Followers

Sunday, April 4, 2010

Jom melancung ke negeri sembilan

memula ingat nak buat sendiri cita nih.. cari punya cari..
dah ada org yang buat..ok la tu..takyah saya susah susah nak
buat.. so jom la tengok apa yang ada kat N9 sinun..heh heh..



Homestay D' N.Sembilan

HOMESTAY KAMPUNG LONEK
Homestay Lonek yang terletak di Daerah Jempol merupakan satu destinasi pelancongan yang berkonsepkan pengalaman kehidupan desa dengan tarikan keindahan alam semulajadi yang menghijau beserta dengan tradisi budaya dan warisan kehidupan berteraskan sistem Adat Perpatih dengan tradisi budaya dan warisan kehidupan berteraskan sistem Adat Perpatih.
Suasana Kampung Lonek dikelilingi oleh pemandangan saujana kehijauan sawah padi, ladang getah, dan kelapa sawit di samping pokok-pokok buah-buahan di sekeliling kampung. Di samping itu terdapat juga perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana yang berasaskan rotan, buluh dan mengkuang untuk seni kraftangan, juga mee kuning dan kuih-muih tradisional masyarakat kampung.
Dengan projek tanaman padi yang meluas di Kampung Lonek ini, maka pihak Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Homestay Lonek mengambil inisiatif untuk mengadakan Pesta Mengemping sebagai nostalgia budaya dan warisan nenek moyang kita dahulu.

Alamat : Homestay Batang Nyamor
No 61 Batang Nyamor, 71350, Rembau, Negeri Sembilan
Tel:013-6543746 Faks:06-4383828 Email:hokopkbn@yahoo.com

HOMESTAY KAMPUNG PACHITAN


Kampong Pachitan dibuka pada tahun 1922 oleh pendatang-pendatang dari Pulau Jawa Indonesia. Kampung ini dinamakan Kampong Pachitan sempena mengambil nama satu daerah di Pulau Jawa iaitu Pacitan kerana kebanyakan pendatang-pendatang berasal dari daerah tersebut.


HOMESTAY KAMPUNG PELEGONG


Homestay Kampung Pelegong merupakan sebuah perkampungan di Negeri Sembilan yang hanya 15 km dari Bandar Seremban. Kebanyakan penduduk homestay ini mewarisi adat budaya Minangkabau yang dibawa dan diamal oleh nenek moyang yang merupakan pendatang dari Sumatra Barat, Indonesia. Keunikan adat budaya ini menjadi satu daya tarikan kepada homestay Kampung Pelegong, lebih-lebih lagi Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri di Malaysia di mana penduduknya mewarisi dan mengamal cara dan budaya Minangkabau. Disamping itu, keindahan alam semulajadi yang mengelilingi kawasan kampong ini juga menambah keupayaan homestay ini dalam menarik pengunjung.

banyak lagi..ini cuma copy skit je..

cerita yang seterusnya boleh la lawat blog dia sendiri..banyak boleh tengok kat situ
klik sini

No comments:

Post a Comment