tidak boleh di lihat dengan mata kasar ) seperti Allah.
iii. Yang menjadikan sesuatu kejahatan itu adalah Syaitan semata-mata dan yang menjadikan
kebaikan itu hanyalah Allah semata-mata.
iv. Sesuatu Qada dan Qadar itu bukanlah daripada Allah, tetapi datangnya daripada usaha dan
ikhtiar manusia sendiri.
v. Beramal dan melakukan ibadat itu adalah merupakan perbuatan yang sia-sia sahaja, kerana
setiap yang baik dan jahat itu telah ditetapkan oleh Allah sejak dari azali lagi.
vi. Syurga, Neraka, Hisab dan Mizan tidak wujud lagi sekarang kerana belum dijadikan oleh Allah
lagi, sehingga apabila telah tiba hari Khiamat.
vii. Bahawa segala amal ibadat itu, adalah berpunca dari usaha manusia semata-mata dan tidak
diketahui lagi samada akan beroleh pahala atau dosa, jika mereka meninggalkan atau
melakukannya.
viii. Bahawa Allah tidak menciptakan Syaitan kerana jika Allah mencipta syaitan, maka Allah juga
telah menciptakan kekufuran, maka dengan itu menunjjukan bahawa Allah juga suka kepada
kekufuran.
ix. Puak-puak ini benci kepada ibadat-ibadat yang fardhu dan suka kepada ibadat-ibadat yang
sunat dan sembahyang yang empat rakaat juga telah mereka jadikan dua rakaat sahaja.
x. Semua kitab Allah yang diturunkan dari langit tidak di mansukh ( batal ) dengan turunnya
kitab Al-Quran, dengan itu wajib beramal dengan semua isi kandungan kitab-kitab tersebut.

5. Kaum Jahmiah - 12 Puak.
Antara kepercayaan dan pegangan akidah golongan ini ialah :-
i. Asma-asma Allah dan sifat-sifat Allah itu adalah merupakan mahkluk.
ii. Zat Allah itu wujud pada setiap tempat atas rupa hulu dan ittihad.
iii. Orang Islam yang durhaka apabila dimasukkan ke dalam neraka, akan kekal selama-lamanya
di dalam neraka.
iv. Apabila segala isi neraka itu menjadi abu, mereka tidak akan dihidupkan semula.
v. Mayat orang mati tidak merasai azab dan siksaan atau nikmat kecuali ketika sakaratul maut
dan di dalam kubur sahaja.
vi. Bahawa zat-zat Allah itu berdiri di antara langit dan bumi.
vii. Bahawa Nabi Muhammad hanya dapat melihat Allah di dalam dunia sahaja dan manusia
yang lain pula hanya dapat melihat Allah di Akhirat sahaja.

6. Kaum Murjiah - 12 Puak.
Antara Ittikad mereka yang menyeleweng dan sesat ialah ;-
i. Selepas seseorang itu telah membicarakan rukun Iman maka ia tidak lagi difardhukan apa-apa.
ii. Bahawa Allahlah yang menjadikan semua mahkluknya tetapi Allah tidak pula menyuruh
manusia melakukan kejahatan dan tidak pula melarang manusia daripada meninggalkanya.
iii. Sesiapa yang mengucap LailahaillAllah, maka ia telah bebas samada untuk melakukan
ketaatan kepada Allah atau melakukan kejahatan.
iv. Barang siapa yang mengesakan zat Allah, Sifat-sifat Allah dan segala perbuatan Allah maka
mereka tidak akan di catatkan apa-apa dosa besar yang telah mereka lakukan.
v. Bahawa Allah itu adalah terdiri daripada Jauhar dan ‘aradh
(sel atau nukleus )
vi. Iman seseorang itu akan berkurang pada tiap-tiap tahun dan tidak akan bertambah lagi.
vii. Sah sujud kepada matahari, bulan dan bintang atau mahkluk lain sama seperti sujud kepada
Allah
viii. Iman itu adalah ilmu, maka sesiapa yang tidak berilmu, maka ia telah menjadi kafir.
ix. Seseorang manusia boleh menjadi mukmin pada ketika yang di kehendaki oleh Allah dan
manusia juga boleh menjadi kafir jika di kehendaki oleh Allah dalam sesuatu masa.
x. Allah tidak bersifat dengan segala sifat Ujudiah.
xi. Boleh dan sah mengikut perintah atau arahan daripada Syaitan atau jin, samada jin Islam atau
kafir, walaupun perintah bagi melakukan perkara kejahatan dan maksiat.
Puak-Puak yang Tersesat dalam Bab Sufi.
Kumpulan-kumpulan yang tersesat dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenarnya dalam

bab Sufi pula terdiri daripada 13 puak yang besar antaranya :-

1. Kaum Marjiah.
Kepercayaan yang menjadi Ittikad dan pegangan kaum ini ialah apabila mereka beramal dan telah
sampai ke tahap mereka telah menjadi kekasih Allah, iaitu apabila mereka telah sampai ketahap
tiada lagi benda lain yang mereka kasihi selain daripada Allah, maka pada tahap ini semua
kewajipan syarak dan ibadat ke atas mereka telah digugurkan oleh Allah. Dalam keadaan ini
segala yang haram telah menjadi halal bagi mereka. Segala kewajipan yang difardhukan seperti
Solat, puasa, haji, zakat dan sebagainya boleh di buat dan boleh juga di tinggalkan mengikut
sesuka hati mereka.
Kumpulan ini, sesetengahnya sangat suka bertelanjang dan tidak menutup aurat. Pada pegangan
mereka semua harta di dunia ini adalah kepunyaan datuk mereka, iaitu Nabi Adam, jadi mereka
sebagai cucu-cicit keturunan Nabi Adam, maka semua harta tersebut adalah halal bagi mereka
mengambil dan menggunakanya walaupun tanpa kebenaran dan meminta izin dari tuannya yang
sah terlebih dahulu.

2. Kaum Auliya’iyah.
Ittikad dan pegangan puak-puak Auliya’iyah ini ialah apabila mereka telah sampai ke tahap dan
martabat wali, maka terangkatlah semua kewajipan syarak keatas mereka. Pada tahap ini, apa
yang menjadi kewajipan keatas diri mereka sebagai hamba Allah seperti Solat, puasa dan
sebagainya tidak perlu lagi ditunaikan manakala apa-apa yang telah diharamkan oleh Allah
keatas manusia telah menjadi halal bagi mereka, seperti berzina, mencuri dan sebagainya.
Martabat mereka sebagai wali pula adalah lebih besar dan mulia daripada martabat Nabi.

3. Kaum Syamrakhiyah.
Ittikad dan pegangan puak-puak ini ialah apabila sampai ke tahap-tahap tertentu, maka Allah
telah menghalalkan bagi mereka perbuatan zina dan sebagainya dan mereka pula akan berpurapura warak apabila berada di khayalak ramai.

4. Kaum Ibahiyah.
Ittikad dan pegangan puak-puak Ibahiyah ini ialah mereka tidak sanggup menahan diri mereka
daripada melakukan perkara-perkara mungkar yang di larang oleh Allah dan mereka juga tidak
sanggup menyuruh manusia lain supaya melakukan kebaikan dan mereka juga menghalalkan
zina kepada ahli kumpulan mereka.

5. Kaum Haliayah.
Ittikad dan pegangan puak-puak ini, mereka boleh melakukan perkara-perkara mungkar asalkan
mereka boleh mendekatkan diri kepada Allah. Contohnya dalam melakukan zikir, mereka akan
menari-nari dan bertepuk tangan sambil berzikir. Ada yang pengsan dan mereka sandarkan
semua perbuatan buruk mereka itu kepada Sunnah Rasulullah s.a.w yang perlu di ikuti oleh
semua manusia lain.

6. Kaum Huriyah.
Ittikad dan pegangan puak-puak Huriyah ini adalah lebih kurang dengan pegangan puak-puak
Haliyah. Cuma apabila mereka pengsan itu, mereka berkata : " datanglah kepada kami bidadari,
maka kami setubuhi ia " Apabila sedar dari pengsan mereka akan pergi mandi junub.

7. Kaum Waqi’iyah.
Ittikad dan pegangan puak-puak ini bahawa zat Allah dan segala sifat-sifatNya, AsmaNya dan
segala Perbuatan Allah tidak boleh di kenali. Hamba sama sekali tidak akan sampai kepada
Makrifatullah.

8. Kaum Mutajalihiyah.
Ittikad dan pegangan puak-puak ini, bahawa mereka tidak boleh memakai pakaian yang baru dan
bersih. Mereka juga suka melakukan perbuatan-perbuatan jahat dan suka kepada perempuan dan suka melakukan zina.

9. Kaum Mutakasiliyah.
Ittikad dan pegangan puak-puak ini ialah mereka tidak suka berusaha dan berikhtiar bagi
mendapatkan makanan dan rezeki dari Allah. Mereka juga meminta-minta sesuatu daripada
orang ramai dan memaksa orang ramai supaya memberi harta zakat dan sedekah kepada mereka.

10. Kaum Ilhamiyah.
Ittikad dan pegangan puak-puak ilhamiyah ini ialah mereka mendakwa bahawa mereka selalu
mendapat ilham ketuhanan. Mereka juga meninggalkan daripada mempelajari serta membaca Al-Quran, meninggalkan zikir dan segala selawat, kerana dakwa mereka bahawa Al-Quran itu
menjadi pendinding untuk mereka sampai kepada makrifatullah. Dengan itu mereka lebih suka
menghafaz serta mempelajari bait-bait syair dan sebagainya.

11. Kaum Hululiyah.
Ittikad dan pegangan puak-puak ini bahawa zat Allah menjelma dalam diri manusia dan dalam
benda-benda lain di alam ini. Mereka juga mengharuskan ahli kumpulan mereka memandang
kepada perempuan-perempuan yang elok dan cantik serta memandang kepada lelaki yang cantik
paras rupa kerana pada pandangan mereka di situ terdapat Tajalli ( kebenaran yang diperlihatkan
Allah ) ketuhanan. Mereka juga suka bersuluk ( mengasingkan diri untuk bertafakur ), melakukan
zikir dengan bercampur antara lelaki dan perempuan sambil memeluk dan mencium wajah-wajah
yang cantik, kerana pada wajah tersebut terdapat bekas Tajalli ketuhanan. Jika mereka mendapat
anak dalam majlis tersebut, maka anak itu adalah anak daripada Tajalli ketuhanan. Mereka juga
boleh melakukan semua amalan dan amal ibadat hanya dengan menggunakan niat sahaja.

12. Kaum Wujudiyah.
Ittikad dan pegangan puak-puak Wujudiyah ini, sebenarnya adalah terdiri yang mulhid dan
zindik semata-mata. ( Orang yang imannya telah terpesong dan tidak lagi percaya kepada agama
Allah yang sebenarnya ). Mereka mendakwa bahawa diri mereka dan zat Allah adalah sama.
Kewujudan Allah itu pula adalah bertempat dan mempunyai masa-masa tertentu serta kewujudan
Allah boleh di lihat dengan mata kasar manusia. Mereka hanya membahaskan tentang kewujudan
zat-zat Allah mengikut khayalan pemikiran mereka semata-mata sahaja.

13. Kaum Mujassimah.
Ittikad dan pegangan puak-puak ini bahawa zat Allah itu adalah berjisim dan berbentuk seperti
mana manusia, iaitu boleh di rasa, boleh di lihat dan boleh di pegang.
Kesimpulannya segala pegangan dan akidah serta Itikad dan pahaman puak-puak yang telah
dinyatakan serba ringkas di atas adalah terang-terang menyeleweng dari ajaran Islam yang
sebenarnya, walaupun mereka masih mendakwa bahawa mereka adalah sebahagian daripada
umat Islam. Sebenarnya puak-puak inilah yang telah merosakkan kesucian agama Islam. Mereka
bukan sahaja sesat, malah telah menyesatkan orang-orang jahil yang lain, yang mengikut ajaran
dan kumpulan mereka dengan tujuan untuk mendalami ajaran Islam. Pengikut-pengikut itu juga
tersesat dan menjadi kafir bersama tok-tok guru yang mengembang dan mempertahan ajaran dan
pegangan kumpulan tersebut. Mereka semua akan di humbankan ke dalam neraka oleh Allah di
hari Akhirat kelak.
Sebagai seorang Islam yang cintakan kepada ajaran dan kesucian agama Islam, marilah samasama
kita menjauhkan diri daripada semua pertubuhan dan kumpulan yang sesat tersebut dan
mengikuti ahli dan kumpulah Ahlus Sunnah Wal Jamaah sahaja. Mungkin segala ajaran dan
fahaman yang di pegang oleh kumpulan dan puak-puak tersebut adalah datangnya daripada
ajaran dan bisikan puak-puak jin dan Syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia
daripada jalan yang benar dan di redai oleh Allah. Semoga Allah melindungi kita semua daripada
terjerumus ke dalam perangkap puak-puak tersebut.

Wednesday, July 8, 2009

DOSA BESAR

Sebenarnya.., topik agama yang dipostkan disini adalah lebih untuk mengingati kembali apa yang pernah dipelajari.. tapi sering terlupa sebab kesibukan dan keseronokan dunia..
antara perkara yang disebutkan dibawah ini pun, banyak yang bertubi-tubi membelasah diri saya sendiri .. sama-samalah kita ambil berat perkara ini..


Antara Perkara-perkara Yang Menyebabkan Dosa-dosa Besar

1. Syirik jali, kufur dan murtad
2. Membunuh seseorang tanpa sebab yang sebenar ( tanpa hak ) dengan tiada sumber atau
syubhat amal
3. Zina
4. Liwat
5. Merogol binatang
6. Meminum minuman yang memabukkan.
7. Mencuri dengan kadar yang membolehkan dijatuhkan hukuman potong tangan.
8. Menuduh seseorang yang baik berzina
9. Menjadi saksi dusta
10. Merampas harta orang lain dengan tiada sebab yang membenarkanya berbuat demikian.
11. Lari daripada medan peperangan jihad kerana menegakkan agama Allah, maruah diri, maruah bangsa dan harta ( negara )
12. Makan riba
13. Memakan harta anak-anak yatim walau dengan apa cara sekalipun dengan tidak sebenar.
14. Mendurhaka kepada kedua orang tua.
15. Mendusta ke atas Rasulullah s.a.w
16. Menyembunyikan diri daripada menjadi saksi tanpa apa-apa keuzuran, sedangkan ia patut
hadir untuk memberi keterangan.
17. Berbuka puasa dengan sengaja, tanpa apa-apa keuzuran
18. Bersumpah dusta.
19. Mendahulukan solat fardhu sebelum masuk waktunya atau melakukan solat fardhu selepas
luput waktunya dengan sengaja tanpa apa-apa keuzuran syarie.
20. Memutuskan hubungan kekeluargaan dan silatulrahim dengan jiran dan kaum kerabat tanpa
sebab-sebab yang di benarkan oleh syarak.
21. Menipu dalam sukatan timbangan barang, samada mengurang atau melebihkannya.
22. Sengaja meninggalkan solat fardhu tanpa apa-apa keuzuran syarie.
23. Menjatuhkan maruah seseorang Islam yang lain tanpa alasan yang di benarkan oleh syarak.
24. Menyumpah dan mengeji sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.
25. Memberi dan menerima rasuah
26. Menegah lelaki yang halal daripada masuk ketempat tidur isterinya atau gundiknya.
27. Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan yang halal nikah dalam suatu majlis yang di tegah oleh syarak.
28. Mengadu kepada pemerintah atau pihak yang berkuasa supaya mengambil tindakan kepada
seseorang tanpa alasan yang sebenarnya.
29. Enggan mengeluarkan zakat
30. Melupakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang telah di hafalnya
31. Membakar haiwan walaupun yang telah mati.
32. Mengamalkan ilmu sihir dan segala bentuk atau kaedah yang bersangkutan dengan khadam
bersyarat serta mengajarkanya kepada orang lain.
33. Meninggalkan daripada menyuruh manusia supaya melakukan kebaikan dan tidak mencegah manusia daripada melakukan kejahatan. Padahal ia berkemampuan melakukan perkara tersebut.
34. Isteri enggan melayani suaminya tanpa alasan yang munasabah atau isteri menderhaka
kepada suaminya tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak.
35. Putus asa dengan rahmat Allah
36. Tidak menghiraukan dengan kemurkaan Allah dengan sentiasa melakukan maksiat dan tidak pernah mengharapkan keampunan daripada Allah.
37. Zihar, iaitu menyerupakan isterinya dengan ibunya sendiri dari segi fizikal.
38. Memakan makanan dan minuman yang diharamkan tanpa ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak.
39. Memakan bangkai tanpa ada keuzuran syarak
40. Namimah, iaitu memperlaga-lagakan kedua-dua belah pihak supaya bergaduh.
41. Mengumpat ke atas ahli-ahli ilmu yang beramal dengan ilmunya dan
menghafaz Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w

Tuesday, July 7, 2009

ADAKAH MIMPI ANDA BENAR?

Ha.. kau buek la tafsir mimpi sendiri.. pueh dek sosek.. tau laa..

kat bawah ni ada cita pasal mimpi..
pas ni tau la mipi anda semua tu bleh pakai ke tak..

saya terangkan skit la ikut bahasa dan kefahaman saya ekk.. tak faham korang bahasa kat bawah ni.. tinggi bebonar.. camni...

1. mimpi yang benar adalah mimpi para nabi, rasul dan ulamak.. senang cita mimpi orang baik baik laa..

2. mimpi kita.. orang yang suka bebohong., cakap kosong, banyak maksiat , walaupun semayang.. memang tak leh pakai.. tok sah dok tafsir.. semuanya mainan syaitan.. tak kira mimpi baik atau buruk..

tu la bahasa saya.. cam hampeh..(klu bahasa camni .. kira mimpi pun setan gak la ni..)
kat bawah ni bahasa ulamak

MIMPI
Mimpi terbahagi pada 3 jenis mengikut Sunnah.

1.Rukyah – bayangan yang baik atau yang dilihat/nampak adalah yang baik-baik (mimpi)
2.Hulum – Mimpi yang buruk atau menyedihkan (datang daripada Syaitan)
3.Mimpi yang disebabkan permainan perasaan/jiwa (sebahagian dari khayalan)

3 kategori di atas didasarkan oleh 2 Sabda Rasulullah S.A.W. 1 Riwayat Muslim (Dari Abu Hurairah) dan 1 Riwayat Bukhari kedua-duanya Isnadnya Sahih.

Rasulullah S.A.W. Bersabda :

“(Barangsiapa) di antara kamu bermimpi yang paling benar akan menjadi seorang yang paling benar dalam perkataannya” (Sahih Muslimi)

Selain itu,

“Jika ada antara kamu mendapat mimpi yang disukainya, maka ianya datang daripada Allah SWT. Bersyukurlah kepada Allah SWT dan maklumkan kepada yang lain (Sahih Bukhari)”

Seterusnya,

Sabda Rasulullah SAW

“Mimpi yang benar adalah sebahagian daripada 46 sifat kenabian”

dan dalam satu hadis lain – dari Abu Hurairah dan Anas r.a. terdapat perkataan “Mimpi orang soleh adalah sebahagian daripada 46 Sifat nubuwwah”

Ada juga yang menyebut 70, 40, 50, 26 atau 44

Maksud sifat nubuwwah di sini bukanlah bermaksud seseorang yang bermimpi itu – dia adalah setaraf atau menjadi seperti nabi kerana Rasulullah SAW telah juga bersabda :

“Tiada lagi Nubuwwah yang tinggal kecuali mubassyraat” (Bukhari) – yang bermaksud “Mimpi yang baik, dilihat (dialami) orang seorang yang soleh atau dilihat oleh orang lain untuknya” (orang lain yang bermimpikan orang soleh itu)

Ibnu Jarir ath-Thabari pernah menghuraikan mengenai dekatnya iman seseorang itu dengan nubuwwah seperti Sayyidina Abu Bakar As Siddiq dengan sempurna wuduknya, tinggi kesabarannya, duduk di antara satu solat ke satu solat yang baik. Jadi mereka yang mempunyai sifat-sifat seperti ini – mimpinya adalah benar.

Seorang lagi penafsir Abu Amir Bar menyetujui Ibnu Jarir mengenai benarnya mimpi seseorang itu adalah bergantung kepada orang yang bermimpi sendiri – adalah dia jujur dalam kata-katanya, adakah dia memegang amanah dengan baik, ikhlaskah niatnya dalam menjalankan ibadat kepada Allah SWT dan yakin bila berkata-kata (tidak berbohong), maka mimpinya adalah benar.

Ibnu Qayyim pula memberikan 'tips' untuk mendapat mimpi yang benar iaitu seseorang itu mesti melatih dirinya dalam kejujuran, berkata benar dan tidak dicampurkan dengan kebohongan, hendaklah memakan harta yang halal, selalu menjaga perintah dan larangan Allah SWT. Maka apabila hendak tidur, berwudhu dengan sempurna, berbaring mengadap Qiblah dan berzikir kepada Allah SWT sehingga tertidur. (apabila menyebut tentang berwudhu, maka kita akan faham bahawa tidur dalam hadas yang besar mungkin tidak membawa kepada mimpi yang benar) Pendapat Ibnu Qayyim diasaskan kepada banyak Hadis termasuklah adab tidur kerana jika kita mengikut sunnah Rasulullah SAW, pasti ada kelebihannya. (Sila lihat link/pautan di bawah)

Baginda SAW dalam satu hadis yang lain juga memberikan pilihan samada ingin memberitahu mengenai mimpi berkenaan kepada orang lain atau tidak memberitahunya. Tetapi Baginda SAW menggalakkannya kerana mungkin tafsiran yang diberikan akan meninggikan lagi iman seseorang yang bermimpi itu atau mengambil apa-apa tindakan yang perlu hasil tafsiran mimpi berkenaan.

Namun begitu, tahap sesuatu mimpi baik atau buruknya atau hanya permainan perasaan kadangkala bukanlah boleh ditafsir secara apa (fenomena/gambaran) yang dialami – contohnya mimpi terjatuh bukan semestinya bermaksud kita akan terjatuh apabila jaga atau selepas tempoh beberapa lama selepas mimpi berkenaan.

Dan tafsir mimpi yang berlaku sebelum tandanya berlaku di alam nyata walaupun mimpi yang buruk boleh juga dijadikan panduan untuk berjaga-jaga bagi mengelakkannya ianya daripada berlaku, contohnya kita bersolat menolak bala, atau bersedekah dll. dengan mengambilkira kefahaman yang cukup mengenai qada' dan qadar', takdir mubaram dan takdir mualak, teguh cita-cita, usaha ikhtiar, ibadat, doa/wirid dan penyerahan.

Kenapa saya menyebut takdir mubaram dan mualak kerana mungkin ada mimpi yang diberikan itu adalah rahsia mengenai sesuatu takdir yang bakal berlaku ke atas kita sebagaimana yang telah tersurat. (contohnya kematian yang juga kita tidak tahu bila waktu yang tepat - walaupun ada petua-petua tertentu sekalipun)

Ada juga takdir yang boleh diubah menerusi doa.

Tidak lupa usaha ikhtiar yang perlu dijalankan tanpa terlalu menanti sesuatu tanda yang baik akan berlaku selepas mimpi (atau mimpi-mimpi) yang baik kerana ini juga akan menyebabkan kita terjatuh dalam angan-angan yang berpanjangan atau kerana mainan perasaan disebabkan kita terlalu inginkan sesuatu.

Rasulullah SAW pernah bersabda (Sahih Muslim) sekiranya kita bermimpi buruk, kita perlu bangun dan bersolat/berdoa.

Selain itu, Rasulullah SAW juga meminta kita supaya meludah ke kiri 3 X (ini juga sebahagian dari amalan jabat dalam Abjad Malaysia) dan bermohon agar alamat mimpi berkenaan tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada kita. Selain itu, Rasulullah SAW tidak menggalakkan kita untuk memaklumkan mimpi yang buruk kepada sesiapapun selain memohon dengan Allah SWT agar melindungi kita dari apa-apa permasalahan.

Rasulullah SAW juga sangat membenci orang yang berbohong mengenai mimpinya.

Saya ada mendengar mengenai doa-doa tertentu dan wirid yang panjang perlu dibaca untuk memastikan mimpi kita adalah mimpi yang baik dan benar.

Terlalu banyaklah hadis mengenai mimpi yang tidak mampu saya huraikan di sini.

Thursday, July 2, 2009

lawak stadium

saya jumpa lawak bodo ni kat satu blog member.. blee la buat senak perut..
sapa la punya otak pedajal buat org senak perut nihh.. pinjam jap aa geng..

Sebab Musabab Stadium Tu Runtuh...

[2009-06-21_115244.jpg]

HUKUM KAHWIN WANITA TERMENGANDUNG

Terdapat satu pandangan yang tersebar luas mengatakan tidak sah mengahwini wanita sedang mengandung anak luar nikah, walaupun sesama pasangan zina itu sendiri.. keadaan tersebut mmenyebabkan pasangan tersebut berada dalam zina walupun telah berkahwin..

di sini, adalah pandangan lain yang berkaitan perkara tersebut.

HUKUM KAHWIN SEMASA ‘IDDAH DAN HAMIL

Adapun berkenaan hal ‘iddah' dan bolehkah berkahwin semasa tempoh ‘iddah.

Hukum asal bagi perkahwinan dan perceraian normal, adalah diwajibkan menunggu tamatnya ‘iddah wanita sebelum diizinkan untuk berkahwin baru.( Al-Ikthiyar li Ta'lil al-Mukhtar, 3/78).

a) Tempoh Iddah Wanita Dicerai Dalam Keadaan Suami Masih Hidup

Tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan (jika tidak mengandung) adalah tiga kali suci berdasarkan firman Allah SWT :-

Ertinya : "Dan wanita-wanita yang tercerai ( iddahnya ) adalah tiga kali suci " ( al-baqarah : 228 )

b) Tempoh Iddah Wanita Mengandung

Tempoh ‘iddah bagi wanita mengandung, adalah sehingga ia selesai bersalin. Ia berdasarkan firman Allah SWT :-

وأولات الأحمال أجلهنّ أن يضعن حملهنّ

Ertinya : " Wanita-wanita yang hamil tempoh iddahnya adalah sehingga melahirkan kandungannya" ( At-Talaq : 3)

c) Tempoh Iddah Wanita Yang Bercerai Kerana Suami Mati

Tempohnya adalah 4 bulan sepuluh hari, jika tidak mengandung. Ia berdasarkan firman Allah :-

والذين يتوفون منكم ويذرون أزواجاً يتربصن بأنفسهنّ أربعة أشهر وعشراً

Ertinya : Dan bagi mereka yang meninggal dari kalangan kamu dan meninggalkan pasangan (isteri-isteri) hendaklah menunggu (tempoh iddah) nya 4 bulan sepuluh hari" ( Al-Baqarah : 234 )

Ulama telah bersepakat bahawa perkahwinan semasa iddah adalah dilarang dalam Islam ( Nizam al-Usrah Fil Islam, Dr Md Uqlah, 1/ 287), Ia berdasarkan firman Allah :

ولا تعزموا عقدة النكاح حتى يبلغ الكتاب أجله

Ertinya : "Dan jangan kamu melangsungkan aqad nikah sehinggalah sampai tempoh yang ditetapkan al-Kitab ( tempoh iddah) " (Al-Baqarah : 235 )

Bukan saja nikah, malah meminang seorang wanita semasa dalam tempoh ‘iddahnya juga adalah haram. Jika meminang pun tidak dibenarkan semasa iddah apatah lagi bernikah, sudah tentu lebih besar larangannya. Ia berdasarkan firman Allah.

Demikian tadi hukum yang standard bagi seluruh umat Islam. Secara mudahnya, inilah hukum normal bagi keadaan normal. Sebagaimana manual dan panduan bagi sesebuah kereta yang rosak normal. Dengan mudah boleh dijumpai penyelesaiannya oleh si mekanik.

Kes Zina Bermasalah

Bagaimanapun dalam kes ‘iddah bagi individu yang ‘termengandung' akibat zina dan hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain.

Ulama berbeza pandangan dalam hal ini.

Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21)

Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a.

Ia berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a :

Ertinya : "..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati"

Dan juga sebuah lagi dalil iaitu :

لا يحرم الحرام الحلال , إنما يحرم ما كان من نكاح

Ertinya : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah" ( Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif)

Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah.

Lagi Displin Khas

Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah.

Ia berdasarkan sebuah hadith yang ertinya :

"Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan)

Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki dan pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut. Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan dan pernikahan itu juga sah.

Jawapan di atas juga ada benar sebahagiannya jika dilihat dari perspektif mazhab Hanbali dan beberapa ulama kontemporari, yang mana mereka mengiktiraf mengandung hasil zina boleh membawa hukum ‘iddah, hasilnya, haram bernikah dengan wanita yang sedang ‘iddah dan berlakulah segala satu macam kerumitan sebagaimana yang digambarkan dalam jawapan tuan imam ini.

Kesimpulan

Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertawbat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

http://e-fatwa.intranetportal.my/fatwa-negeri/perkara-bin-dan-binti-anak-luar-nikah-1

http://e-fatwa.intranetportal.my/fatwa-kebangsaan/mengahwini-perempuan-yang-sedang-mengandung-anak-luar-nikah

http://e-fatwa.intranetportal.my/fatwa-negeri/berkahwin-dengan-perempuan-yang-mengandung-0

AMALAN KHURAFAT DALAM MASYARAKAT MELAYU

Pandangan peribadi lobaipas
mari kita tengok apakah jenis khurafat yang pernah dan sedang diamalkan oleh masyarakat kita.. sebenarnya ADAT juga merupakan satu khurafat yang boleh membawa kesesatan, tidak kira adat tersebut selari dengan islam atau pun tidak..

contohnya.. amalan memberi salam adalah amalan yg mulia ., tetapi sekiranya seseorang memberi salam kerana ia menganggapnya sebagai satu adat.. amalan salam tersebut tidak lagi menjadi suatu ibadat kepadanya.. (Membuat sesuatu yang baik tetapi tidak diniatkan kerana Allah)

saya risau dengan ungkapan ini
"adat orang melayu, pergi rumah orang mesti beri salam"
perkataan adat disitu menunjukan ia bukan lagi satu ibadat.

SETIAP PERKARA YANG DILAKUKAN MESTILAH KERANA IA SATU IBADAT, DAN BUKANYA ADAT.

Pandangan Ulamak
Pengaruh dan penglibatan Tok Bomoh dalam Adat Istiadat Orang Melayu
Dan Amalan-amalan
Khurafat.

Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang berhubung
dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan " Biar Mati Anak Jangan
Mati Adat " . Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-orang Melayu
tentang adat istiadat mereka. Persoalannya golongan manakah yang mengada dan
memperkenalkan adat istiadat dan perkara Khurafat tersebut dan sejak bilakah mulanya adat
istiadat dan perkara Khurafat itu telah bertapak dalam masyarakat Melayu ?. Persoalan yang yang
lebih besar dan penting ialah adakah adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu itu
bertepatan dan selari dengan Hukum Syarak atau bertentangan sama sekali dengan Hukum
Syarak.
Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang
masih terdapat dalam aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan yang
telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi
satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalm majlis-majlis atau perayaan tertentu.
Sebenarnya banyak perkara Khurafat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu antara contohnya

1. majlis bersanding

apabila ada majlis perkahwinan dengan upacara persandingan yang seolah-olah satu
kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan
Dewa Rama dan Dewi Sita.

2. kenduri kerana kematian

Begitu juga apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian mesti
diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari ( makan serabai ), kenduri pecah perut pada hari ke 7,
kenduri 40 hari iaitu ruh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan
bagi ruh itu memasuki dalam jemaahnya sebagai ahli kubur.

Kebiasaannya orang yang menghidup dan memainkan peranan utama dalam hal ehwal
adat istiadat Masyarakat Melayu dan perkara-perkara Khurafat yang menyeleweng dan
bertentangan dengan Syariat Islam ini adalah terdiri daripada Tok Bomoh, Tok Pawang, Mak
Bidan, tok dukun, tok guru latihan pertahanan diri, mak andam dan seumpamanya. Peranan
mereka dalam menghidupkan adat istiadat dan perkara Khurafat ini bergantung kepada Bidang
masing-masing. Antara Contoh-contoh adat istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukan
oleh orang-orang Melayu sampai sekarang antaranya ialah seperti :-

3. Mendirikan Rumah Baru.

Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti
mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak /
tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah
tersebut.
Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Tok Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di
ganggu oleh Jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada
semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara
menjamu Jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni
rumah itu.

4. Upacara Menurunkan perahu / kapal yang baru ke laut.

Upacara ini di lakukan oleh Tok Bomoh dengan harapan perahu / kapal tersebut selamat
daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan luas. Upacara dilakukan
dengan perahu itu dipulihkan dengan jampi serapah dan mentera dengan menggunakan tepung
tawar dan sebagainya.

5. Kenduri tolak bala.

Kenduri ini di lakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap
penduduk membawa sepinggan makanan. Tok imam di jemput untuk membaca doa dan Tok
Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.

Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua
dengan syarat :-
i. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis tersebut
ii. Melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.

6. Upacara Persandingan.

Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu di mana
mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama dan
Dewi Sita. Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah perempuan Mak Andam sebagai
pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Tok Bomoh sebagai pengiringnya. Keduadua
mempelai ini di arak dan di sanjung serta di puja sepertimana orang-orang Hindu memuja
Dewa Rama dan Dewi Sita, dengan sebab itulah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari.

7. Mengandung / Kelahiran bayi

Sebelum ibu melahirkan anak, Mak Bidan di jemput untuk mengadakan upacara Lenggang perut
Semasa kelahiran bayi persiapan di buat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan
bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya
jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula adalah
selama 45 hari.

8. Adat meninggal dunia dan selepas kematian.

Semasa seseorang meninggal dunia Tok Bomoh akan meletakkan gunting di atas mayat semasa
baru meninggal dunia. Semasa hendak menghantar mayat kekubur diadakan pula kenduri masuk
kubur, selepas 7 hari kematian, diadakan kenduri pecah perut, selepas 14 hari di adakan kenduri
makan serabai ( sejenis kuih ). Kenduri 40 hari sebagai tanda ruh berpisah dari waris. Kenduri 100
hari sebagai kenduri turun batu nisan dan ruh si mati telah masuk ke dalam kumpulannya di alam kubur.

Sebenarnya memperbanyakkan sedekah walau apa cara sekalipun, asalkan tidak menyalahi
syarak dan tidak terdapat di dalamnya sesuatu yang menyalahi syarak dengan diniatkan pahala
sedekah itu untuk disampaikan kepada aruah-aruah orang yang telah mati daripada orang-orang
Islam oleh waris-warisnya yang masih hidup, adalah memang menjadi amalan kebanyakan
ulama-ulama mazhab khasnya di Asia Tenggara daripada dahulu hinggalah sekarang.

9. Upacara membuka gelanggang latihan pertahanan diri.

Upacara ini biasanya di lakukan oleh tok guru latihan pertahanan diri yang juga merupakan
seorang Tok Bomoh yang dilakukan supaya pelatih-pelatih latihan pertahanan diri di gelanggang
tersebut tidak mendapat sebarang kecederaan semasa berlatih. Antara alat dan upacara yang di
lakukan ialah seperti menyembelih seekor kambing atau ayam hitam dimana darah ayam dan
kambing tersebut di semah di sekeliling gelanggang. Sesetengahnya menyapu darah tersebut di
tapak kaki pelatih latian pertahanan diri. Selepas itu Tok Bomoh tersebut akan menyeru namanama
panglima tertentu seperti Panglima Hitam dan sebagainya. Akhir sekali Tok Bomoh tersebut
akan mengasapkan kemian di sekeliling gelanggang dengan tujuan untuk menghalau hantu-hantu
jahat daripada menghampiri gelanggang latihan pertahanan dirinya.

10. cucu jin

Salah satu adat lagi yang sering di peringatkan oleh orang-orang tua kepada anak-anak muda
mereka jika hendak membuang air semasa di dalam hutan atau di tempat-tempat yang sunyi atau
di padang-padang atau ketika hendak melalui sesuatu kawasan atau pokok besar hendaklah
meminta izin terlebih dahulu daripada Jin atau penunggu yang kononnya menunggu tempat
tersebut dengan menyebut ´ Minta tabik tok nenek, anak cucu tak tahu bahasa, nak tumpang
kencing " atau " Minta ampun tok nenek anak cucu nak tumpang lalu ". Kononnya jika tidak
meminta izin kemungkinan orang tersebut akan di sampuk oleh penunggu tempat tersebut.


Kesemua adat-adat di atas sebenarnya adalah campuran daripada pengaruh agama Hindu, agama
Buddha dan adat istiadat orang-orang Asli yang memuja roh. Adat-adat tersebut masih kuat
diamalkan dalam budaya orang Melayu, yang menyangkakan sebahagian daripada adat Melayu
yang tidak bertentangan dengan agama Islam, tetapi sebenarnya adat istiadat dan budaya tersebut
terang-terang bertentangan dengan Islam.
Contoh Peralatan dalam pemujaan Jin Yang biasa dilakukan oleh Tok Bomoh, Tok Pawang dan
seumpamanya.
Peralatan yang sering digunakan oleh Tok Bomoh dalam pemujaan Jin yang kononnya dikatakan
sebagai salah satu upacara dalam adat istiadat Melayu yang tidak boleh ditinggalkan antaranya
adalah seperti berikut :-

11. Puja Kubur.

Puja kubur adalah sebahagian daripada amalan sesetengah orang Melayu yang masih tebal
dengan adat istiadat dan tradisi Melayu kuno dengan agama Hindu puja Dewa. Mereka percaya
bahawa penghuni kubur itu boleh menghasilkan hajat mereka apabila di minta terutamanya
apabila mereka berada di dalam kesusahan.
Kebiasaanya beberapa jenis makanan atau " jamu " seperti ayam panggang, bertih, pulut kuning,
pisang emas dan lain-lain lagi di bawa dan diletakkan di atas kubur itu sebagai jamuan untuk
penghuni kubur tersebut, sebelum meminta sesuatu hajat, yang hakikatnya adalah untuk " jamu "
Jin . Yang jelas di sini sebenarnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang mahu
menyesatkan mereka.

12. Keris, Kemian dan Limau.

Keris sering dikaitkan dengan latihan pertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan kemashuran.
Kebiasaannya banyak daripada keluarga orang Melayu yang mempunyai atau menyimpan keris
sebagai sebahagian daripada barang pusaka yang perlu di pelihara dan di jaga dengan baik.
Keris tersebut perlu dimandikan dengan limau dan di asapkan dengan kemian serta di balut
dengan kain kuning atau hitam dan di simpan di tempat yang selamat. Pemujaan keris ini
selalunya di buat pada malam jumaat dengan bacaan mentera dan jampi-jampi tertentu.
Pemujaan itu dilakukan dengan tujuan untuk memelihara kekuatan keris tersebut, supaya penjaga
( saka ) keris itu tidak menggangu keluarga mereka dan sebagainya. Sebenarnya keris tersebut
tidak mempunyai apa-apa kuasa kerana ianya adalah merupakan besi semata-mata tetapi yang
berperanan terhadap keris tersebut, sebenarnya adalah terdiri daripada Jin yang menjadi khadam kepada keris tersebut.

13. Ancak.

Ancak di buat daripada buluh yang hampir sama dengan sangkak. Ada juga terdapat ancak yang
di buat daripada daun pisang yang di isi dengan pulut kuning, bertih, ketupat dan sebagainya.
Ancak juga di gunakan sebagai " jamu " untuk Jin keturunan atau Jin penjaga kampung supaya
tidak menggangu anak cucu atau penduduk kampung tersebut pada tahun itu. Kepercayaan
menjamu dengan menggunakan ancak ini masih ada sehingga ke hari ini terutamanya bagi
mereka yang masih ada lagi atau berpegang dengan saka atau Tok-Nenek atau Jembalangjembalang keturunan.

14. Sanggu

Sanggu atau sampan biasanya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau
seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal
pokok. Di ambil upih atau seludang itu mestilah pada waktu senja.
Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari
naik dan hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi-jampi tertentu. Tujuan
pemujaan Jin yang menggunakan sanggu ini kebiasaannya adalah untuk memuja Jin keturunan
atau saka.
Perkakas dan alat " jamu " yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam
panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar,
lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai
jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.

15. Sangkak

Sangkak pula di perbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya
diletakkan seekor ayam panggang yang telah di proses dengan syarat-syarat tertentu ataupun
pulut kuning dan bertih sebagai " jamu " bagi Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau
Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampung tersebut pada tahun itu.
Kemian diletakkan bersebelahan dengan sangkak tersebut sebagai bauan wangi yang sangat di
sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.
Terdapat dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk
keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh
majlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka
ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi
serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.

16. Pemujaan Tanduk Kerbau.

Tanduk kerbau sering dijadikan bahan pemujaan oleh sesetengah kumpulan orang yang
mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Adakalanya digunakan dalam majlis-majlis tertentu
seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis.
Kepercayaan ini sebenarnya ada hubungan dengan kepercayaan puja Dewa bagi satu puak di
Tanah Jawa, yang mempercayai adanya kuasa pada tanduk kerbau itu apabila di puja dan di
sembah. ( sebenarnya adalah kuasa Jin )
Pemujaan tanduk kerbau sering dikaitkan dengan sesuatu keturunan. Namun apa yang jelas
tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau
" jamu " kepada Jin tersebut. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung tersebut atau
anak cucu orang yang berkenaan.
Biasanya tanduk tersebut diletakkan di atas suatu tempat tertentu, di atasnya di nyalakan lilin.
Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya
dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Tok Pawang atau
Tok Bomoh akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah tertentu
untuk memanggil Jin berkenaan. Kadang kala apabila Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh Tok
Pawang atau bomoh tersebut, dan bomoh itu akan bercakap sesuatu atau memberi nasihat atau
amaran kepada mereka.
Ringkasnya pemujaan-pemujaan seperti yang dilakukan di atas adalah terang-terang bertentangan dengan agama Islam
yang mulia dan semata-mata perkara Khurafat yang mesti kita jauhi demi
keselamatan dan kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan, kesihatan dan rezeki
manusia sebenarnya telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara
pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa
pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.