Followers

Sunday, April 4, 2010

Tokoh Ulamak N.Sembilan

Negeri Sembilan bergitu terkenal dengan Adat pepatihnya..
walau bagaimanapun adat tersebut hanya diamalkan oleh
giolongan tertentu sahaja kini.., kerana pemahaman agama yang semakain
meningkat dikalangan rakyat.
tidak keterlaluan dikatakan kawasan selatan malaysia yang terdiri
dari N.Sembilan, Melaka Dan johor agak kurang dikenali dalam
bidang agamanya. jika dilihat dari segi fisikalnya, terutama dari segi cara berpakaian
memang boleh dikatakan begitu ., amat ketara jika dibandingkan dengan negeri
sebelah utara seperti kedah , kelantan dan terengganu.

Namun begitu tidak ramai yang mengetahui N.Sembilan juga tidak kurang hebatnya
menampilkan ulamak warisatul ambia" nya.. antaranya adalah..

Syeikh Muhammad Said Linggi

Nama penuh ulama ini ialah Haji Muhammad Said bin Haji Jamaluddin bin Haji Idris. Dikenali juga dengan panggilan al-Syaikh Muhammad Said al-Linggi al-Jawi. Datuknya, Haji Idris anak Hajjah Rahimah binti Khatib Musa bin 'Amaluddin bin Awaluddin Dato' Awal bin Faqih @ Daeng Abdul Malik adalah seorang alim yang salih lagi keramat. Hampir separuh dari usianya dihabiskan di kota ilmu Makkah kerana menuntut ilmu. Haji Idris berketurunan campuran Minangkabau-Bugis Linggi. Ini kerana isteri Khatib Musa yang bernama Zalikha itu adalah anak seorang pembesar di Kampung Semabuk, Minangkabau. Manakala Dato' Awaluddin pula disebut-sebut sebagai peneroka daerah Linggi (1783) di Negeri Sembilan.

http://tamanulama.blogspot.com/2008/02/syeikh-muhammad-said-linggi-ulama-dan.html


Sheikh Haji Ahmad Haji Muhamad Said ( 1912 – 1964 )
.
Sheikh Haji Ahmad adalah adik kepada Sheikh Haji Abdullah. Beliau dilahirkan di Kampung Bukit Ampangan Seremban pada 26 Rabiulawal 1328 bersamaan 1912 dan meninggal dunia pada 7 Januari 1964. tetapi dalam buku keluaran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu kelantan bertajuk " Tokoh – Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1) – 2001 halaman 236, tarikh lahir ulama ini ialah 6 April 1910. Haji Ahmad menjadi Khalifah Tarekat Kedua selepas Haji Abdullah.Pendidikan Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ampangan hingga tamat. Sebagaimana abangnya, beliau kemudiannya mendapat didikan langsung dari bapanya. Beliau menunaikan haji sewaktu berusia 15 tahun selepas kematian bapanya dan melanjutkan pengajian agama di Mekah selama 7 tahun.

http://sungaiujung.blogspot.com/

Sheikh Haji Abdullah Haji Muhamad Said ( 1905 – 1956 )
.
Beliau adalah antara anak-anak Sheikh Haji Muhamad Said menjadi khalifah Tarekat Ahmadiah dan alim selepas bapanya. Dilahirkan pada tanggal 1905 di rumah kaum kerabatnya di Jalan Melayu, Kuala Lumpur ( mungkin di kawasan perniagaan terkenal sekitar Masjid India sekarang). Ibunya orang Rembau bernama Siti Zubaidah Haji Said. Masa kecilnya beliau tinggal di Bukit Tembok, Seremban dan bersekolah di Sekolah Melayu Temiang dan meneruskan pendidikan agama dengan asuhan bapanya sendiri selama 12 tahun. Sheikh ini telah menerima Khalifah Tarekat dari bapanya.

Tuan Tulis
NEGERI SEMBILAN, tokoh agama, Ismail Hussein atau lebih dikenali sebagai Tuan Tulis dianggap antara wali Allah yang cukup terkenal khasnya di Kuala Talang, Kuala Pilah.

Tuan Tulis juga dikenali sebagai kerabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan kerana pernah mengubati Yang Dipertuan Besar pertama di London pada 1925, sedangkan ketika itu beliau sebenarnya sudah meninggal dunia.

Dilahirkan di kalangan keluarga miskin, beliau dikatakan sangat tekun mendalami ilmu agama walaupun dalam kesukaran. Sanggup berjalan kaki merantau hingga ke Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang untuk berguru terutama dengan Tok Ayah Man (Tuan Guru Haji Abd Rahman).

https://www.blogcatalog.com/blog/mecca-dan-medina/b1c94b4865be683cf8cc77f6b9ec2c30

Haji Ahmad Kepis (1926-2003)



Latar Belakang


Tokoh ulama ini adalah Tuan Guru Tasawuf mutaakhir yang penyusun kenali dan pernah menziarahinya dalam awal 1990an ketika kami merancang menubuhkan pusat pengajian ala pondok di Kampung Bayai, Serting Ulu. Dalam pertemuan di rumahnya di Kampung Kuala Rembang Panas yang ditemani sahabat bernama Saudara Ghazali Khamis, Tuan Guru ini menyarankan supaya penyusun menghubungi pihak agama Negeri terlebih dahulu bagi mendapatkan kebenaran. Kami sebelumnya berhasrat untuk memujuk beliau menjadi penasihat pusat tersebut tetapi kerana tidak bersetuju dengan seranan beliau, penyusun telah melahirkan protes kerana pada pandangan kami ianya lebih akan mengundang banyak karenah. Tuan Guru itu telah menepuk-nepuk peha kanan penyusun seolah-olah bersetuju atau sebaliknya.

http://ahmadkepis.blogspot.com/

Sheikh Ahmad Jelebu
Sheikh Ahmad Sheikh Ibrahim ( 1887 – 1989)
Pendahuluan
Anak Padang Sumatera ini bukan sebarangan anak bujang di zamannya. Beliau keluar merantau ke negeri orang setelah memenuhkan dadanya dengan ilmu persilatan dan asas agama yang kukuh. Jiwanya teguh dan liat. Dalam pelayarannya ke beberapa buah negara seperti India dan negara-negara Timur Tengah, Sheikh Ahmad sempat merakamkan adegan-adegan yang begitu mencabar.


Photo : Sheikh Ahmad
Latar Belakang
Sheikh Ahmad Bin Sheikh Ibrahim dilahirkan dalam tahun 1887 di Padang, Indonesia. Bapanya Sheikh Ibrahim adalah guru agama yang mengamalkan aliran tarekat dan bersuluk. Beliau tidak berminat untuk mengikuti tarekat dan memilih untuk mendampingi aliran kaum muda di Bukit Tinggi. Di sana Sheikh Ahmad berguru dengan bapa Almarhum Prof Dr Hamka iaitu Haji Abdul Karim Amrullah di Madrasah Sumatera Tawalib. Ketika itu usianya dianggarkan dalam awal 20an. Beliau pernah bercerita tentang diri Almarhum Pak Hamka yang agak nakal semasa kecilnya, Almarhum itu pernah menyimbah air kepada murid-murid di Madrasah ketika mereka mengambil wuduk di sumur.

http://syeikhahmad.blogspot.com/


kredit untuk penjejak Ulamak Negeri Sembilan

sila berkunjung kesini untuk mendapat maklumat penuh

http://ulamakito.blogdrive.com/

Sekolah Pondok

antara sekolah sistem pondok yang terdapat di N.Sembilan

1. Pondok Haji Ali di Siliau. Pondok ini terletak lebih kurang 5 km dari Pekan Rantau dan terdapat papan tanda tertulis “Yayasan Pondok Haji Ali” dalam tulisan jawi yang menjadi penunjuk jalan ke pondok tersebut

2. Pondok Sheikh Haji Ahmad. (Madrasah al-Sa‘idiyyah )Kampong Pondok Rasah Seremban

3. Madrasah Al Majiddiah Ad Dinniah, Kampong Baru Batu Kikir.

4. Kolej Islam Al Majidiah, Jalan ,72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan.


5. Madrasah Al-Islamiah Haji Ibrahim Kampung Bongek Acheh, 71300 Rembau, Negeri Sembilan


6. Madrasah Aliah Islamiah Kuala Pilah, (Shamsiah Fakeh adalah penuntut sekolah ini)



11 comments:

  1. Ada lagi ia itu Tok guru Galau Seri Menanti. Harap dapat di cari maklumatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://sungaiujung.blogspot.com/2006/?m=1 ( tok halau)

      Delete
  2. Juga Sheikh Hamid Sheikh Ahmad Pondok Mambau. Mudah mudahan pengumpulan ini memberi banyak menafaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah saudara anonymous. Satu lagi Tuan guru haji Yusof, Pondok Air Itam chembong.

      Delete
    2. Sheikh Hamid tiada waris yg meneruskn legasi beliau ke?

      Delete
  3. oooo..banyak lagi ke..kita sama2 cari..kalau boleh paste kan kat sini ok..

    ReplyDelete
  4. kalau boleh, tlg siarkan no. tel madrasah/pondok2. Dan kalau ada lebih info tntg aktiviti utk org luar. Ada kuliah mingguan ke, boleh belajar kitab secara tempuh tertentu ke..?

    ReplyDelete
  5. Tuan haji Ahmad Kepis pun tak banyak maklumatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://ulamakito.blogdrives.com/archive/1.html

      Delete
  6. Kunjungi blogsite:
    http://ulamakito@blogdrives.com utk dapatkan catatan penuh sejarah ulama silam NS

    ReplyDelete