Followers

Thursday, June 18, 2009

Siapakah Dato Onn Jaafar




Buku: Dato’ Onn Ja’afar – Pengasas Kemerdekaan

Dato' Onn bercadang untuk membuka keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira kaum. Cadangan tersebut ditentangan. Oleh yang demikian, Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai president UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan 26 Ogos 1951.Namun begitu, UMNO telah menggabungkan parti-parti yang dianggotai oleh kaum lain iaitu MCA dan MIC menjadi parti Perikatan pada tahun 1955.



Saya menghabiskan membaca buku ini dua minggu lepas. Buku ini telah dicetak agak lama, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka hampir berbelas tahun yang lampau. Tetapi saya hanya berkesempatan membacanya sebermula Disember lepas.

Buku ini antara lain mengupas dengan terperinci sejarah hidup Dato Onn, sebermula beliau menjadi wartawan di Warta Malaya dan menjadi pemimpin di Johor, menubuhkan Umno sehinggalah keluar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dan mengakhiri hayatnya sebagai pemimpin Parti Negara.

Buku ini memberikan saya gambaran bahawa Dato Onn adalah pemimpin yang mempunyai pemikiran melampaui zaman. Ini termasuklah inisiatif beliau yang mahu menggembleng kesepakatan masyarakat Melayu untuk menentang penjajahan British melalui penubuhan Persatuan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ) dan seterusnya Umno pada tahun 1946.

Saya juga terkesan dengan idea Dato Onn yang melihat relevannya politik integrasi yang melangkaui sempadan perkauman apabila Dato Onn membuka cadangan tersebut dalam Mesyuarat Agung Umno pada tahun 1951 tetapi ditolak perwakilan. Beliau meletak jawatan dan menubuhkan IMP.

IMP gagal berfungsi di dalam landskap politik negara, lantas Dato Onn menghidupkan Parti Negara (PN) untuk menyertai Pilihanraya Umum 1955. PN gagal memenangi sebuah kerusi pun, tetapi itu tidak mengecewakan Dato Onn.

Pilihanraya Umum 1959 menyaksikan Dato Onn kembali ke persada politik nasional apabila memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu Selatan hasil kompromi PN – PAS. PN juga memenangi 4 kerusi DUN Terengganu.

Dato Onn, atas senioritinya dilantik sebagai Ketua Pembangkang meskipun PN hanya mempunyai 1 kerusi. Pembangkang pada ketika itu dibarisi tokoh-tokoh hebat seperti Dr Burhanuddin Helmy (PAS), Dr Zulkifli Ahmad (PAS), Khadijah Sidek (PAS), Ahmad Boestamam (PRM), dan DR Seenivasagam (PPP).

Kepimpinan beliau di Parlimen cukup terserlah dengan pendirian tegas beliau mengenai beberapa perkara, antaranya ialah perlantikan Senator kalangan Perikatan pada ketika itu. Beliau berpendapat Senator mestilah dilantik daripada kepelbagaian latar belakang politik supaya keputusan di peringkat Dewan Negara akan lebih adil.

Dato Onn juga menentang keras beberapa fasal di dalam Internal Security Bill 1960 (ISA) kerana wujudnya beberapa fasal yang mengekang kebebasan bersuara. Beliau berhujah bagaimana fasal-fasal tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Isu pendidikan juga seringkali menjadi fokus beliau, memandangkan beliau pernah mengasaskan dan menjawat jawatan Pengerusi RIDA (sekarang MARA) pada tahun 1950 sehingga 1955. Ini termasuklah isu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sayangnya hayat Dato Onn berakhir dengan kejatuhan PN apabila 3 ADUN PN di Terengganu ‘dibeli’ Perikatan. Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1959 agak unik, kerana komposisi 24 kerusi DUN agak seimbang: PAS 12, Perikatan 7 dan PN 4.

Kerajaan PAS Terengganu seringkali dihenyak kononnya gagal memerintah Terengganu dengan baik, dan usaha ‘membeli’ ADUN PN giat dilakukan agar Perikatan boleh memerintah Terengganu di bawah Ibrahim Fikri pada ketika itu.

Mengikut “Memoir Politik Asri” terbitan UKM yang pernah saya baca, Allahyaram Tan Sri Asri Muda juga mendedahkan adanya usaha membeli ADUN-ADUN PAS, tetapi berjaya dikawal oleh pimpinan PAS Negeri dan Pusat pada ketika itu.

Ditawarkan dengan pelbagai janji termasuk peluang berniaga, disokong pula dengan pertemuan ADUN PN dengan Dato’ Abdul Razak (Allahyarham Tun), maka pada Oktober 1961, 3 ADUN PN membuat perisytiharan mereka sah menyertai Umno, dan berakhirlah riwayat PN di DUN Terengganu.

Dato Onn sedih dengan perkembangan tersebut kerana beliau diketepikan atas alasan beliau tidak perlu ambil tahu hal-ehwal Terengganu kerana beliau ‘bukan Anak Terengganu’. Sentimen kenegerian masih menebal di kalangan masyarakat pada ketika itu.

Dan disebabkan kencing manis dan sakit jantung, 18 Januari 1962, Dato Onn menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 67 tahun.

Buku ini, menggarap satu penulisan yang menunjukkan betapa Dato Onn adalah pemimpin yang mempunyai visi ‘di luar kotak’. Kerencaman perjalanan politik beliau banyak yang tidak terdedah, mungkin kerana tindakan beliau yang tidak mahu kekal dalam Perikatan. Tetapi beliau tetap layak disanjung sebagai seorang negarawan terbilang.

perlembagaan negara - Melayu islam, islam melayu

Apakah maksud disebalik perlembagaan negara yang menyebut islam adalah melayu, melayu adalah islam., apakah takrifan ini salah., bersifat perkauman.., atau kita yang tak faham.. tapi tak nak bertanya..

apakah perjuangan mempertahankan melayu adalah bersifat asobiah (perkauman)?

apakah takrif melayu?

1. Dalam pada menjawab soalan soalan tadi, maka adalah wajar perkara takrif ‘Melayu' dibincangkan. Siapakah mereka itu yang bergelar Melayu? Untuk menjawab soalan tersebut, marilah kita sama sama renungkan dan mengimbas kembali takrif istilah ‘Melayu' yang dikemukakan pengasas UMNO, Dato' Onn Ja'afar. Menurut beliau, takrif Melayu membawa makna bahawa mereka yang bergelar Melayu itu pada hakikatnya beragama Islam, serta mengamalkan budaya Melayu yang pada asasnya dibentuk oleh tamaddun Islam, dan bertutur dalam bahasa Melayu yang pada dasarnya dizahirkan oleh agama Islam. Takrif Dato' Onn Ja'afar tadi yang merujuk kepada istilah dan faham Melayu kemudiannya digunapakai dalam perlembagaan Malaysia. Merujuk kepada akta 160 perlembagaan Malaysia, takrif Melayu sebagaimana yang dijelaskan sebentar tadi terkandung dengan dua pindaan. Selain daripada takrif sebentar tadi, ada dua lagi sharat yang menentukan seseorang itu Melayu; pertamanya bahawa dia dilahirkan di negeri tanah Melayu kepada bapa yang digelar Melayu yang menepati takrif tadi; atau bahawa dia dilahirkan di luar negeri tanah Melayu dimana bapanya bergelar Melayu. Akan tetapi, unsur yang membawa kepada faham pengenalan diri (identity) sesungguhnya adalah agama Islam itu sendiri.

(http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=7&sec=&key=1238&cmd=resetall)

2. takrif Melayu menurut perlembagaan negara ialah seseorang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu. Tanpa Islam, Melayu akan kehilangan segala-galanya termasuk maruah dan keperibadiannya. Sebarang usaha menanggalkan Islam juga bererti menghilangkan nilai kemelayuan itu sendiri.


3. bap4k_jin menulis "Perjuangan Melayu Bukan Asabiyah
"TIDAK ada bangsa yang paling dimuliakan oleh Tuhan di dunia ini selain daripada bangsa Melayu di Malaysia, yang mana di dalam Perlembagaannya menyebut Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu ..."
Demikianlah ungkapan yang keluar daripada mulut Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria semasa mengendalikan Seminar Pemantapan Akidah di Masjid Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan tidak lama dulu.


Mufti Perak, Sohibussamahah Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria
Tidak dinafikan lagi bahawa memang benar di dalam Perlembagaan Persekutuan, termaktub takrif Melayu dalam Perkara 160 iaitu Melayu ialah orang yang lazim bertutur bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan adat resam Melayu.

Jelaslah setiap yang mengaku dirinya Melayu itu mestilah beragama Islam dan sesiapa yang murtad tidaklah boleh diiktiraf sebagai Melayu menurut Perlembagaan. Malah dalam masyarakat kita, apabila orang Cina atau India memeluk Islam, mereka juga dikatakan masuk Melayu. Ini adalah benar kerana sebagai seorang warganegara Malaysia, seorang mualaf itu pastinya boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan dan biasa dengan adat resam dan budaya Melayu kerana budaya Melayu Islam sebenar adalah asas kebudayaan nasional, dengan itu mereka juga wajar dipanggil Melayu menurut terjemahan Perlembagaan kita.

Oleh yang demikian, benarlah ungkapan yang menyebut Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Adalah suatu kejahilan sesiapa menganggap perjuangan untuk memartabatkan bangsa Melayu sebagai bukan perjuangan untuk agama Islam dan sempit. Tidak boleh juga kita memisahkan antara Melayu dan Islam dengan memaksa orang lain supaya memilih samada mahukan Islam ataupun Melayu. Ketahuilah bahawa hubungan Melayu dan Islam itu adalah bagaikan aur dengan tebing, suatu hubungan simbiotik yang saling kukuh mengukuhkan satu sama lain. Pun begitu, ungkapan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu mungkin hanya sesuai di Malaysia kerana kita mempunyai Perlembagaan yang menyebut tentangnya tetapi mungkin di Singapura atau Indonesia lain pula situasinya.

Namun begitu, yang pastinya bicara kita secara khusus adalah tentang perjuangan bangsa Melayu di negara ini. Lupakan pertikaian dengan berhujah adanya Melayu Kristian di Singapura atau di Indonesia kerana bagi kita di Malaysia, tiap-tiap Melayu itu mestilah beragama Islam menurut Perlembagaan Persekutuan.

Setelah kita memahami bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, maka kita tidak boleh melabelkan perjuangan memartabatkan bangsa Melayu sebagai tidak Islamik atau asabiyyah. Perjuangan untuk bangsa Melayu adalah berbeza dengan perjuangan kebangsaan bagi bangsa-bangsa lain di dunia yang tidak diasaskan kepada agama. Perjuangan kebangsaan Melayu hari ini adalah disempadani oleh agama Islam, dengan sendirinya apa-apa yang bertentangan dengan agama maka ia bukanlah menjadi visi dan perjuangan bagi bangsa Melayu. Hal ini berlaku sejak turun temurun lagi dari mula kedatangan Islam di Tanah Melayu berabad-abad dulu. Bangsa Melayu memang terkenal dengan kuatnya berpegang kepada adat budayanya dan agama Islam. Ini diakui oleh semua orang termasuk penjajah.

Perlu diperjelaskan secara terperinci lagi bahawa dakwaan kononnya sesiapa yang berjuang untuk bangsa Melayu adalah berjuang atas dasar asabiyyah adalah silap sepertimana telah dijelaskan tentang batas-batas perjuangan Melayu di atas. Dalam sebuah hadith sahih disebutkan bahawa:

"Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. : Adakah perbuatan asabiyah seseorang itu suka (kasih) kepada kaumnya (bangsanya)? Tidak, tetapi asabiyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman." [H/R Abu Daud dan Ibnu Majah]

Juga disebutkan dalam sebuah hadith yang lain bahawa:
"Dari Wathilah bin al Asqa' berkata: Saya pernah bertanya : Ya Rasulullah, apakah sebenarnya asabiyah? Jawab baginda : iaitu engkau menolong kaum bangsamu melakukan kezaliman. Dan baginda bersabda: Jauhilah sikap jahiliah ini, kerana ia terlalu kotor (keji dan busuk)".

Jelas bahawa perjuangan kebangsaan yang disempadani oleh agama Islam tidak boleh diistilahkan sebagai perjuangan asabiyah kerana perjuangan kebangsaan sebegini tidak sesekali akan menyokong kemungkaran bangsanya. Sebaliknya asabiyah yang sebenarnya tidak terbatas pada perjuangan kebangsaan yang menyokong kezaliman sahaja tetapi turut meliputi perjuangan kelompok tertentu seperti kumpulan, parti, negeri, negara atau benua. Parti yang kononnya berjuang atas idealisme Islam juga boleh dilabelkan parti asabiyah jika mereka menyokong kezaliman puak-puak mereka.

Sesungguhnya tidaklah salah dan bukanlah kita berfahaman sekular jika kita mencintai bangsa dan tanahair kita sepertimana dakwaan sesetengah pihak. Nabi s.a.w. sendiri cintakan bangsa dan tanahairnya. Bahkan disebutkan oleh ulama kita bahawa:
"Cintakan tanahair itu termasuk daripada Iman."
Jikalah perjuangan kebangsaan itu salah di sisi Islam kenapakah pejuang-pejuang Islam dahulu seperti Burhanuddin El Helmi, Syeikh Syed Al Hadi dan lain-lain ulama yang berjuang untuk memartabatkan bangsa Melayu? Malah disebutkan juga Imam as Syahid Hassan al Banna bahawa beliau tidak pernah menolak perjuangan berasaskan semangat cintakan bangsa dan tanahair. Beliau berkata tentang nasionalisme Mesir:

"Sesungguhnya kita menjadi orang-orang Mesir di atas tanah yang suci ini di mana di sinilah kita lahir dan membesar. Mesir adalah sebuah negara yang beriman dan menerima Islam secara mulia, menolak segala penentangan ke atas Islam sepanjang sejarah, ikhlas dalam menganutinya, meluruskan padanya perasaan yang paling lembut, emosi yang paling damai, di mana ia hanya baik untuk Islam, tidak berubat kecuali dengan ubatnya dan tidak akan sihat kecuali melalui rawatannya. Atas sebab keadaan yang banyak, ia telah menjadi penjaga pemikiran Islam dan mendirikannya. Maka bagaimanakah kita tidak mahu berusaha untuk Mesir dan melakukan kebaikannya untuknya? Bagaimanakah kita tidak mahu membela Mesir dengan segala kemampuan kita? Bagaimanakah dapat dikatakan bahawa Iman dan Mesir tidak menepati apa yang sepatutnya diserukan oleh seorang yang mengajak kepada Islam dan melaungkan Islam? Kita berbangga kerana kita ikhlas untuk negara yang dicintai ini, bekerja dan berjuang untuknya, kita akan terus demikian selagi kita masih hidup dan berkeyakinan bahawa ini adalah pusingan pertama bagi siri pembangunan yang dicitakan. Mesir adalah sebahagian daripada negara Arab secara umumnya dan apabila kita berusaha untuk Mesir, maka ia bererti kita berusaha untuk Arab, negara Timur dan Islam."

Dr. Yusuf al Qardhawi juga ada menyebutkan bahawa: "Bagaimanakah kita hendak mempertikaikan kecintaan kepada negara sedangkan Nabi s.a.w. sewaktu keluar berhijrah daripada Mekah, baginda berkata kepada kota Mekah: "Sesungguhnya kamu adalah tanah Allah yang paling Allah cintai, kamu adalah tanah Allah yang paling aku cintai, kalaulah bukn kerana pendudukmu mengeluarkanku daripadanya, nescaya aku tidak akan keluar daripadanya." Apabila sebahagian sahabat menyebutkan tentang Mekah sewaktu mereka di Madinah, tergenang air mata Rasulullah dan baginda bersabda: "Biarkanlah hati ini memperakuinya".Tidak wujud di sana sebarang pertentangan di antara semangat kebangsaan yang bersifat fitrah dengan semangat keIslaman kerana tidak ada pertentangan di antara keduanya yang bersifat umum dan khusus."

Sekiranya seseorang itu adalah Melayu yang benar dan Muslim yang sedar, dia akan mendapati bahawa kebaikan untuk Melayu yang sebenarnya adalah kebaikan untuk Islam. Seorang Islam tidak akan mendapati halangan daripada agamanya untuk bermula dengan bangsanya di mana dia hidup bersamanya. Disebutkan dalam hadith sahih:
"Mulakan dengan diri kamu, kemudian dengan mereka yang berada di bawah tanggungan kamu."

Wallahu'alam.

===========================================

Oleh: Ibnu Hussin Al-Kelantani "

Monday, June 15, 2009

ASAL USUL MELAYU

Adakah Anda Melayu..
tahu kah anda apa sebenarnya melayu..

untuk mengenali diri anda yang mengaku melayu..

sila baca artikel dibawah ini.. betoi ka hangpa tu melayu...!!!

Ringkasan MELAYU

1. Asal-usul bangsa Melayu-campuran :-

a. Monggol

b. Cina

c. India

d. Parsi

e. Arab

2. Keujudan bangsa Melayu, sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. Agama orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w :-

a. Majusi puja dewa

b. Hindu puja dewa

c. Buddha puja dewa

d. Orang asli puja dewa.

Ä Agama Islam sampai ke Asia Tenggara sekitar tahun 78 ke 80 Hijrah. Islam berkembang melalui sistem pondok.

Ä Seratus tahun kemudian golongan istana menerima Islam hanya dengan membuang nama-nama yang hodoh dan berhala, tetapi ilmu dan amal dalam hidup dan kehidupan tidak mengikut Islam.

Ä Mereka mengutamakan adat sebelum Islam dalam hidup dan kehidupan harian. Sehingga pada masa ini golongan orang awam, tidak dapat membezakan di antara adat sebelum Islam dan perilaku ajaran agama Islam, dalam hidup dan kehidupan harian.

Ä Islam memasuki istana sebagai pemerintah selepas 200 tahun kemudian, begitulah berlaku di Fatani (Kerisik), Kampung Cam (Kemboja), Sulu, Borneo, Sulawesi, Maluku, Jawa, Sumatera dan Tanah Melayu.

untuk kefahaman lebih lanjut dan menyeluruh klik disini

Mengenali JIN

Gambar Hantu - Membongkar Kebenaran Misteri Jin Di Gua Hira

Versi asal Gambar Jin di Gua Hira yang pernah menggemparkan dunia sekitar tahun 1990-an, yang kemudiannya dilaporkan palsu pada tahun 1996 menerusi Fortean Times "Strange Days #1".

Kebenaran terbongkar.

Di Ceddar Showcaves and Gorge terdapat sebuah gua gelap dipanggil
Crystal Quest yang menjadi tarikan pelancong. Di Crystal Quest inilah terdapatnya pelbagai ukiran jin atau lebih tepat, goblin.



JIN
Perkataan jin


Ä Dari segi bahasa ialah suatu yang tersorok atau tersembunyi atau terlindung.

Ä Dari segi istilah(maksud sebenar) ialah sejenis makhluk yang tersorok atau tersembunyi di antara malaikat dan manusia, tidak ghaib betul seperti malaikat (tidak murni) tidak latiff tetapi boleh menyerupai dirinya sebagai murni dan tidak betul-betul ada roh serta berjisim seperti manusia, tetapi boleh menyerupai dirinya sebagai manusia ada roh dan berjisim, sebagai suatu tipu daya sahaja. Tidak diizin oleh Allah menyerupai rupa Nabi Muhammad s.a.w, dan tidak boleh mengaku dirinya sebagai Nabi Muhammad s.a.w. Untuk memudahkan faham dan sampai pemikiran orang awam, jin itu ialah laser yang tidak murni, kerana asal kejadiannya itu api Maarij dan angin Samuun yang suhu panasnya tidak boleh dinilai atau disukat dengan suhu panas dunia.

Mafhum dari ayat Al- Quran;

a. Maksud ayat 26-27 Surah Al-Hijr :

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk dan Kami telah ciptakan jin sebelum itu sebelum (diciptakan manusia) dari api yang sangat panas”

b. Maksud ayat 15 Surah Ar-Rahman :

“Dia menciptakan Jan (Jin) dari nyala api (pucuk api yang bernyala-nyala)

c. Maksud ayat 12 Surah Al-‘Araf :

“Engkau ciptakan aku (kata Iblis) dari api sedangkan Engkau ciptakan dia (Adam) dari tanah.

Dari Mafhum Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a.

maksudnya:

“Malaikat diciptakan dari cahaya. Jan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari suatu yang telah disebutkan kepada kamu (tanah).”


Keterangan “Al-Maarij”

a. “Maarij” ertinya nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas suhunya atau “Al-Lahab” ertinya jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru.

(Sesetengah ulama mengatakan “Al-Maarij itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu panas yang sangat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.”)

b. Al-Maarij – api yang bercampur warna.

c. Al-Maarij sama maknanya dengan “As-Samuun” iaitu api yang tidak berasap yang sangat tinggi suhu panasnya. Sementara As-Samuun ialah angin yang paling tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jan.

d. Hadis riwayat daripada Ibnu Mas’ud bermaksud :

“Angin Samuun ini hanyalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian dari angin yang sangat panas yang daripadanya Allah menjadikan Jan.”

Maka dari api inilah Allah Maha Perkasa lagi Maha Berkehendak dan Maha Berkuasa menciptakan kejadian Jin, iaitu dari sel atau atom atau nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya jadilah dia hidup seperti yang dikehendaki pula oleh Allah dan dari situ diberi izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukainya dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w. mengikut tahap dan kemampuan masing-masing; dan diarah menerima syariat agama Islam sepertimana diarahkan manusia menerimanya. Bentuk rupa asalnya selepas dicipta dan ditiupkan rohnya itu hanyalah Allah dan Rasul-Nya sahaja yang mengetahuinya. Mengikut kata setengah ulama rupa, tabiat, kelakuan, perangai jin 80% ke 90% mirip kepada manusia. 10% ke 20% mirip kepada malaikat.

NABI saw mengatakan, ‘Jin terbahagi kepada tiga kelompok. Sepertiganya mempunyai sayap yang boleh membuatkan mereka terbang di udara. Sepertiga lainnya berbentuk ular dan anjing dan sepertiga lainnya boleh beralih dari satu kelompok ke kelompok lainnya.

CATATAN : Ditakhrij (dikeluarkan) oleh Al-Baihaqi dengan sanad sahih. Adapun redaksinya berbunyi sebagai berikut (terjemahannya) :

“Dari Jabir Nafir, dari Abi Tsa’labah Al-Khuntsa ra, bahawasanya Rasulullah saw bersabda, (maksudnya) ‘Jin terbahagi dalam tiga kelompok’.

“Kelompok pertama adalah jin yang mempunyai sayap dan dapat terbang di udara. Kelompok yang kedua terdiri dari jin yang berbentuk ular dan anjing, sedangkan kelompok ketiga adalah yang boleh berubah bentuk dirinya.”

Dalam Al-Mustadrak, Al-Hakim meriwayatkan hadis yang senada dengan hadis yang diriwayatkan Al-Baihaqi. Tentang hadis ini, Al-Hakim mengatakan bahawa hadis tersebut sahih sanadnya, ditakhrijkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dalam sahihnya.

Menurut Adz-Dzahabi, hadis ini sahih. Hadis yang mirip dengan ia diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dalam tafsirnya, yang bermaksud : “Jin terbahagi tiga kelompok. Kelompok pertama yang ada di udara. Kelompok kedua adalah jin yang boleh naik-turun kehendak hati mereka, sedangkan kelompok ketiga adalah jin yang berbentuk ular dan anjing.”

Setiap kelompok dari ketiga kelompok ini membantu kelompok atau himpunan yang lain. Katakan saja misalnya, jin-jin yang terdiri dari anjing-anjing tadi secara keseluruhannya ia merupakan himpunan dari salah satu jenis jin.

Subhanallah! Diriwayatkan dari Imam Ibn ‘Abbas ra, hadis yang mendukung pendapat ini Ibn ‘Abbas mengatakan, “Anjing itu termasuk golongan jin. Ia merupakan salinan jin. Kalau dia mengendus-endus dekat makananmu, maka lemparkanlah makananmu ke arahnya, sebab dia mempunyai selera terhadapnya.” Lihat Ibn Manzhur, Lisan Al-Arab.]

Akan tetapi, yang berwarna hitam legam dengan dua bulatan putih di atas matanya, adalah jin sangat jahat yang boleh dibunuh. Kalau engkau melihat anjing seperti itu, jangan kau biarkan. Bunuh saja.”

Diriwayatkan dari Ibn Az-Zubair, dari Jabir bin Abdullah, katanya “Rasulullah saw memerintah kami untuk membunuh anjing sehingga ada seorang wanita yang datang dari dusun dengan membawa anjingnya yang kemudian kami bunuh. Kemudian Nabi saw melarang kami membunuh anjing, seraya mengatakan, ‘Bunuhlah yang hitam legam dengan dua titik putih (di atas matanya), sebab dia adalah syaitan.”

Hadis ini ditakhrijkan oleh Muslim dalam shahihnya. Hadis ini merupakan dalil bagi perintah membunuh anjing secara umum. Kemudian perintah ini dihapus (mansuh) dan dikhususkan pada anjing hitam legam, kerana ia adalah syaitan.

Dalam Syarahnya terhadap hadis ini, Imam An-Nawawi mengatakan, “Makna Al-Bahim (yang terdapat dalam hadis tersebut) adalah hitam legam. Sedangkan dua titik, adalah titik putih yang berada di atas kedua matanya, dan itu mudah diketahui. Lihat Shahih Muslim Syarh An-Nawawi, kitab Al-Musaqah Wa Al-Muzara’ah.’

Dalam Shahih Muslim, Bab Qadr Ma Yasturu Al-Mushalliy, diriwayatkan sebuah hadis dari Abdullah Ibn Ash-Shamit, dari Abu Dzar, bahawasanya Rasulullah saw berkata, “Bila salah seorang di antara kalian berdiri untuk solat, maka hendaknya dia membuat penghalang yang merupakan tanda bagi orang yang lalu.

Sebab, kalau dia tidak membuat tanda seperti itu, maka solatnya pasti akan diputuskan (diganggu) oleh keldai, kaum wanita dan anjing hitam.” Saya bertanya Abu Dzar, “Bagaimana halnya dengan anjing hitam dibandingkan dengan anjing merah atau coklat?” Abu Dzar menjawab, “Wahai anak saudaraku, aku pernah bertanya kepada Rasulullah seperti pertanyaanmu dan beliau menjawab, “Anjing hitam adalah syaitan’.”]

“Apakah anjing-anjing hitam tersebut awalnya memang merupakan bentuk asli syaitan yang diberikan Allah atau apakah ia mengambil bentuk seperti itu?”

“Boleh jadi memang Allah telah memberinya bentuk seperti itu. Hanya Allah Yang Maha Tahu. Akan tetapi jenis ini tidak boleh mengubah diri dalam bentuk yang lain. Mereka merupakan salah satu umat syaitan yang terkutuk yang tak terbilang banyaknya. Kerana Rasulullah saw memperbolehkan kita membunuhnya, maka bunuhlah ia.”

“Bagus. Itu tentang anjing. Kalau ular?”

“Terdapat banyak ular yang sesungguhnya adalah jin, dan banyak pula yang merupakan ular penjelmaan jin. Akan tetapi ada dua jenis ular dari kelompok ini yang sama sekali tidak boleh mengubah bentuk dirinya dalam bentuk lain. Kerana itu jangan engkau ragu-ragu membunuhnya. Kalau ia menyingkir, biarkan. Kalau tidak, maka sebutlah nama Allah dan mintalah perlindungan-Nya. Sesudah itu, bunuhlah ia.”

“Apa dua jenis ular tersebut?”

“Rasulullah saw telah menyampaikan kepada kita tentang keduanya. Yang pertama Al-Abtar dan yang kedua Dzu Ath-Thifyatayn’.

Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibn ‘Umar ra, bahawasanya beliau mendengar Rasulullah saw berkhutbah di mimbar. Rasulullah saw berkata, “Bunuhlah ular, bunuhlah Dzu Ath-Thifyatayn dan Al-Abtar, sebab kedua binatang itu menyembur mata dan menggugurkan kandungan.”

Di dalam Shahih Al-Bukhari juga diriwayatkan bahawa Nabi saw memerintahkan para sahabat membunuh ular dan sesudah itu melarang membunuh ular yang menghuni rumah, sebab mereka adalah jin-jin yang menetap di rumah-rumah itu.

Dalam Fat-h Al-Bari Ibn Hajar mengatakan, “Adapun perkataan Nabi yang berbunyi : ‘Bunuhlah Dzu Ath-Thifyatayn, “Adalah ular yang mempunyai dua garis putih di belakangnya.” Ibn Abd Al-Barr mengatakan, “Disebut-sebut bahawa, Dzu Ath-Thifyatayn adalah sejenis ular yang mempunyai dua garis putih di belakangnya, sedangkan Al-Abtar adalah ular buntung (tidak berekor).”

Asal datok Jin bernama “Jan”, beriman dengan Allah melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu menjadi kufur dan kekal dalam kufur melahirkan pula keturunan-keturunan yang kufur. Anak cucunya yang asal beriman itu ada yang kekal dalam beriman dan ada pula yang jadi kufur dan ada pula yang kembali beriman. Ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang ‘alim lagi mukmin, ada yang kufur, ada yang murtad, munafik, fasiq dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang masuk neraka.

Keadaan Jin/Rupa Jin

a. Ruang yang kecil boleh dipenuhi oleh berjuta-juta Jin.

b. Jin yang kekal dalam kafir dan jin Islam yang fasik – rupanya huduh-huduh iaitu rupa yang menakutkan dan mengerikan.

c. Jin Islam yang soleh rupanya elok-elok.

d. Bentuk-bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi, ada bermacam-macam warna putih, merah, biru, hitam dan sebagainya.

e. Jin Islam yang paling tinggi imannya paling tinggi solehnya dan paling baik amalannya dan paling luas ilmunya masih ada pada dirinya sifat-sifat mazmumah seperti takabbur, riak, ‘ujub dan sebagainya mudah menerima teguran dan pengajaran.

f. Manakala manusia yang paling jahat ialah manusia yang bersifat dengan kesemua sifat-sifat mazmumah seperti sombong, riak, takabbur, ‘ujub dan sebagainya. Mungkin inilah yang lazim dikatakan :

“Sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik”

Tetapi manusia yang paling jahat payah atau susah menerima pangajaran dan teguran kepada baik.

Jin sepertimana juga manusia berhajat kepada keturunan dan puak-puaknya terlalu banyak dan tuturan kata berbagai-bagai loghat atau bahasa.

a. Ada ulama membahagikan jin-jin ini kepada puak-puak yang menunggu kubur,

puak-puak yang menunggu gua, puak-puak yang menunggu mayat manusia,

puak-puak yang menunggu hutan rimba, puak-puak yang menunggu bukit

bukau, puak-puak yang menunggu air mata air, tasik, kolam, teluk, kuala,

pulau dan sebagainya.

b. Jenis-jenis Jin :

1. Iblis : (Bapa) Pujaan kepada semua jenis jin,iblis dan syaitan

2. Asy-Syaitan : Syaitan-syaitan

3. Al-Maraddah : Peragu-peragu (pewas-was)

4. Al-‘Afaariit : Penipu-penipu

5. Al-A’waan : Pelayan-pelayan

6. Al-Ghawwaasuun : Penyelam-penyelam

7. Al-Tayyaaruun : Penerbang-penerbang

8. At-Tawaabi’ : Pengikut-pengikut (Pengekor)

9. Al-Quranaa’ : Pengawan-pengawan

10. Al-‘Ummaar : Pemakmur-pemakmur

c. 7 Raja Jin (Alam) Bawah Yang Kafir

1. Mazhab

2. Marrah

3. Ahmar

4. Burkhan

5. Syamhurash

6. Zubai’ah

7. Maimon

d. 7 Raja Jin (Alam) Atas Yang Islam

1. Ruqiyaail

2. Jibriyaail

3. Samsamaail

4. Mikiyaail

5. Sarfiyaail

6. ‘Ainyaail

7. Kasfiyaail


e. Raja Jin yang menguasai kesemua jin-jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YAAL.

f. Majoriti puah-puak jin terdiri dari gulungan kafir. Islam hanya gulungan minoriti sepertimana manusia dibumi. 80-90% jin menyerupai manusia.

g. Anak-anak Iblis yang mempunyai kerajaan yang besar adalah seramai lima orang :

1. Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.

2. Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatul-rahim,

rumahtangga, keluarga, sahabat-handai, jemaah dll.

3. Al-‘Awar - Merasuk manusia untuk meruntuhkan akhlak, berzina,

minum arak, liwat, berjudi juga gejala sosial.

4. Mabsuut - Merasuk manusia dengan mengadu-domba, fitnah, dengki-

khianat, sum’ah dll.

5. Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api pertengkaran permusuhan

pembunuhan.

h. 4 raja Jin Ifrit yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri

kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. (Jin yang paling jahat)

1. Thamrith

2. Munaliq

3. Hadlabaajin

4. Shughal

i. Sementara malaikat yang mengawal kesemua jin-jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH

PerbEzaan di antara perkataaan Jin, Ifrit Dan Syaitan

a. Perkataan jin ditujukan kepada segala makhluk halus yang tersembunyi di antara malaikat dan manusia dan ianya tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan panjang umurnya.

b. Perkataan Ifrit pula ditujukan kepada satu gulungan jin yang sangat kuat dan bijak menipu dan sangat busuk hati terhadap manusia. Gulungan ini tersangat sombong lagi amat durhaka.

c. Perkataan syaitan ialah ditujukan kepada satu gulungan jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah hingga kiamat.

d. Perkataan Iblis ialah ditujukan kepada satu jin yang sangat kuat taatnya dalam beribadah kepada Allah sehingga ia di angkat oleh Allah menjadi ketua atau qutub kepada seluruh malaikat dan jin, kemudian ia dilaknat oleh Allah menjadi makhluk yang agung kufurnya kepada Allah, oleh sebab angkuh dan takbur dirinya di atas asal usul kejadiannya terhadap kejadian Adam a.s yang dilantik menjadi khalifah Allah yang terakhir di alam ini.

e. Firman Allah bermaksud :

“Iblis menjawab : Sebab Engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang halangi mereka dari jalan-Mu Yang Lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat).”

Bermula dari saat itulah syaitan melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga kiamat. Allah menjelaskan 3 jenis permusuhan syaitan dengan manusia :

i. Kejahatan (As-Suu’) : Iaitu berkenaan dengan dosa-dosa (maksiat) hati dan segala anggota badan.

ii. Kekejian (Al-Fahsyaa’) : Iaitu kejahatan yang lebih buruk atau jahat lagi, kekejian ini adalah sebahagian kedurhakaan

(maksiat) kepada Allah.

iii. Berbohong terhadap Allah.

Ä Kecepatan bergerak Jin melebihi cepat gerak cahaya dalam satu saat.

Ä Umur jin tersangat panjang dan ada yang beribu tahun lama hidupnya.

Ä Jumlah banyaknya jin iaitu seluruh manusia daripada Adam sehingga kiamat x haiwan-haiwan x batu-batu x pasir-pasir dalam bumi dan tumbuh-tumbuhan ini hanya 1/10 jumlah keseluruhan Jin. Manakala jumlah keseluruhan jin ialah 1/10 jumlah keseluruhan malaikat. Jumlah keseluruhan malaikat hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang maha mengetahui.

Ä Alam kediaman Jin ialah lautan, daratan, udara dan “Alam Mithal” suatu alam yang antara alam manusia dan alam malaikat. Jika ditakdir diberi oleh Allah s.w.t. kepada kita melihatnya jika jarum yang jatuh dari atas tidak jatuh di atas bumi hanya jatuh di atas belakang-belakang mereka.

Ä Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis Nabi s.a.w. bermaksud :

“Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anakmu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila telah berlalu suatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkanlah lampu-lampu serta sebutkan nama Allah, ikatkan minumanmu serta sebutkan nama Allah dan tutuplah sisa-sisa makananmu serta sebutkan nama Allah (ketika menutupnya)”.

(Maksudnya syaitan-syaitan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang merupakan saat mereka berkeliaran mencari rezeki baik lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa.)

Kejadian makhluk mengikut apa yang difahamkan bahawa :

a. Asalnya kejadian manusia itu ialah campuran :

i. Jisim Kathif iaitu tanah dan air.

ii. Jisim Syafaf iaitu murni – api dan angin.

iii. Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan “Latifatur-

Rabbaniah”. Sesuai dengan manusia sebaik-baik kejadian dan ciptaan Allah

dan khalifah Allah.

b. Manakala kejadian Jin pula :

i. Jisim Syafaf murni iaitu api dan angin.

ii. Nurani-iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan

kejadian jin.

c. Binatang : i. Jisim Kathif

ii. Jisim Syafaf

d. Batu-batu dan tumbuhan : Jisim Kathif semata-mata.

e. Malaikat : Nurani semata-mata.

Kata setengah Ulama : ‘Azazil itu bukanlah moyang jin, sebenarnya satu jin yang paling abid dikalangan jin yang diangkat menjadi ketua ahli-ahli abid kepada jin dan malaikat. Dia menjadi angkuh dan takabbur di atas keilmuan, ketaqwaan dan banyak ibadat serta asal-usul kejadiannya. Maka Allah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.

a. Iblis apabila menyentuh peha kanan dan peha kirinya terbit 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang itu apabila menyentuh peha kanan dengan peha kiri terbit pula seperti dahulunya begitulah sehingga kiamat.

b. Jin pula apabila disentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan terus mengandung dan beranak terus mukallaf. Begitulah berlaku sehingga kiamat.

c. Bunian atau lebih masyhur dikalangan orang-orang Melayu dipanggil “Orang Ghaib” ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan manusia maka anak daripada hasil itu dikenali dengan nama Bunian mengikut manusia dalam beberapa perkara dan mengikut jin dalam beberapa perkara pula. Bunian ini selalu datang kepada manusia dengan memberi berbagai-bagai perkara atau pertolongan antaranya :

1. Keris-keris.

2. Batu-batu yang dikatakan berhikmat.

3. Jenis-jenis ubat-ubatan.

4. Juga mengajar cara-cara berubat samada melalui bomoh, pawang atau bidan.

d. Jin merasuk manusia melalui berbagai-bagai rupa dan cara dan manusia menggunakan khidmat jin untuk membuat khianat kepada sesama manusia pun melalui berbagai-bagai rupa dan cara juga.

e. Seperti juga manusia biasa yang berada dalam tingkat-tingkat Iman, Ilmu dan amalan yang berasaskan kepada Awam, Khawas, Khawasil-khawas, maka jin juga berada dalam gulungan tersebut :

1. Jin Islam yang Awam.

2. Jin Islam yang Khawas.

3. Jin Islam yang Khawasil-khawas.

f. Gulungan jin kafir kebanyakannya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sedikit daripada mereka beragama Buddha, Majusi serta tidak beragama.

g. Gulungan Jin yang kafir dan jin Islam yang awam segera datang memberi pertolongan kepada manusia samada dalam mimpi atau di dalam jaga. Lazimnya pertolongan itu yang membawa kepada rosak aqidah.

h. Manusia yang bersahabat dengan jin akan berperangai seperti sahabat-sahabat jin yang bertaulan dengannya samada kafir, Islam yang awam, khawas atau khawasil-khawas.

i. Di dunia semua jin boleh melihat manusia manakala manusia yang khawas atau khawasil-khawas sahaja boleh melihat jin selain para Nabi dan Rasul. Sementara di akhirat pula semua manusia mukmin ahli syurga boleh melihat jin manakala jin yang khawas atau khawasil-khawas sahaja yang boleh melihat manusia.

j. Jin Islam yang awam atau jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang khawas dan khawasil-khawas, jin tidak dapat merasuk mereka tetapi mereka itu datang pula untuk bersahabat.

k. Manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis atau syaitan ialah manusia yang setiap waktu dan masa berada dalam Tauhid Allah melalui lidah, anggota dan hati, iaitu berada dalam aqidah syariat dan akhlak Rasulullah. Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah itu hendaklah kita jadikan diri kita serta mereka-mereka yang setiap waktu masa dan ketika berada dalam Tauhid Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w., sekelian Nabi-nabi dan Rasul a.s., sahabat-sahabat agung Rasulullah, ahli keluarga Rasulullah, para-para kekasih Allah samada yang masih hidup atau yang sudah mati, nescaya akan menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati seumpama mereka, yakni selamat daripada gangguan-gangguan jin-jin Islam atau kafir, iblis, syaitan atau seumpamanya.

l. Kata ulama :

“Kun Ma’allah fain lam takun ma’allah, fakun ma’a man ma’allah fainnahu yu shiluka ilallah”

Maksudnya : “Hendaklah jadikan diri kamu serta Allah maka jika kamu tidak boleh jadikan diri kamu serta Allah hendaklah jadikan diri kamu serta mereka yang serta Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah”

m. Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih Allah itu menjadi “Kalbu Alam” atau “Jantung “Alam” atau “Pusat Alam” yang dikurnia Allah daya atau kuasa graviti mengikut darjah ketinggian Iman, ilmu dan amalannya disisi Allah. Diri-diri yang lain itu hanyalah di bawah atau di dalam kuasa atau graviti mereka.

Ä Kata Syeikh Abdul Wahhab Asy-Sya’rani di dalam kitabnya Yawaqitu wal Jawahir, bahawa bersahabat dan bersekedudukan dengan jin itu sangat keji. Katanya, “Barangsiapa memilih dan melebihkan sekedudukan dengan jin daripada sekedudukan dengan ulama, maka orang itu sangat jahil. Kerana yang lebih ghalib atas jin itu adalah perbuatannya dan perkataannya berlebih-lebihan dan dusta jua seperti kelakuan manusia yang fasik. Maka orang yang berakal lari ia daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan dia, seperti larinya daripada bersahabat dan sekedudukan dengan manusia yang fasik.”

Katanya lagi : “Tiada sekali-kali aku lihat akan seseorang yang sekedudukan dengan jin itu beroleh kebajikan kerana asal kejadiannya itu api dan api itu sangat banyak geraknya itu datanglah berlebih-lebihan perbuatan dan perkataan orang itu.”

Katanya lagi : “Bahawa jin itu terlebih keras fitnahnya atas yang sekedudukan dengan dia daripada manusia.”

Berkata Syeikh Muhyuddin Arabi di dalam kitabnya Futuhat. “Adalah orang yang sekedudukan (bersahabat) dengan jin itu tiada beroleh ilmu akan Allah. Kerana jin itu sangat jahil akan Allah dan akan sifat-Nya.” Dan terkadang menyangka oleh orang yang sekedudukan dengan dia itu bahawa segala perkara yang dikhabarkan oleh jin itu daripada barang yang berlaku di dalam alam itu adalah “KARAMAH” daripada Allah Ta’ala baginya. Maka sangkaannya itu adalah batil dan hanya adalah yang kesudahan pemberian jin kepada manusia itu, bahawa diberitahu akan segala khasiat tumbuh-tumbuhan dan khasiat batu dan khasiat segala isim dan huruf, maka iaitu dibilangkan daripada Ilmu Kimia jua, iaitu ilmu yang dicela oleh syarak kerana meninggal atau membelakangkan ilmu fardhu ain yang dituntut oleh syarak mempelajari serta beramal dengannya.

Katanya lagi : “Sesetengah yang telah terjawab bahawasanya banyak orang sekedudukan dengan jin itu jadilah takabbur atas segala manusia itu dan barangsiapa takabbur dimurkai Allah Ta’ala akan dia dan dimasukkan ke dalam neraka seperti yang tersebut dalam beberapa ayat Quran dan Hadis Nabi s.a.w.”

tak malukah kita - solat jemaah

Sami Buddha solat berjemaah di Perak!!

Komen Pak Mufti jangan tak komen..!

Perkara ni berlaku di Perak...




Ini pulak Pope Benedict dengan jemaah solat di Turki


haha.. apa nak jadi dunia nii.. kita ni pun tak reti nak semayang kat masjid..

Sunday, June 14, 2009

teori darwin-antara perkara paling bodoh pernah diajar di sekolah

Hentikan Perdebatan soal Teori Darwin!
Selasa, 10 Februari 2009 | 11:07 WIB
LONDON, SELASA — Tokoh agama dan ilmuwan kenamaan bersatu menyerukan diakhirinya perdebatan mengenai teori Charles Darwin.

Tahun ini adalah peringatan ke-200 kelahiran Darwin dan ulang tahun ke-150 teori evolusinya. Darwin lahir pada 12 Februari 1809. Namun, pergolakan antara pendukung teori Darwin dan pendukung konsep penciptaan jauh dari selesai.

Tokoh agama dan ilmuwan memperingatkan bahwa kaum atheis militan akan menggunakan teori evolusi sebagai senjata guna menyerang agama sehingga membuat banyak orang berpaling dari agama.

Sementara itu, di dalam satu surat yang disiarkan The Daily Telegraph, Senin (9/2), mereka juga mendesak orang yang percaya pada penciptaan untuk mengakui setumpuk bukti yang kini ada guna mendukung teori Darwin mengenai bagaimana Bumi berkembang.

Mereka menulis, "Evolusi, kami percaya telah terperangkap dalam baku hantam pergolakan agama yang justru tak terlalu diperhatikan oleh Darwin sendiri."

"Kami dengan hormat mendorong mereka yang menolak evolusi guna mempertimbangkan bukti yang sekarang berlimpah yang makin diperkuat oleh kemajuan baru-baru ini di bidang genetika yang menguji keabsahan teori tersebut."

"Pada saat yang sama, kami dengan hormat meminta mereka yang saat ini menjadi pengikut Darwin yang tampaknya ingin menggunakan teori Darwin sebagai kendaraan guna mendorong agen antitheistik agar menahan diri dari tindakan semacam itu sehingga mereka, sekalipun secara tidak sengaja, menjauhkan orang dari teori itu."


TEORI EVOLUSI CHARLES DARWIN

ROSMINA ABDUL

PENGENALAN

LATAR BELAKANG CHARLES DARWIN

Charles Darwin ialah seorang pakar penyelidik alam semulajadi lebih dikenali sebagai pengarang buku yang terkenal " The Origin Of Species" .Beliau dilahirkan pada tahun 1809 di bandar Shrewsbury dari sebuah keluarga mewah.Bapanya adalah seorang tabib yang terkemuka manakala datuknya ,Eramus Darwin juga seorang tabib yang terkenal dan ahli falsafah yang telah banyak menulis mengenai alam .

Darwin sejak kecil lagi amat mencintai alam semulajadi dan suka memerhatikan haiwan-haiwan dan tumbuhan yang ditemuinya.Beliau seorang yang sabar dan tekun.Sifat-sifat inilah yang akhirnya membawa beliau kepada kejayaan sebagai seorang penyelidik alam semulajadi yang terkenal di dunia sains.

Di Bahia Blanca,Darwin mengambil langkah yang pertama dalam teori evolusinya .Beliau telah menjumpai banyak rangka-rangka haiwan yang melekat pada batu,termasuk juga fosil Megatherium.Kemana sahaja dia pergi sentiasa memerhatikan jasad hidupan disekelilingnya dengan teliti.Di samping itu beliau mengumpulkan spesimen-spesimen yang kecil dan senang disimpan.Dari Amerika Selatan beliau belayar keutara ,Pulau Galapagos.Beliau dapat melihat adanya persamaan antara burung-burung di Pulau Galapagos dengan burung-burung di Amerika Selatan yang jaraknya kurang lebih 600 batu.Ketika beliau kembali ke England pada tahun 1837,banyaklah masalah yang menjadi persoalan dan memulakan dengan penyelidikkan dan tulisan –tulisannya secara senyap.

Masyarakat di kurun ke 17 percaya bahawa bumi ini terbentuk pada kira-kira 4000 tahun sebelum zaman Kristian.Masa tersebut terlalu singkat untuk proses evolusi boleh berlaku dan menghasilkan beranika ragam hidupan. seterusnya

pendaratan dibulan-antara pembohongan sejarah dunia



- tiada kawah terhasil hasil daya tujahan di bawah roket, sedangkan menurut angkasawan mereka permukaan bulan adalah seperti serbuk..


- jika di bulan tiada atmosfera, mengapa angkasawan sukar memacakkan bendera kerana tiupan angin?

Pendaratan Di Bulan Satu Penipuan

Posted by unwanted
April 18,
2009

Sebenarnya isu pendaratan manusia di bulan sudah lama diperkatakan.
Samada masih ramai yang mempercayai atau tidak sahaja.

bagi aku, salah satu sebab untuk aku tidak percaya ialah.:
Kalau dahulu mereka boleh pergi ke bulan, kenapa sampai sekarang belum ada yang pergi untuk kali kedua.?

Dan ini juga boleh dikatakan antara penipuan yang terbesar dalam sejarah peradaban manusia selain dari penipuan teori asal usul manusia dari Charles Darwin.

16 Julai 1969, Amerika melancarkan Apollo 11 ke angkasa melangkaui jarak 400,000 km perjalanan (8 hari) menuju ke bulan, dan menjadikan Amerika negara pertama yang mendaratkan manusia di satelit bumi itu. Benarkah? Adakah mereka benar2 mendarat di bulan?

pada masa itu, Amerika dan Rusia berlumba2 utk menjadi kuasa utama dunia. adakah Amerika terlalu terdesak sehingga terpaksa 'menipu' satu dunia? seterusnya

lagi artikel





vasco da gama-antara pembongkaran penipuan sejarah

LAKSAMANA CHENG HO
Pendahulu Colombus dan Vasco Da Gama ini
pernah singgah dan bertabligh akbar di Surabaya

kiriman
Amirul Akbar Zulkifli
Pensyarah UNITAR



Petualang Christopher Columbus dikenal hebat karena berhasil menemukan benua Amerika pada tahun 1492. Namun tahukah Anda bahwa ada penjelajah yang jauh lebih hebat? Dia adalah Laksamana Cheng Ho, seorang Tionghoa Muslim yang hidup sekitar 6 abad lalu.

Selama hidupnya, Cheng Ho atau Zheng He melakukan petualangan antarbenua selama 7 kali berturut-turut dalam kurun waktu 28 tahun (1405-1433). Tak kurang dari 30 negara di Asia, Timur Tengah, dan Afrika pernah disinggahinya. Pelayarannya lebih awal 87 tahun dibanding Columbus. Juga lebih dulu dibanding bahariwan dunia lainnya seperti Vasco da Gama yang berlayar dari Portugis ke India tahun 1497. Ferdinand Magellan yang merintis pelayaran mengelilingi bumi pun kalah duluan 114 tahun.

Ekspedisi Cheng Ho ke 'Samudera Barat' (sebutan untuk lautan sebelah barat Laut Tiongkok Selatan sampai Afrika Timur) mengerahkan armada raksasa. Pertama mengerahkan 62 kapal besar dan belasan kapal kecil yang digerakkan 27.800 ribu awak. Pada pelayaran ketiga mengerahkan kapal besar 48 buah, awaknya 27 ribu. Sedangkan pelayaran ketujuh terdiri atas 61 kapal besar dan berawak 27.550 orang. Bila dijumlah dengan kapal kecil, rata-rata pelayarannya mengerahkan 200-an kapal. Sementara Columbus, ketika menemukan benua Amerika 'cuma' mengerahkan 3 kapal dan awak 88 orang.


Kapal yang ditumpangi Cheng Ho disebut 'kapal pusaka' merupakan kapal terbesar pada abad ke-15. Panjangnya mencapai 44,4 zhang (138 m) dan lebar 18 zhang (56 m). Lima kali lebih besar daripada kapal Columbus. Menurut sejarawan, JV Mills kapasitas kapal tersebut 2500 ton.


Model kapal itu menjadi inspirasi petualang Spanyol dan Portugal serta pelayaran modern di masa kini. Desainnya bagus, tahan terhadap serangan badai, serta dilengkapi teknologi yang saat itu tergolong canggih seperti kompas magnetik.



Mengubah Peta Pelayaran Dunia


Dalam Ming Shi (Sejarah Dinasti Ming) tak terdapat banyak keterangan yang menyinggung tentang asal-usul Cheng Ho. Cuma disebutkan bahwa dia berasal dari Provinsi Yunnan, dikenal sebagai kasim (abdi) San Bao. Nama itu dalam dialek Fujian biasa diucapkan San Po, Sam Poo, atau Sam Po. Sumber lain menyebutkan, Ma He (nama kecil Cheng Ho) yang lahir tahun Hong Wu ke-4 (1371 M) merupakan anak ke-2 pasangan Ma Hazhi dan Wen.

Saat Ma He berumur 12 tahun, Yunnan yang dikuasai Dinasti Yuan direbut oleh Dinasti Ming. Para pemuda ditawan, bahkan dikebiri, lalu dibawa ke Nanjing untuk dijadikan kasim istana. Tak terkecuali Cheng Ho yang diabdikan kepada Raja Zhu Di di istana Beiping (kini Beijing).


Di depan Zhu Di, kasim San Bao berhasil menunjukkan kehebatan dan keberaniannya. Misalnya saat memimpin anak buahnya dalam serangan militer melawan Kaisar Zhu Yunwen (Dinasti Ming). Abdi yang berpostur tinggi besar dan bermuka lebar ini tampak begitu gagah melibas lawan-lawannya. Akhirnya Zhu Di berhasil merebut tahta kaisar.


Ketika kaisar mencanangkan program pengembalian kejayaan Tiongkok yang merosot akibat kejatuhan Dinasti Mongol (1368), Cheng Ho menawarkan diri untuk mengadakan muhibah ke berbagai penjuru negeri. Kaisar sempat kaget sekaligus terharu mendengar permintaan yang tergolong nekad itu. Bagaimana tidak, amanah itu harus dilakukan dengan mengarungi samudera. Namun karena yang hendak menjalani adalah orang yang dikenal berani, kaisar oke saja.

Berangkatlah armada Tiongkok di bawah komando Cheng Ho (1405). Terlebih dahulu rombongan besar itu menunaikan shalat di sebuah masjid tua di kota Quanzhou (Provinsi Fujian). Pelayaran pertama ini mampu mencapai wilayah Asia Tenggara (Semenanjung Malaya, Sumatera, dan Jawa). Tahun 1407-1409 berangkat lagi dalam ekspedisi kedua. Ekspedisi ketiga dilakukan 1409-1411. Ketiga ekspedisi tersebut menjangkau India dan Srilanka. Tahun 1413-1415 kembali melaksanakan ekspedisi, kali ini mencapai Aden, Teluk Persia, dan Mogadishu (Afrika Timur). Jalur ini diulang kembali pada ekspedisi kelima (1417-1419) dan keenam (1421-1422). Ekspedisi terakhir (1431-1433) berhasil mencapai Laut Merah.

Pelayaran luar biasa itu menghasilkan buku Zheng He's Navigation Map yang mampu mengubah peta navigasi dunia sampai abad ke-15. Dalam buku
ini terdapat 24 peta navigasi mengenai arah pelayaran, jarak di lautan, dan berbagai pelabuhan. Jalur perdagangan Cina berubah, tidak sekadar bertumpu pada 'Jalur Sutera' antara Beijing-Bukhara.

Dalam mengarungi samudera, Cheng Ho mampu mengorganisir armada dengan rapi. Kapal-kapalnya terdiri atas atas kapal pusaka (induk), kapal kuda (mengangkut barang-barang dan kuda), kapal penempur, kapal bahan makanan, dan kapal duduk (kapal komando), plus kapal-kapal pembantu. Awak kapalnya ada yang bertugas di bagian komando, teknis navigasi, militer, dan logistik.

Berbeda dengan bahariwan Eropa yang berbekal semangat imperialis, armada raksasa ini tak pernah serakah menduduki tempat-tempat yang disinggahi. Mereka hanya mempropagandakan kejayaan Dinasti Ming, menyebarluaskan pengaruh politik ke negeri asing, serta mendorong perniagaan Tiongkok. Dalam majalah Star Weekly HAMKA pernah menulis, "Senjata alat pembunuh tidak banyak dalam kapal itu, yang banyak adalah 'senjata budi' yang akan dipersembahkan kepada raja-raja yang diziarahi."

Sementara sejarawan Jeanette Mirsky menyatakan, tujuan ekspedisi itu adalah memperkenalkan dan mengangkat prestise Dinasti Ming ke seluruh dunia. Maksudnya agar negara-negara lain mengakui kebesaran Kaisar Cina sebagai The Son of Heaven (Putra Dewata).

Bukan berarti armada tempurnya tak pernah bertugas sama sekali. Laksamana Cheng Ho pernah memerintahkan tindakan militer untuk menyingkirkan kekuatan yang menghalangi kegiatan perniagaan. Jadi bukan invasi atau ekspansi. Misalnya menumpas gerombolan bajak laut Chen Zhuji di perairan Palembang, Sumatera (1407).

Dalam kurun waktu 1405-1433, Cheng Ho memang pernah singgah di kepulauan Nusantara selama tujuh kali. Ketika berkunjung ke Samudera Pasai, dia menghadiahi lonceng raksasa Cakradonya kepada Sultan Aceh. Lonceng tersebut saat ini tersimpan di Museum Banda Aceh. Tempat lain di Sumatera yang dikunjungi adalah Palembang dan Bangka.

Selanjutnya mampir di Pelabuhan Bintang Mas (kini Tanjung Priok). Tahun 1415 mendarat di Muara Jati (Cirebon). Beberapa cindera mata khas Tiongkok dipersembahkan kepada Sultan Cirebon. Sebuah piring bertuliskan Ayat Kursi saat ini masih tersimpan baik di Kraton Kasepuhan Cirebon.


Ketika menyusuri Laut Jawa, Wang Jinghong (orang kedua dalam armada itu) sakit keras. Sauh segera dilempar di pantai Simongan, Semarang. Mereka tinggal di sebuah goa, sebagian lagi membuat pondokan. Wang yang kini dikenal dengan sebutan Kiai Jurumudi Dampo Awang, akhirnya menetap dan menjadi cikal bakal keberadaan warga Tionghoa di sana. Wang juga mengabadikan Cheng Ho menjadi sebuah patung (disebut Mbah Ledakar Juragan Dampo Awang Sam Po Kong), serta membangun kelenteng Sam Po Kong atau Gedung Batu.


Perjalanan dilanjutkan ke Tuban (Jatim). Kepada warga pribumi, Cheng Ho mengajarkan tatacara pertanian, peternakan, pertukangan, dan perikanan. Hal yang sama juga dilakukan sewaktu singgah di Gresik. Lawatan dilanjutkan ke Surabaya. Pas hari Jumat, dan Cheng Ho mendapat kehormatan menyampaikan khotbah di hadapan warga Surabaya yang jumlahnya mencapai ratusan orang. Kunjungan dilanjutkan ke Mojokerto yang saat itu menjadi pusat Kerajaan Majapahit. Di kraton, Raja Majapahit, Wikramawardhana, berkenan mengadakan audiensi dengan rombongan bahariwan Tiongkok ini.



Muslim Taat



Sebagai orang Hui (etnis di Cina yang identik dengan Muslim) Cheng Ho sudah memeluk agama Islam sejak lahir. Kakeknya seorang haji. Ayahnya, Ma Hazhi, juga sudah menunaikan rukun Islam kelima itu. Menurut Hembing Wijayakusuma, nama hazhi dalam bahasa Mandarin memang mengacu pada kata 'haji'.


Bulan Ramadhan adalah masa yang sangat ditunggu-tunggu Cheng Ho. Pada tanggal 7 Desember 1411 sesudah pelayarannya yang ke-3, pejabat di istana Beijing ini menyempatkan mudik ke kampungnya, Kunyang, untuk berziarah ke makam sang ayah. Ketika Ramadhan tiba, Cheng Ho memilih berpuasa di kampungnya yang senantiasa semarak. Dia tenggelam dalam kegiatan keagamaan sampai Idul Fitri tiba.


Setiap kali berlayar, banyak awak kapal beragama Islam yang turut serta. Sebelum melaut, mereka melaksanakan shalat jamaah. Beberapa tokoh Muslim yang pernah ikut adalah Ma Huan, Guo Chongli, Fei Xin, Hassan, Sha'ban, dan Pu Heri. "Kapal-kapalnya diisi dengan prajurit yang kebanyakan terdiri atas orang Islam," tulis HAMKA.


Ma Huan dan Guo Chongli yang fasih berbahasa Arab dan Persia, bertugas sebagai penerjemah. Sedangkan Hassan yang juga pimpinan Masjid Tang Shi di Xian (Provinsi Shan Xi), berperan mempererat hubungan diplomasi Tiongkok dengan negeri-negeri Islam. Hassan juga bertugas memimpin kegiatan-kegiatan keagamaan dalam rombongan ekspedisi, misalnya dalam melaksanakan penguburan jenazah di laut atau memimpin shalat hajat ketika armadanya diserang badai.


Kemakmuran masjid juga tak pernah dilupakan Cheng Ho. Tahun 1413 dia merenovasi Masjid Qinging (timur laut Kabupaten Xian). Tahun 1430 memugar Masjid San San di Nanjing yang rusak karena terbakar. Pemugaran masjid mendapat bantuan langsung dari kaisar.

Beberapa sejarawan meyakini bahwa petualang sejati ini sudah menunaikan ibadah haji. Memang tak ada catatan sejarah yang membuktikan itu, tapi pelaksanaan haji kemungkinan dilakukan saat ekspedisi terakhir (1431-1433). Saat itu rombongannya memang singgah di Jeddah.


Selama hidupnya Cheng Ho memang sering mengutarakan hasrat untuk pergi haji sebagaimana kakek dan ayahnya. Obsesi ini bahkan terbawa sampai menjelang ajalnya. Sampai-sampai ia mengutus Ma Huan pergi ke Mekah agar melukiskan Ka'bah untuknya. Muslim pemberani ini meninggal pada tahun 1433 di Calicut (India), dalam pelayaran terakhirnya.
(shofy, pam; dari berbagai sumber)


PANDUAN UNTUK MENGENAL PASTI AJARAN SESAT DAN PENGAMAL-PENGAMAL AJARAN SESAT DALAM BENTUK PERSEORANGAN ATAU PERTUBUHAN

BAB 1

Maksud Ajaran Sesat

Ilmu dan amal yang menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak seseorang muslim lagi mukmin melalui lidah, anggota dan hatinya di semua tempat, waktu dan masa dikala itu jadilah orang itu,

1. Murtad, 2. Munafik, 3. Zalim, 4. Fasik

dan lain-lain istilah yang diringkaskan dalam kata “kufur dan maksiat”. Bagi setiap orang Islam, apabila disebut sesat ertinya Aqidah, Syariat dan Akhlak seseorang muslim lagi mukmin itu sudah batal melalui salah satu daripada tiga perkara atau dua daripada tiga perkara atau ketiga-tiganya sekali serentak, bukan di tempat mengajar atau belajar agama dan dengan sengaja iaitu melalui

1. perkataan, 2. perbuatan, 3. qosod hati

Dosa jadi murtad dan dosa segala kerja buat semasa di dalam murtad tidak diampun oleh Allah s.w.t. dengan hanya kembali semula kepada agama Islam melalui ucapan dua kalimah syahadah, melainkan hendaklah disertakan dengan taubat nasuha yang sebenar-benarnya. seterusnya

Memandangkan LINK asal telah di padamkan.. sesiapa yang berhajat boleh download artikel penuh disini

download
Panduan Mengenal Ajaran Sesat


GARIS PANDUAN SILAT MENURUT ISLAM

GARIS PANDUAN SILAT

MENURUT ISLAM

1. TUJUAN

1.1. Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam khususnya mereka yang terlibat dengan amalan seni mempertahankan diri tradisional (silat) supaya terhindar dari amalan yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam yang sebenar.

2. PENDAHULUAN

2.1. Islam amat menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias adalah ditolak. Kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan tertentu dalam masyarakat Islam di Malaysia sedikit sebanyak ada hubungkaitnya dengan pengaruh fahaman Anamisme, Dinamisme, Hindu, Buddha dan Syiah (Ghulu) yang sebahagiannya telah menjadi darah daging kepada pengamal suci mempertahankan diri tradisional (silat). Oleh itu gari panduan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam penyelewengan akidah dan syariat Islam. Allah berfirman dalam surah Yunus, ayat 106:

ولا تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فان فعلت فانك اذا من الظالمين

(سورة يونس : 106)

Bermaksud:

“Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim”.

2.2. Dalam sejarah Islam memang wujud pahlawan-pahlawan yang tekemuka di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka telah berjuang menentang Musyrikin Quraisy dan penentang-penentang ajaran Islam dari kalangan Munafikin. Antara sahabat berkenaan ialah Saidina Ali, Khalid Ibnu Walid, Amru b. As-As, Abu Ubaidah b. Al-Jarrah, Saad b. Abi Waqas dan lain-lain lagi. Di dalam Al-Quran didapati banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa perlunya umat Islam mempersiapkan diri dan kelengkapan senjata serta kemudahan-kemudahan yang perlu untuk mempertahankan agama, diri dan negara. Antaranya ayat 61 surah Al-Anfaal:

وان جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله انه هو السميع العليم

(الانفال : 61)

Bermaksud:

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. seterusnya

Maulidur Rasul dan pelancaran Warga Melayu

Abada Cafe dan Tahfiz Abada


ABADA CAFE MINUAN KESIHATAN
ABADA (INSTITUTE PENDIDIKANA ISLAM DAN TAHFIZ AL-QURAN) Dahulu di kenali sebagai Pondok Lanai telah menghasilkan beberapa produk adalah antara usaha menambahkan dana menampung pengurusan sekolah pondok.
www.tahfizabada.com
keterangan lanjut klik disini


PENGAMBILAN PELAJAR KOLEJ PENGAJIAN ASSALAM

PERSATUAN WARGA MELAYU MALAYSIA “WARGA MELAYU”

WARGA MELAYU”

TUJUAN / MATLAMAT

(1) Memperkenalkan dan menghidupkan semula Islam Melayu Melayu Islam (Warga Melayu) berteraskan Agama Islam dalam bab: Aqidah, Syariat, Akhlak, Pengorbanan diri dan Harta, Pendirian asas ilmu dan amalannya berdasarkan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias..


ASAL USUL KETURUNAN MELAYU

Bahawa asal usul bagi keturunan orang Melayu itu bermula daripada campuran bangsa dari pelbagai kelompok manusia lelaki dan perempuan yang berbagai-bagai bangsa yang bersuku-puak supaya mudah berkenalan di antara satu dengan yang lain yang dijadikan oleh Allah.

Firman Allah Ta’ala surah Al-Hujurat; ayat 13:

Mafhumnya:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra, berhubung silaturahim antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih Taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” selanjutnya