Followers

Friday, January 27, 2012

Kalender menarik pelancungan Malaysia 2012

dah lama gak tak berusik blog ni..tak ada bahan nak letak kat sini..
tapi info yang ni kira menarik juga bagi yang banyak duit, kaki merayau,
suka ambik gambar atau yang nak pilih time yang sesuai melancung kemana2.


6 January 2012 to 8 Jan 2012 : International Surfing Competition
tempat: Cherating, Pahang.

9-14 January 2012 : Royal Langkawi International Regatta

22 Feb 2012 - 5 Mar 2012: National Craft Day 2012
tempat: Kuala Lumpur Craft Complex

Feb 2012: Pasir Gudang International Kites Festival 2012
tempat : Pasir Gudang, Johor.

12 Feb 2012: Ironman Malaysia Triathlon
tempat: langkawi kedah

9 Mar 2012 - 11 Mar 2012: Negeri Sembilan Adat Perpatih Festival
tempat: muzium diraja seri menanti (istana lama seri menanti)
yang ni rasa nak tengok la..

tarikh dah tukar ..latest.
pesta persukuan adat perpatih
07 dan 8 julai 2012
tempat.: muzium diraja, istana lama seri menanti
masa: 09 pagi hingga 6 ptg.

March 2012: Putrajaya Water Festival 2012

23-25 Mar 2012 : FORMULA ONE WORLD CHAMPIONSHIP "Petronas Malaysian Grand Prix" 2012
tempat: litar antarabangsa sepang

13-15 April 2012 : Langkawi Water Festival - Malaysia Water Festival (Fishing Carnival)

April 2012 : 19th Regatta Lepa Semporna – Water Festival
tempat: Semporna Sabah

April 2012 : Gendang Nusantara Festival
tempat: MBMB Square, Ayer Keroh, Melaka.

5-6 May 2012 : Sabah Fest 2012

19 May 2012 : Colours of 1Malaysia 2012
tempat: dataran merdeka KL

June 2012 : Penang International Dragon Boat Festival 2012

16 June - 17 June 2012 : 27th Sabah Dragon Boat Race 2012

June 2012: Melaka River Fiesta

July 2012 : Putrajaya Floria

15 July 2012 : Bon Odori Festival
Tempat: Matsushita Stadium, Shah Alam
yang ni pun nak pegi.. tahun lepas punya best..

Thursday, January 5, 2012

Pakaian Melayu Dulu-dulu


ilustrasi gambar Hang Tuah

semenjak berjinak jinak dengan Senaman tua ni.., telah timbul
hobi baru.. mencari pakaian pahlawan melayu dahulu..
kalau nak layan hobi ni boleh berabis juga duit pasal nak
kene beli samping, bengkung, tengkolok
dan yang paling mahal ..keris.. jom tengok..


tengkolok ni tempah kat member.. dia tukang jahit, tapi tak pernah
buat tengkolok pun..saya paksa dia buat..camni lah rupa dia..
ok la..dari takde.. harga kain beli indian made punya 30 hengget.
upah jahit sekali dgn bengkung 40 hengget..kira murah la tu..

pergi tanya kat jalan masjid india KL..tengkolok saja rm250..heh..
ye lah..dia guna songket trengganu..songket saja dah rm 200.
dan buatan dia lagi kemas dari yang ni.


ni la bengkung untuk ikat samping tu..



ini gambar Taming Sari..Diorang kata la..masa pameran
keris kat Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar
pada 29.05.2011.. saya tak percaya langsung. kalau betul taming sari..
dah kene rompak ni.. boleh buat pergi merompak pulak.. dah kata
sapa pegang keris ni jadi kebal.. tapi terpulang pada
pandangan masing2 la..


hah..ni keris untuk hiasan..
keris buatan indonesia, sebab keris ni lebih kepada hiasan.. sarung dia dibuat
cantik.. tapi buatan dia menggunakan bahan yang murah la..
murah pun beratus jugak harganya ni bro..


tu dia.. keris ni lok 5, cantik sangat..siap ada pamor..


apa benda nya pamor tu. pamor tu corak pada bilah keris..
cuba tengok kat sini.. ada macam bergaris bulat bulat kat keris ni..
ini dipanggil pamor ular.. kalau orang dulu buat keris..dia campurkan
berbagai jenis besi untuk jadikan bilah mata keris ni.. biasanya ..
campuran 5 jenis besi..ada 7 jenis besi.. proses campuran besi tu lah..
yang menghasilkan bentuk pamor ni.. orang kata la.. kalau diorang
kelentong..kira kelentong la saya juga..

Add Image
yang kuning ni keris gelanggang ..keris ni biasa dipakai pakai masa latihan je..
harga dia lebih murah..murah pun ratus jugak la harganya..


cuba tengok keris gelanggang ni.. dia takde pamor.
bilah dia dibuat dengan besi biasa je kemudian grinding
macam buat parang..takde seni..


cuba tengok yang ni.. kan cantik tu..ada corak (pamor)


kalau tengok dekat..nampak beberapa bulatan berlapis lapis
kat situ..menunjukan bilangan besi yang dicampurkan pada
mata keris ni. katanya lah..


yang ni pulak.. corak kesan kene mesin grinding je..


dua dua keris ni pun boleh berdiri tegak macamtu..
kalau cari kat intenet..banyak pengamal ilmu mistik ni
jual keris berdiri macam ni..konon nya ada jin la.. khadam la..
takde maknanya nak tunggu ada khadam baru boleh berdiri keris tu.
sapa sapa pun boleh tegakkan keris tu.. betul balancing dia..
tegak la dia..

tapi bukan la menafikan ada keris yang diorang letak jin.. itu diorang punya
pasal la.. jaga2 kalau beli keris lama2 ni.. silap silap kacau bilau kita
di ganggu jin keris tu..orang dulu2 mempertahankan diri guna keris..
kita sekarang keris buat hiasan je..tak payah ada jin..buat syirik je..

apa macam.?.menarik tak..?apa lagi..jom beli keris..haha...geram tengok..
keris yang kat atas tu..member punya.. sekarang sedang sebuk survey keris la ni..
tak jumpa yang sesuai lagi..sesuai dgn poket..hehe

Sunday, December 25, 2011

Kasut Puma?


pemandangan luar kedai puma kat KLCC


pemandangan dalam bangunan KLCC hari krismas.
kalau tengok dari luar memang tak berani masuk KLCC ni.
macam untuk org kaya je.. kalau dah masuk dalam tu rupanya
macam pasaraya biasa je..

Dulu2 .., rajin la pakai seluar puma..sekarang susah nak cari brand Puma ni,,
pasaraya besar pun tak banyak jual brand ni.. Teringin pulak nak
pakai brand puma balik.. nak cari kasut..sebab sekarang dah rajin pergi jogging..
kasut yg ada murah2 tu kejap je habis berkecai.. puas la survey dalam intenet..
berkenan dengan kasut puma FAAS 700.. sebanyak-banyak kasut puma yg saya
tengok..yg ni je la nampak macam ok sikit rupa dia.. yg lain tu..teruk betul..
harga dah la mahal nak mampus.. sampai 3 ratus lebih..


rak kasut puma yg sempat di ambil gambar..
semenjak ada kamera ni..,rajin bawa kamera
kehulu kehilir..pantang lepa je ambik gambar..


yang ni dikatakan FAAS 700 tu

dah berkenan design macam ni..tapi lepas try pakai..tak best la pulak..
design dalaman tapak kaki dia terlebih berlekuk lekuk..sampai sakit kaki..
harga dah la mahal.. rupa tak berapa nak cantik..pakai tak sedap pulak..
tak jadi beli.. fuh nasib baik.. kalau tak bertambah hutang kad kredit..hehe

tapi bertambah juga hutang.. sebab lepas tu beli seluar Tracksuit dan t-shirt round neck
dia pulak.. itu saja pun dah seratus setengah.. hampeh.. tak pe lah..
biar pape asal bergaye.. tu yg susah pakai kad kredit tu..dengar khabar
kakitangan awam nak naik gaji..emm.. camtu kita habis kan dulu apa
yang ada..haha.. kalau gaji tak jadi naik nanti..kita buat sup je la
seluar Tracksuit puma tu..


ada banyak jenis kasut puma..tapi kebanyakanya tak menarik

mungkin la yang jual kat KLCC tu tak menarik..takpe..cari lagi kat tempat lain..
masuk kat AL IKHSAN, MIZI SPORT dan macam2 kedai lagi.. ade je
kasut branded terus masuk tengok.. memang sah la.. semua kasut puma
tak menarik..


kedai AL-IKHSAN punya promosi.


mizi sport pun banyak pilihan juga

ahh.. gagal misi beli satu set pakaian sukan PUMA kali ni..
dapat beli seluar dan t-shirt je.. tapi kasut tetap kene beli juga satu..
kasut yang ada dah macam roti jala..haha.. brand lain saya tak minat..
dah tak jadi beli kasut puma..ingat nak pergi beli kasut power je ..
tak sempat tengok kasut power..terberkenan plak kat kasut line-7..
hehe..murah je 60 hengget..tak pe la..janji hati dah suka..tak tau le..
berapa hari je boleh pakai sebelum jadi roti jala balik..haha..



cam ni la rupa kasut line 7..boleh la..hehe


PUMA AXIS


ada jumpa member pat keje pakai kasut ni..adu geramnya
kenapa saya cari tak jumpa.. yang ni versi baru 2012.
dia kata beli kat langkawai masa lima.. dia beli murah lak tu
rm 120. harga sepatutnya rm 2 ratus lebih.

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan?

10 Dis 2011.. Semua orang sebuk cerita Gerhana Bulan..
kat Masjid ada buat solat Sunat.. mana geng yang pemalas tu..
dapat tengok bulan gerhana pun jadi la.. haha..
saya standby kamera nak amik gambar bulan ni.. tapi kamera
digital.. setakat boleh ambik gambar je le.. ada la rupa bulan..
tapi takde la sampai nampak makluk asing kat bulan tu..haha
tapi kalau ambik dengan kamera henpon ..rasanya takde dah
rupa bulan, dia jadi rupa planet zuhal..


gambar ni ambik jam 8.10 , nampak biasa je..
tak gerhana pun


gambar ni ambik jam 8.20.. ada la nampak kuning sikit..
gerhana la tu kot.. ke..kemera saya yang rosak..haha


dah tak tau gambar apa nak ambik.. ambik gambar
KLCC je lah dari jauh..


ini gambar bulan ambik dengan kamera besar tu..
sampai nampak makhluk asing kat situ..
Kamera sony A77- harga 6 ribu lebih beb..


ni lagi satu..

beza gambar kamera murah dengam kamera mahal..
macam bumi dengan bulan ..haha

Friday, November 18, 2011

CELCOM Penipu...?




Ramai dah kene..saya pun kene juga..
al kisah bermula bila beli henpon baru..sambil tu
daftar juga line baru..
punya la exited godek hp samsung galaxy mini tu.
habis semua benda pun nak install..
maklum lah..samsung guna operating system Android..
kira popular sekarang..software dia banyak free..
download je kat

https://market.android.com/

http://www.mobileheart.com/cell-phone-games/2597-Samsung-Galaxy-Mini-S5570-Games.aspx

bersepah benda boleh download.. bila dapat bill bulan pertama kena
charge rm 50.. rm 30 chrage 3g data usage + rm 20 sms dan call
..tak pe lah..agaknya 3g usage data tu pasal godek PAPAGO dan gps
masa buat testing henpon tu..
masuk bulan kedua sudah kena rm 150.. sedang kan saya dah tak guna
GPS dan 3G tu.. intenet pun tak guna.. ini sudah lebih..boleh
mendatangkan marah....!!

apa lagi saya pergi serbu CELCOM tu untuk melepaskan segala package
sumpah seranah @maki hamun @ fire yg teristimewa untuk sapa yg jaga kat
kaunter celcom tu nanti.. sampai kat sana ..hati jadi sejuk la pulak..
apa tak nya..yg jaga kat kaunter tu..senyum meleret je..awek cun lak tu..haha
pandai kau CELCOM.. letak awek cun kat kaunter.. tangkal mujarab untuk halau
jin, saka, bala hamun maki ni.. ok lah.. lepas mengadu masalah kat
kaunter tu.. dia cakap ramai org ngadu camtu.. pasal hp yg dia guna jenis
3g ni..celcom telah set kan automatik..sapa yg guna hp 3g ..guna pulak
simkad celcom 3g, maka henpon akan automatik guna intenet celcom..
walau kita cuba connect kat wifi free pun..dia tak connect..dia guna CELCOM
punya juga.. jadi seolah olah kita guna intenet celcom 24 jam selama sebulan..

kemudian dia ajar macamana nak off kan setting 3g tersebut..
kalau guna SAMSUNG galaxcy mini
tekan lah kat lambang 4 segi warna biru tu, kemudian klik
setting yg lambang gear tu, kemudian klik wireless and
networks, kemudian scroll kebawah dan klik mobile network,
kemudian off kan use packet data ..

setting - wireless network -mobile network - use packet data

lepas tu korang akan tengok simbol 3g kat atas henpon tu dah hilang..
ok.. lepas ni boleh la guna wifi free semula untuk layan intenet..

ada separuh kes, dimana dia tak jumpa setting nak off intenet
3g tu.. maka cara yang paling mudah adalah..guna semula
henpon murah yang takde 3g..hehe comfirm takde charge 3g..

benda ni jadi kat hempon baru yg jenis intenet wifi, 3g ni je..jenis belagak
nak guna touch screen ni..duit terlebih, tu la celcom ambil kesempatan
"mengapak " org macam ni..temasuk saya ..haha

selamat bergaya dengan hempon baru anda..

Monday, November 7, 2011

Muzium Adat, Jelebu



Jelebu merupakan antara daerah di Negeri Sembilan yang
sangat aktif mempromosikan Adat pepatih dan Warisan Minang
kabau nya. Banyak binaan yang dibuat mengekalkan ciri
tanduk kerbau warisan minangkabau.
Pembinaan Muzium adat di Kuala Klawang yang berada dalam
jajahan Daerah jelebu di bawah pentakbiran Undang Luak Jelebu
Y.T.M Dato, Mendika Menteri Akhirulzaman, Dato' Haji Musa Bin Wahab,
menjadikan Kuala Klawang antara tempat yang mesti dilawati selepas Istana
Seri Menanti dan Teratak Zaaba apabila bercadang Melancung di Negeri
Sembilan.
Negeri Sembilan amat Unik Kerana di Perintah Oleh Yang di Pertuan Besar,
tidak seperti negeri2 lain di semenanjung yang di perintah oleh Sultan, Raja
dan ketua Menteri. Terlebih Unik lagi Kalau di kaji bagaimanakah
pertabalan yang di pertuan besar itu sendiri.


kedudukan Muzium Adat di tengah pekan Kuala Klawang



Majlis bandaran Jelebu bersebelahan dengan muzium


pentas yang terdapat di Muzium Adat


peandangan berhadapan dengan Muzium Adat
adalah padang/stadium serbaguna majlis daerah Jelebu


Padang Majlis Daerah dari pandangan hadapan


Papan kenyataan Waktu Melawat Muzium


pintu masuk ke Muzium-tayangan Video adat
Negeri Sembilan

antara artifak yang di pamerkan di tingkat bawah


tepak sireh-kegunaanya dalam masyarakat melayu


tempayan tanah liat yang di isi air- digunakan untuk
membasuh kaki sebelum naik kerumah


gambaran secara digital kehidupan masyarakat melayu Negeri
Sembilan


caklempong- alat muzik traditional melayu


teknik perubatan zaman dahulu


adat berkhatan dan tok mudim kampung


adat bersanding masyarakat minang dahulu


adat melenggang perut- masih terdapat juga masyarakat
hari ini yang mengamalkan kaedah begini untuk melihat
jantina bayi dalam kandungan. kalau scan kat hospital
lagi senang dan dapat meneglak perkara syirik.


kerusi Yam Tuan Besar/Raja dahulu

Beranika jenis tengkolok/tanjak raja2 mengikut Negeri.

sebenarnya ada banyak lagi pameran yang ada disini..hanya sidikit sahaja
yang dikongsikan disini.. bilik pameran di muzium ini setinggi 4
tingkat..datang lah melawat kesini untuk melihat keseluruhan pameran
di muzium tersebut..yang penting..masuk adalah PERCUMA..hehe

di bawah ..di kongsikan juga antara binaan berciri Minagkabau yang telah
di bina dan sedang dalam pembinaan di Daerah Jelebu Negeri Sembilan.


pusat kraft yang masih dalam pembinaan di Simpang Pertang,
Jelebu.


pintu gerbang menarik berhampiran pusat kraft


dewan budaya Jelebu terletak di Simpang Pertang.


Muzium Istana Seri Menanti, Kuala Pilah

Teratak Zaaba, Batu Kikir