Followers

Wednesday, November 3, 2010

Tasbih Digital

Masih gunakan Tasbih yang lama? cuba bertukar kepada yang baru.
ada banyak jenis tasbih sekarang ni. kebanyakan nya adalah buatan china.
harganya murah. nasib la.. kadang kadang boleh pakai lama,
kadang kadang tak sempat nak pakai dah rosak.

hari ni cuba nak singkap sedikit pasal tasbih dalam konteks
pada orang yang melazimkan diri berzikir setiap masa.
biasanya orang macamni terdiri dari golongan jemaah tabligh,
penuntut sekolah pondok atau mereka yang belajar ilmu kesufian.
mereka ni kebanyakanya Istiqomah dalam amalan mereka.
jadi tasbih menjadi perkara penting juga pada mereka.
mereka biasanya meletakkan target untuk dibaca.
ada yang seribu sehari. ada yang letak target bulanan,
ada yang letak target sampai setahun dgn jumlah sampai
berjuta. sebenarnya bukan lah jumlah yang penting.
target diletakkan sebagai latihan dan pendorong
untuk permulaan istiqomah dalam amalan.
melatakkan target yang banyak menyebabkan
kita sentiasa berzikir dan tiada masa berbual kosong
dan bercakap sia2. lama kelamaan ia menjadi kebiasan.
dan tiada lagi masa yang berlalu dgn sia2 tanpa berzikir
mengigati Allah. dapatkan nasihat dari ustaz yang
Ahli dalam bab ini untuk mengetahui lebih mendalam.

Tasbeeh - Prayer Beads - Green & Gold

Tasbeeh -jenis biasa kita guna.
tasbih macam ni kalau setakat nak baca 100x tu ok la..
kalau seribu tu..boleh kelam kabut juga nak ingat.
lagi pun tak praktikal nak bawak kemana2.
kalau simpan dalam poket sambil baca pun, tak berapa
bagus. apahal pulak tangan duduk dalam poket je.
kalau terhenti baca. nak sambung balik dah tak ingat
nak start kat mana. mudah putus.



tasbih macamni memang banyak digunakan.
mudah dibawa. satu pusingan kiraan 1000 kali.
kelemahannya ia agak besar juga, susah nak disembunyikan
dalam gengaman, dan bunyi berdetik dia kuat juga.
orang dengar nampak macam bagus sangat la pulak.
lagi pun dia tak tahan lama. biasanya bila cecah 10 ribu kali,
dia mula rosak, kadang kadang nombor dia terlangkau, kadang2
terlankau sampai seratus. kalau macam tu, baik takyah
kira. harga dia dari rm 10 hingga rm 17 bergantung pada
brand dan kepandaian menawar.



ini tasbih digital terbaru buatan cina.









kelebihan tasbih ni saiz nya yang kecil dan ringan
mudah dibawa, boleh disematkan pada jari dan
disembunyikan dalam gengaman.
tidak mengeluarkan bunyi.
satu pusingan hingga 1oo ribu.
nambor tidak terlankau.
menggunakan bateri saiz jam.
telah diuji pakai sehingga 200 ribu lebih pun
tak rosak lagi.
harganya dalam rm 15.

kalau siapa nak beli tasbih ni. pergi lah kat chau kit.
kalau dari HKL tu. selepas trafik light, ada simpang
pertam sebelah kanan. jln haji taib. kat situ ada kedai melayu
(org tabligh) yang besar dan cantik juga, tak ingat nama dia.
semua barangan islam/ haji boleh dibeli secara
borong kat sana. beli satu2 pun boleh.

terbaru..update 07 apr 2011
ada blog yang jual tasbih ni online..sila la berlanggan disana..
jom ke blog hajjah siti..

http://digitaltasbih.blogspot.com/2011/03/digital-finger-tally-countertasbeh.html

Sunday, October 17, 2010

Khasiat Buah tunjuk Langit



Kebetulan pula kat tempat saya ni banyak Pokok tunjuk langit..
dah berapa kali buah dia jatuh..saya tak ambil pun..
pasal tak tau khasiatnya..sampai lah ada Budak
DBKL dtg buat gotong raya.. dia ratah buah ni macam makan
kacang.. dia kata sedap..ubat banyak penyakit.. muka selamba je
dia pun bagi saya try..saya yang memang suci
tak tau apa2 ni, terus ambil masuk dalam mulut kunyah
macam makan kacang.. sempat juga la 3 kali kunyah..
lepas tu rasa macam nak pitam.. dia punya pahit..
masyaAllah.. saya cepat cepat minum air..makan
mee hun yg ada kat situ.. tak boleh hilang juga pahitnya..
2 hari baru rasa lega dgn pahitnya tu..

betul la kata org tua.. pahit itu penawar..manis itu racun..



sekarang ni..kalau saya lalu kat pokok tu saja je jeling
buah dia..kot2 ada jatuh..kebetulan memang ada..
pokok dia besar, lebih besar dari pemeluk..pohon
nya rendang..memang lama umur pokok ni.

sekarang dah banyak kali makan benda ni..
tapi takde la makan macam mamat DBKL tu..
dia tu lidah dah kebas, takde feel langsung...
muka selamba badak je..

masa mula2 test makan, saya telan sebiji macam tu..
terus minum air macam makan ubat..
rasa macam tak bagus.. dia kena hancurkan juga baru telan..
baru effektif..saya dapat idea..lenyek kan dulu buah tu dalam piring..
kemudian masukan kan dlm roti canai ke.. kuih karipap ke..
balut dia macam kapsul..masuk dlm mulut terus telan dgn air..
jgn lambat.. kalau lambat..pitam lagi la jawabnya..
kekadang tu terbalut besar sangat..tercekik la pulak...
tapi kalau org dulu2 memang dia kunyah macam tu jee..





khasiat buah tunjuk langit (Swietenia_Macrophylla),(skyfruit)
Antara khasiat-khasiat yang terdapat didalam buah tunjuk langit ini sesuai untuk :-

1. Anti-penuaan
2. Kekejangan otot
3. Alahan kulit / Psoriasis
4. Kurang Bertenaga / Keletihan
5. Asma / Alahan Pernafasan
6. Masalah Tidur
7. Barah / Ketumbuhan
8. Penyakit Jantung
9. Gout / Artritis / Gastrik
10. Penyakit Hati
11. Haid dan Keputihan
12. Resdung / migrain
13. Hubungan Kelamin Strok
14. Kolestrol tinggi
15. Sembelit / Buasir
16. Kencing manis
17. Tekanan darah tinggi
18. Kegemukan Tekanan darah rendah
19. Kesuburan
20. Tulang Belakang



bila dibelah buah tu..ada banyak kelopak dalam tu..




di hujung kelopak tu la.. ada kekacang dia..kecik je..



ambil bahagian hujung tu ..dan kopek kulit dia..
ade le kacang warna putih




ini la dia kekacang yg pahit gila tu.. cuba le kunyah..
kalau rasa lidah tu tebal macam lidah buaya..haha.
ada member ajar cara makan..gigit guna gigi depan je..
lepas tu terus telan.. kalau makan benda ni seeloknya..
sebiji je sari.. selangkan 3,4 hari baru makan balik..
sebab dia mempercepatkan denyut jantung.




cuba bandingkan pokok tu dgn penunggang motosikal..
boleh agak tak besar mana pokok tu..



pokok tujuk langit - batangnya lebih besar dari pemeluk







sekarang ni ada banyak ubat berasakan Tunjuk langit ni dijual..
nak senang .beli je la.. dah siap bentuk kapsul..tak rasa pahit dah..

contohnya kat bawah ni.. Bukan nak promosi ek..



Harga RM 35.00 ( 50 biji)
*Telah diuji di Makmal (
Chemlab Lab No: PJ-S/FD/1751/10)
tiada bahan kimia dan selamat dimakan.

nak tau detail tengok la kat sini..

http://www.tunjuklangit.net/online/

Thursday, October 14, 2010

Jom belajar Tai-chi

kalau boring takde apa nak buat elok juga kalau exercise
skit.. cadangnya nak belajar senaman tua.. tapi tak jumpa
cari..biasa la ..org melayu ni kedekut banyak..
sib baik jumpa senaman muda .. hantam je le..













ini kalau boleh buat ni kira kaboom la ni..
tapi gambar di atas tu hanya sebahagian dari
versi penuh dia..

ada video kat bawah ni.. tengok la.. ini bah tengah je..
yg pangkal dan hujung je.. nanti la kalau rajin upload.






rajin punya pasal..ni upload yang full punya.. cuba la praktis

Thursday, October 7, 2010

Sajak - Si Anak Jalanan

MEMO SI ANAK JALANAN

Sahabatku..

Zaman ini Jebat di dewakan
Tuah pula tak berhati perut
Para sahabat,menantu dan mentua Rasulallah di kafirkan
Ibubapa hilang kebesaran
Alim ulama dijadikan rempahan
Al-Quran dan sunnah di komerselkan

Sahabatku..
Ranapnaya Kota Bagdad
Runtuhnya Islam di Spanyol,Hancurnya Utsmania di turki,
Baitul Muqaddis ke pangkuan zionis yahudi laknatullah
Kita jadikan satu Pengajaran bukan Mata Pelajaran

Sahabatku..
Taufik dan Hidayahnya peribadimu ya.. Rasulallah
Cahaya kegemilangan Kebijaksanaan para Sahabat dan Tabin
Kian malap disonglap kebersangkaan teknologi canggih
Kegemilangan sukan dan kilang-kilang serata
Cemerlang tinggal anak-anak dibuang-buang serata
Siapa yang bodoh?
Siapa yang pondan?
Siapa yang dayus?
Siapakah yang kita pertanggungjawabkan?
Cukupkah dengan berkata?
Cukupkah dengan menunggu?
Atau berdiam pentingkan diri jua?
Ataukah... ah……

Sahabatku..
Bangunlah engkau dari buai mimpi indah
Nyahkan hayalan-hayalan kosong dari fikiranmu
Buangkan budaya karut dalam dirimu

Sahabatku..
Sedarilah………
Kini kita bergelar hulubalang semangat
Arak bersembur melaungkan takbir
Islam Baka
Islam Pusaka
Islam turut mak, turut pak
Saudara baru kita, pun tak kemana jua

Sahabatku..
Kita tidak ada masa
Buktikan Al-Quran Ikutan Zaman
Buktikan Hadis perkataan AS-Sunnah
Buktikan Islam WAY OF LIFE
Buktikan I LOVE ALLAH
Zohirkan Kecemerlangan Islam Sebenarnya

Sahabatku
Kerana Ilmu kita berkasta
Kerana jahil kita berbantah
Sungguh akal kita barang terpakai jua
Firasat hijrah mendatang hampir
Menahan kita pukat di darat
Maaf... bersapakai perkataan,perbuatan dihati
Kad penganalan persaudaraan kelak
Iman,Islam dan ihsan perisai dan senjata adanya
Mari bersama kita berpegang tali
Di sini Ahmadiah Idrisiah di sana
ABJAD

Majlis Muhaadarah Madrasah Irsadiah Al- Ashraf Al- Wataniah SG. Bakap
1993( tahanawi dua)

Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD
http://abjad-sabah.blogspot.com/2010/09/memo-c-anak-jalanan-1993.html

Sunday, October 3, 2010

Ciri-ciri fahaman sesat

Fahaman Syi‘ah

Fahaman Syi‘ah jelas terkeluar dari aqidah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah, kerana percanggahan dari
pelbagai sudut dan yang paling asas dalam soal-soal aqidah. Sebahagian contoh kesesatan
Syi‘ah dalam aqidah:

i. Imam adalah ma‘sum .
ii. Para sahabat menjadi kafir kerana tidak melantik ‘Ali sebagai khalifah selepas
kewafatan Nabi salla Allah ‘alayh wasalllam.
iii. Hanya berpandukan Qur’an dan hadith versi mereka.

Sebahagian contoh percanggahan dalam furu‘

i. Nikah mut‘ah dihukumkan halal dan bercanggah sama sekali dengan ijma‘ ulama.
ii. Tidak menerima qiyas .
iii. Tidak menerima ijma‘.
iv. Hukum agama hanya untuk orang awam dan bukan Imam.
v. Dan lain-lain.

Fahaman Wahhabiyyah

Sejarah Ringkas Ajaran Wahhabi

Ajaran Wahhabi diasaskan oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab (1206H) yang mendorong
pengikutnya mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka. Sudah pasti manusia
yang lebih mengenali perihal Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab adalah saudara kandungnya dan
bapanya sendiri.

Saudara kandungnya Syeikh Sulayman bin ‘Abd al-Wahhab sering memberi peringatan
kepada umat Islam di zamannya agar tidak mengikut ajaran baru Muhammad bin ‘Abd al-
Wahhab kerana ajaran itu menghina ulama Islam serta mengkafirkan umat Islam. Sebagai bukti
sila rujuk 2 kitab karangan Syeikh Sulayman tersebut: Fasl al-Khitab Fi al-Radd ‘Ala Muhammad
bin ‘Abd al-Wahhab dan al-Sawa‘iq al-Ilahiyyah Fi al-Radd ‘Ala al-Wahhabiyah .

Bapanya juga iaitu ‘Abd al-Wahhab turut memarahi anaknya iaitu Muhammad kerana
enggan mempelajari ilmu Islam dan beliau menyatakan kepada para ulama:

“Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin ‘Abd al-
Wahhab ini”.

Sebagai bukti sila rujuk kitab al-Suhub al-Wabilah ‘Ala Dhara’ih al-Hanabilah
cetakan Maktabah Imam Ahmad, muka surat 275. Demikianlah
saudara kandungnya sendiri mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan ajaran
TAKFIR yang dibawa oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab.

Kenyataan Para Mufti Perihal Wahhabi

Mufti Mazhab Hanbaliyy, Muhammad bin Abdullah bin Hamid al-Najdiyy (1225H) menyatakan
dalam kitabnya al-Suhub al-Wabilah ‘Ala Dhara’ih al-Hanabilah ( ........ ..... ... ....... ..... ),
muka surat 276:

“Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab dan
dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia
akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap
sesiapa yang tidak sependapat dengannya adalah kafir dan halal darahnya
untuk dibunuh.”

Mufti Mazhab Syafi‘iyy, Ahmad bin Zaini Dahlan (1304H) yang merupakan tokoh ulama
Makkah pada zaman Sultan ‘Abd al-Hamid menyatakan dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah Fi
al-Radd ‘Ala al-Wahhabiyyah muka surat 42:

“Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat Islam 600
tahun sebelum mereka dan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab berkata: Aku
membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku
adalah kafir musyrik.”

Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta
menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketikamana mereka mula-mula memasuki
Kota Ta’if. Sila rujuk kitab Umara’ al-Balad al-Haram, muka surat 297 – 298,
cetakan al-Dar al-Muttahidah Li al-Nasyr.

Tokoh Wahhabi, ‘Abd al-Rahman bin Hasan Al al-Syeikh mengkafirkan golongan al-
Asya‘irah yang merupakan pegangan umat Islam di Malaysia dan di negara-negara lain. Rujuk
kitabnya Fath al-Majid Syarh Kitab al-Tawhid muka surat 353 cetakan
Maktabah Dar al-Salam Riyadh.

Seorang lagi tokoh Wahhabi iaitu Salih bin Fawzan al-Fawzan turut menghukum
golongan al-Asya‘irah sebagai sesat aqidah dan bukan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Rujuk kitabnya
Min Masyahir al-Mujaddidin Fi al-Islam , muka surat 32, cetakan
Ri’asah ‘Ammah Li al-Ifta’ Riyadh.

Wahhabi bukan sahaja menghukum sesat terhadap ulama Islam bahkan umat Islam
yang mengikut mazhab pun turut dikafirkan dan dihukum sebagai musyrik dengan
kenyataannya:

“Mengikut mana-mana mazhab adalah syirik.”

Dan Wahhabi ini berani juga mengkafirkan ibu Bani Adam iaitu Sayyidatuna Hawwa
dengan kenyataannya:

“Sesungguhnya syirik itu berlaku kepada Hawwa.”

Tokoh Wahhabi tersebut Muhammad al-Qanujiyy antara yang hampir dengan
Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Rujuk kenyataannya dalam kitabnya al-Din al-Khalis
, juzuk 1, muka surat 140 dan 160, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Maka fahaman ini menjadi kewajipan kepada ulama membongkar untuk diperjelaskan
memandangkan ramai orang Islam yang terkeliru dengan propaganda aliran ini. Aliran ini turut
bertunjang kepada pemikiran Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim al-Kharijiyy (al-Jawziyy)
antaranya:

i. Membawa konsep bid‘ah yang bercanggah dengan jumhur ulama.
ii. Mempromosi bid‘ah dalam usul (aqidah) dan furu‘ .

Percanggahan Dalam Masalah Aqidah:

i. Membawa kaedah tawhid “Tiga T”; Tawhid Uluhiyyah , Tawhid Rububiyyah
dan Tawhid Asma’ Wa Sifat, penyelewengan mereka
dalam hal tersebut adalah kerana membeza-bezakan antara Tawhid Uluhiyyah dengan
Tawhid Rububiyyah sehingga menghukum kesemua orang kafir juga beriman kepada
Allah serta menetapkan Tawhid Asma’ Wa Sifat dengan erti yang bercanggah dengan
Ahli Sunnah Wal Jama‘ah sejati bahkan lebih menjerumus kepada aqidah tajsim yang
ditolak oleh ulama Islam, pembahagian tawhid mereka tersebut tidak pernah wujud di
dalam sejarah ilmu tawhid Ahli Sunnah Wal Jama‘ah tulen.
ii. Membawa fahaman “tajsim” dan “tasybih” iaitu menjerumus kepada menjisimkan Allah
dengan mengatakan Allah itu adalah jisim dan menyamakan Allah dengan makhluk
seperti menyifatkan Allah dengan sifat mulut, telinga, bayang-bayang dan selainnya dari
sifat yang tidak pernah Allah nyatakan dalam al-Qur’an mahupun al-Hadith.
iii. Menolak pengajian sifat dua puluh (20).
iv. Menghukum syirik amalan tawassul , tabarruk , ziarah kubur dan
istighathah .
v. Mengkafirkan dan mem-bid‘ah-kan ramai ulama-ulama yang diperakui kebenarannya di
antaranya Imam Abu Hassan al-Asy‘ariyy, perumus aliran Ahli Sunnah Wal Jama‘ah,
Imam Nawawiyy dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalaniyy turut dihina oleh kelompok
Wahhabi.
vi. Mengelirukan pengertian ta’wil , ta‘til dan tafwid .
vii. Mendakwa dari golongan Salaf.
viii. Mendakwa sesiapa yang mentakzimkan Nabi Muhammad membawa kepada syirik.

Percanggahan Dalam Furu’ Iaitu Cabangan Agama:

i. Menganggap talqin sebagai bid‘ah sesat.
ii. Mengganggap amalan tahlil, Yasin, kenduri arwah sebagai bid‘ah sesat.
iii. Menganggap qunut Subuh sebagai bid‘ah.
iv. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan.
v. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid ) dalam solat sebagai bid‘ah sesat.
vi. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir.
vii. Menganggap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid‘ah sesat.
viii. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Qur’an dan hadith
sebagai bid‘ah sesat. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai
bid‘ah yang haram.
ix. Mengatakan bahawa sedekah pahala tidak sampai.
x. Menolak sambutan mawlid nabi, bahkan menolak cuti sempena hari mawlid Nabi
Muhammad bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan mawlid Nabi dengan
perayaan Kristian.
xi. Menolak amalan barzanji/marhaban/berdiri sewaktu selawat. Sufiyyah dianggap sebagai
terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani. Sebahagian ulama mereka menyeru agar
makam Rasulullah dikeluarkan dari Masjid Nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam
dari syirik.
xii. Menganggap amalan menziarahi makam Rasulullah, para anbiya’, awliya’, ulama dan
salihin sebagai bid‘ah sesat lagi syirik. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab Sufi
yang muktabar.


Gerakan Al-Arqam

Gerakan yang muncul pada awal 70an dengan membawa mesej dakwah kononnya ala Sufi.
Diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad yang berasal dari Pilin, Negeri Sembilan.

Sehingga diharamkan pada 5 Ogos 1994 setelah ketua gerakan ini dapat ditahan di
sempadan Thailand. Fahaman yang bercanggah, di antaranya:

i. Penambahan pada syahadah di awal awrad dengan ayat yang berbunyi
“Muhammad al-Imam al-Mahdiyy khulafa’ Rasulillah”.
ii. Menghubungkan awrad dengan pencak (silat) seru atau juga disebut sebagai silat
sunda. Setelah diseru, seseorang itu dapat bergerak untuk bersilat dengan sendiri.
iii. Pengikut gerakan ini mempercayai Abuya dapat berbincang dengan Malaikat Maut untuk
merunding cara ketentuan ajal ahli jemaahnya .
iv. Gerakan al-Arqam secara terang-terangan meyakini Sheikh Suhaimi yang dilahirkan
pada 1259 di Bandar Sudagaran Daerah Wonosobo yang telah meninggal dunia dan

dimakamkan di Jalan Banting akan kembali semula sebagai Imam al-Mahdi yang
ditunggu-tunggu.
v. Mereka juga berkeyakinan bahawa Abuya Ashaari Muhammad adalah pemuda Bani
Tamim yang akan membawa panji-panji Imam al-Mahdi.

Al-Arqam Dan Minda.

Minda mengikut pendapat orang-orang Arqam ialah pemikiran Ashaari yang dianggap sebagai
ilham atau wahyu. Salah seorang pemimpin mereka berkata minda Abuya adalah pemikiran
yang relevan dengan masa kini sementara kitab-kitab para ulama adalah sudah basi
(ketinggalan zaman).

Maryam Abbas ada berkata bahawa minda Abuya berfungsi sebagai pentafsir kepada al-
Qur’an dan al-Sunnah.

Dakwaan Terkini.

i. Tongkat power. Mereka meyakini bahawa Asyaari dikurniakan karamah oleh Allah yang
ingin dikongsi dengan para pengikutnya. Maka beliau memasukkan barakah-nya (power)
ke dalam tongkat.
ii. Budi bicara Abuya dalam hal kematian. Orang-orang Arqam mempercayai Abuya mereka
boleh menjadi penimbang cara bila Malaikat ‘Izra’il ingin mencabut nyawa pengikutnya.
iii. Orang-orang Arqam dikehendaki sentiasa berzikir dengan nama Abuya…Ustaz Ashaari
pemuda Bani Tamim… di dalam aktiviti harian.
iv. Mengadakan majlis pengampunan dosa.


Hizb Al-Tahrir

i. Pengasas – Taqiyuddin al-Nabhaniyy. Berasal dari Palestin dan telah berhijrah ke
Lubnan.
ii. Di Lubnan tinggal di Ra’s al-Naba’ pada akhir tahun 50an.
iii. Dia merasakan dirinya sebagai Amir al-Mu’minin dan menamakan isterinya Lami’ah Umm
al-Mu’minin.

iv. Mempunyai 3 orang anak: Taj, Usamah dan Ibrahim.
v. Mendakwa anak yang pertama sebagai pemerintah Syam, yang kedua pemerintah Iraq
dan yang ketiga pemerintah Mesir.
vi. Pergerakan ini banyak di United Kingdom.
vii. Mengkafirkan pemerintah Muslim di mana-mana juga dunia Islam.
viii. Beraqidah seperti orang Mu‘tazilah, dengan meyakini segala perbuatan hamba adalah
hasil ikhtiar hamba dan tiada kaitan dengan Allah. Dengan kata lain af‘al ( ..... ) hamba
bukan ciptaan Allah. Tiada kaitannya dengan qadha’ dan qadar. (Kitab al-Shakhsiyyah
al-Islamiyyah).
ix. Hidayah dan kesesatan adalah dari hamba dan tiada kaitannya dengan Allah. (al-
Shakhsiyyah al-Islamiyyah/kitab Nizam al-Islam).
x. Ma‘sum bagi para Anbiya’ adalah setelah dilantik, mereka sebelum dilantik adalah tidak
ma‘sum, dengan kata lain mereka terdedah dengan segala dosa. (Kitab al-Shakhsiyyah
al-Islamiyyah).
xi. Majlis Syura mereka berhak memutuskan untuk keluar dari mematuhi pemerintah
berdasarkan pemerintah yang ada, fasiq yang nyata. (Kitab al-Shakhsiyyah al-
Islamiyyah/Dustur Hizb al-Tahrir).
xii. Sekiranya pemerintah yang ada bercanggah dengan Syara‘ dan tidak berkemampuan
untuk menegakkan pemerintahan yang Islam berkewajipan keluar dari mematuhi
pemerintah. (Nizam al-Islam). Di dalam aqidah Ahli Sunnah, wajib mematuhi pemerintah
sekalipun zalim dan fasiq amal.
xiii. Barangsiapa tidak mem-bay‘ah khalifah, mati dalam jahiliyyah. Didasari dengan katanya
Nabi mewajibkan setiap orang Islam mem-bay‘ah khalifah. (al-Shakhsiyyah al-
Islamiyyah).
xiv. Orang-orang Islam semuanya berdosa besar kerana gagal untuk melantik khalifah. Dan
masa yang dimaafkan 2 malam, dan kalau malam yang ke-3 gagal, maka berdosa. (al-
Dawlah al-Islamiyyah).
xv. Sebenarnya mereka mengajak kepada orang ramai untuk mem-bay‘ah pemimpin
mereka Taqiyuddin al-Nabhaniyy.
xvi. Perjalanan (safar) untuk melakukan maksiat adalah tidak berdosa, melainkan setelah
melakukan perbuatan itu.
xvii. Mengharuskan salam dan bercium pipi bersama perempuan yang ajnabiyyah (bukan
mahram).


sumber rujukan

Seminar Pemantapan Aqidah dan Perpaduan Ummah Negeri Melaka 2008 anjuran bersama
Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Negeri Melaka, Persatuan Ulamak Negeri Melaka dan Persatuan Pegawai
Syarak Negeri Melaka pada 3 April 2008M/26 Rabi‘ul Awwal 1429H di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.

Wednesday, September 15, 2010

Ancaman kepada Ahli Sunnah

Hari ini serangan terhadap Akidah Ahli sunnah makin hebat..
ulamak bercanggah sesama sendiri.. kita org kebanyakan menjadi keliru
mana satu yang betul..
kekurangan Ilmu pada diri sendiri menjadi punca utama kita
tak dapat membezakan yang mana yang benar dan salah.
malah didalam mencari guru untuk mencari kebenaran sendiri pun
kita sering tersalah jalan.. Tapi kata ulamak.. jika kita benar benar
iklas dalam mencari kebenaran.. Allah akan permudahkan dan
menemukan kita dengan kebenaran itu.

pada diri kita sendiri.. biasanya kita sendiri tidak mahir yang mana kah
satu fahaman ahli sunnah
kita hanya mendakwa..kita berfahaman ahli sunnah.. tapi tak pernah pun
kita mencari apakah ciri fahaman ahli sunnah yg sebenarnya.. kata ulamak..
jika kita tidak mempelajari dan memahami apakah sebenarnya ciri fahaman
Ahli sunnah tersebut.. maka kita telah pun tergolong dalam salah satu dari 72
puak yang tersesat.

Rasulullah bersabda:

“Janganlah kamu menuntut ilmu untuk menghina ulama Islam, janganlah kamu
menuntut ilmu untuk mengutuk orang-orang jahil dan janganlah kamu menuntut
ilmu bertujuan agar manusia memuji kamu, barangsiapa yang melakukan
sedemikian maka dia dalam api neraka.”
(Riwayat Ibn Hibban)


Sabda Nabi Muhammad yang diriwayatkan
oleh Imam Ibn ‘Asakir dan Imam Abdariyy bahawa Baginda pernah bersabda yang bermaksud:


“Sesungguhnya manusia itu apabila ia melihat (mengetahui) kemungkaran, tiada
pula ia merubahkannya, maka Allah akan mengumumkan azab-Nya ke atas
semua manusia.”


kata Imam ‘Ali al-Daqqaq yang bermaksud:

“Senyap dari menyatakan kebenaran merupakan syaitan bisu.”

Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitab beliau Fiqh al-Absat
yang bermaksud:

“Ketahuilah bahawa mendalami ilmu usuluddin (aqidah) itu lebih mulia dari
mendalami ilmu fiqh.”

Kenyataan ini tidak bermakna kita tidak harus mempelajari ilmu fiqh langsung, akan
tetapi Imam Abu Hanifah menerangkan kemuliaan mempelajari dan mengutamakan ilmu
aqidah.

Kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma‘
ulama


Ancaman terhadap Ahli Sunnah datang dari pelbagai sudut, sama ada dari golongan yang
meng-izhar-kan mereka bukan Islam seperti Yahudi dan Kristian mahupun golongan yang
mendakwa sebagai Islam seperti puak Syi‘ah, Wahhabiyyah, Hizb al-Tahrir, Ikhwanjiyyah
(Khawarij), Islam Liberal, Sisters In Islam dan banyak lagi. Ini merupakan ujian Allah terhadap
mereka yang berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah di zaman kini supaya
memperjuangkan sunnah (aqidah dan syari‘at) bagi mendapat ganjaran syahid dalam
peperangan. Ini berdasarkan dari hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bayhaqiyy yang
bermaksud:


“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku (aqidah dan syari‘atku) ketika
rosaknya umatku, maka baginya pahala syahid.”

dipetik dari link asal
http://www.al-azim.com/masjid/seminar/pemantapan_aqidah/Ancaman%20Dan%20Penentangan%20Terhadap%20Aqidah%20Ahli%20Sunnah%20Wal%20Jama%27ah.pdf

Sunday, August 22, 2010

Komik dulu dulu

Tok Awang Ngah - Berkelahi dgn syaitan

Masa dulu..tahaun 90 an.. buku macamni la jadi peneman masa boring..
Selain Tamar Jalis.. Tok Awang Ngah juga tak kurang hebat kesahnya..
sayangnya semua koleksi buku ni dah hilang.. masa tu mana fikir nak simpan
benda camni.. hari ni cari tak jumpa dah..

beza dia dengan Siri Bercakap Dengan Jin-Tamar jalis, tamar jalis lebih menceritakan
pengalam mengembara mengikut datuknya menentang kejahatan sihir dan syaitan.
ceritanya bersambung dan bersiri. kalau nak baca ..kena baca dari awal

kalau teringin nak baca masuk sini

http://tamarjalis.blogspot.com/

bagi Tok Awang Ngah pula lebih menceritakan pengalaman mengubati orang sakit yang terkena
ganguan jin, kebolehan Tok Awang Ngah mengubati Penyakit secara tidur dan memasuki
alam Jin sangat menarik. bagi saya yang dulu suka baca cerita camni.. rasanya cerita ini
ada benarnya kerana beberapa nama org dan tempat yang disebut memang ujud ditempat saya
sendiri..

dalam kenangan































sapa nak baca sesikit yang ada tu usaha blooger aki kita..
tengok la kat sini..

http://tokawangngah.blogspot.com/

11 dec 2010

Malangnya dah lama blog tu kejung pulak..
hari ni masa merayau kat masjid india.. lepak kejap
kat satu kedai india jual paper kat maidin.
masa duk belek majalah yang ada kat situ.
ternampak pulak ada buku Tok Awang Ngah
berkelahi dengan syaitan ni. terhimpit kat timbunan
buku lama. bawah sekali. selongkar punya
selongkar, jumpa lagi satu.. terus tangkap
dua2 sekali.. baru lagi la kulit dia..


Tok Awang Ngah-Godaan Syaitan

GODAAN SYAITAN

1. DENDAM PEREMPUAN TUA BERKUDIS
2. POKOK CENERAI BERDARAH
3. JANJI PUAKA LUBUK CINA
4. ILMU SANTAU TERSALAH GUNA
5. SEMAH KEPALA PEREMPUAN BUNTING
6. BUAYA MERANGKAK NAIK KERUMAH
7. KEPALA DI TUMBUHI POKOK KAYU
8. TIDUR DI KUBUR MOYANG LABUH





Tok Awang Ngah-Berkelahi Dengan Syaitan

BERKELAHI DENGAN SYAITAN

1. LEMBAGA TINGGI PENGHADANG JALAN
2. KEPALA MELAYANG DI POKOK ASAM
3. DUA LEMBAGA BERENTAP DI HUTAN
4. LEMBAGA TAK BERKEPALA DI BUKIT MERAH
5. PEREMPUAN TUA DI PONDOK USANG
6. BUAH KUNDUR BERGOLEK DITENGAH HALAMAN
7. PEREMPUAN MEMBASUH DI MALAM HARI
8. PEREMPUAN TERGANTUNG DI POKOK KELEMPUNG
9. KUBUR TOK MALIM BERLUBANG
10. HARIMAU MELOMPAT DITENGAH SERAMBI
11. RINTIHAN DARI KUBUR
12. LELAKI GIGI RONGAK
13. LEMBAGA GHAIB DI BALIK LANGSIR
14. ORANG TUA KELUAR DARI KEPULAN ASAP
15. MAYAT BANGUN MINTA AIR

rupanya buku ni dah diulang cetak tahun 2010..
buku ni last cetak tahun 1986
cuma pasaran dia tak meyeluruh.




Alamat Penerbit/pengedar

MULYA UTAMA ENTERPRISES
No 16 jln SG 6/14, Taman Seri Gombak
68100 Batu Cave, Selangor D.Ehsan
tel: 017-3671617

Sapa rajin pegi la kat situ.. mesti dapat satu set
7 jilid.


Ahmad Mahmud = Tamar Jalis
keluar dari persembunyian sewaktu wacana
siri TJ di ipoh bulan jun 2011

Friday, August 20, 2010

APA BENDA JAKIM NI?

PENARIKAN PENGIKTIRAFAN BADAN ISLAM DI URUGUAY

Dimaklumkan bahawa JAKIM telah menarik balik pengiktirafan kepada Badan Islam Uruguay iaitu Uruguay Islamic Centre berkuatkuasa mulai 15 April 2010.

Bagi permohonan Sijil Halal yang menggunakan sijil daripada badan islam ini adalah tidak diterima.

http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=ANN-20100420101427&type=ANN

Kita mintak la jakim atau apa saja pihak berkuasa agama ni..jgn la memain
tentang sensitiviti umat Islam..

Kenyataan di atas tu.. list kan lah sekali mana produk yang guna sijil halal tu..
setakat nak lepas batuk ditangga je.. baik tak payah la.. apa guna kenyataan diatas tu.. ada publish dalam TV ke.. Dalam surat khabar ada masuk tak..
setakat buat kenyataan dalam kelambu kau org je.. baik balik kampung la..
menoreh getah lagi baik dari jadi bacul makan gaji buta..

org islam kat malaysia ni terus je la makan benda haram.. lepas tu marah pulak
rakyat malaysia takde moral , buang anak, seks bebas, hisap dadah.. segala macam
haram lagi.. dah kau orang bagi makan benda haram kat kita orang..cemana kita orang nak baik.. Sapa nak jawab dalam kubur nanti ni.. Jakim boleh tolong jawabkan ke..

Tu Ayam dan daging yang jual kat pasaraya ada cop halal tu betul2 halal ke..?
Boleh ke Jakim tanggung dosa rakyat malaysia ni..



Macdonald guna sijil ni ke..?

-
Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.

image

Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini.

image


Link asal

http://timhar.co.cc/blog/?p=263

Saturday, August 14, 2010

Kenapa Perlu Pakai Hijab

Wednesday, August 11, 2010

selamat datang Romadhan









Alhamdulillah.. sempat lagi jumpa
ramadan tahun ni.. nampaknya tahun ni
ada lebih sikit dari yang lepas.. kalau tengok dari sambutan
terawih pada malam pertama.. biasa orang ramai
datang malam kedua..iaitu hari puasa pertama..
jom tengok sikit kemeriahan masjid kat tempat saya..

















masjid dua tingkat siap aircond ni pecah rekod jumlah
kehadiran terawih untuk malam pertama..
kalau yang tahun lepas..malam pertama 3 baris je..

















budak budak macam biasa le..buat bising kat belakang..
nasib baik hall kat belakang besar.. lantak la
diorang nak main apa pun.. meriah juga bebudak ada..
diorang ni sebenarnya nak tunggu moreh..
malangnya malam pertama takde moreh..
malam ni ada dik oiii.. datang laaa...