Followers

Friday, July 31, 2009

TINGKATAN NAFSU

sambil-sambil dok relek tu.. elok juga kita refresh balik apa yang penah kita blaja dulu..
rasanya dimanakah kedudukan kita klu mengikut tingkatan nafsu nii.. mungkin ada yg boleh kita perbaiki diri kita.. memang banyak la klu nak perbaiki.. tak kisah la.. bleh muhasabah diri pun dah ok..

7 tingkatan nafsu

a) Ammarah
b) Lawwamah
c) Mulhamah
d) Mutmainnah
e) Radhiah
f) Mardiah
g) Kamilah

Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh melakukan kejahatan”(Yusof:53)

Ada tiga bentuk penegasan - 'In' (Innannafsa) - taukik, 'Lam' (La-ammarah-bissuu) - isim fil mubalaghah-taukik/fill. Ketegasan kepada 'sangat menyuruh' atau 'bersungguh-sungguh' (mengajak kepada kejahatan)

Tingkatan Ammarah

ini adalah tingkatan yang paling rendah samada perbuatan zahir atau penyakit hati yang menyebabkan dosa besar atau kecil, dosa yang disedari atau tidak. Punca ammarah ini sangatlah banyak antara lain disebabkan kejahilan atau kekurangan ilmu agama.

Lawwamah -

menunjukkan tanda-tanda kesedaran walaupun masih berterusan dalam perbuatan dosa kecil/besar serta penyakit hati dan ketelanjuran tetapi telah mula timbul perasaan inginkan kebaikan atau bertaubat atau malu terhadap perbuatan sendiri.

Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang sentiasa menzalimi diri” (Al-Anbiya: 87)

Suka saya memetik kisah di akhir dialog azazil laknatullah dengan Rasulullah SAW :

raja iblis : "Ya Rasulullah! Bahawasanya hamba sangat ajaib (hairan) melihat dua macam hal sekelian hamba Allah SWT iaitu (1) Mereka itu mengaku kasihkan Tuhan, walhal mereka itu taatkan hamba dan berbuat maksiat, (2) Mereka itu sangat marah kepada hamba, tetapi mereka menurut hasutan hamba.

(Maka) Datanglah Firman Allah SWT:

Hai mala un! Demi Kemuliaan dan KebesaranKu, Aku anugerahi umat Muhammad (dengan) 2 kebahagiaan :

(1) Kasih mereka kepadaKu dijadikan kifarah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana tipudayamu, dan

(2) Kemarahan mereka kepadamu Aku jadikan kifarah (penebus dosa) perbuatan maksiat mereka kepadaKu

Maka iblis tercengang-cengang mendengar umat Muhammad yang sangat dikasihi Tuhan GhafuururRahiim yang Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani hambanya dengan limpah rahmatNya.

(Syukurlah kita menjadi Umat Muhammad - marahkan syaitan pun InsyaAllah dijadikan kifarah penebus dosa - mashaAllah)

Mulhamah -

Firman Allah SWT :

Dan (demi perhatikan) jiwa dan Yang menyempurnakannya, Maka (lalu) diilhamkannya (oleh Allah jalan-jalan) kejahatan dan (jalan-jalan) takwa, Sungguhnya telah mendapt kemenanganlah orang yang membersihkannya (dari pada segala dosanya), Dan sungguhnya mendapat kerugianlah orang yang mengotorinya (dengan maksiat).

Mulhamah secara ringkasnya ialah apabila seseorang itu memulakan perjalanan mujahadahnya dengan nafsu tetapi kadangkala masih tertaut hatinya kepada kejahatan/maksiat. Namun apabila mengenangkan balasan Allah SWT maka dia akan menjadi takut dan cuba sedaya-upaya untuk mengelakkan jalan kemaksiatan. Di sini beliau itu telah mula dicambahkan bibit-bibit iman dan taqwa oleh Allah SWT. Masih ada penyakit hati/mazmumah tetapi dia melatih dirinya dengan kesabaran dan ibadah.

Firman Allah SWT :

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya " (Al-Baqarah 2:45-46)

Dan salah satu latihan sabar ialah menerusi ibadah puasa.

mutmainnah

Firman Allah SWT :

“Hai jiwa yang tenang (nafsul mutmainnah), kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha (radhiatan) dan diredhai (mardhiah), maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku”[Al Fajr : 27-30]

Diberitakan bahawa mereka yang telah sampai ke peringkat ini adalah mereka yang dilatih dengan keras dan tegas oleh mursyidnya. Walaupun cara yang tegas dan paksaan, tetapi seseorang yang berjaya mencapai tahap ini telah dijamin syurga.

Rodhiah

Secara ringkasnya, sifat Golongan ini ialah seolah-olah "mewajibkan yang sunat" dan "mengharamkan yang makruh" - apatah lagi yang wajib atau yang haram. Ini bukanlah bermaksud mengubah hukum tetapi sifat yang sangat bencikan apa yang tidak disukai oleh Allah SWT dan RasulNya.

Mereka adalah golongan yang redha dengan takdir yang menimpa atas diri mereka tidak kiralah yang baik atau yang buruk. Mereka adalah golongan yang berusaha meninggalkan yang makruh dan haram dan berusaha mendekati yang wajib atau yang sunat. Mereka juga suka berbuat kebajikan secara diam-diam dan sangat takutkan takbur dan riak - apatah lagi penyakit-penyakit hati yang lain. Berusaha melakukan kebajikan secara diam-diam antara lain, mendoakan para sahabatnya tanpa diketahui, bersedekah atau berjihad dengan hartanya dll.

Kebanyakan golongan telah mampu mengajak orangramai ke arah kebaikan. Golongan ini juga menjadikan Allah SWT semata-mata sebagai tempat memohon pertolongan

Mardhiah

Selain dari sifat-sifat rodhiah yang juga dimiliki oleh golongan mardiah ialah sifat yang mirip kepada mujaddid dan aulia Allah SWT. Selain golongan ini bersifat redha seperti golongan rodhiah, mereka juga diredhai oleh Allah SWT - dengan kata lain mendatangkan rahmat dan berkat kepada umat manusia yang mendekatinya.

Golongan ini; jika seorang guru atau pemimpin; biasanya adalah pemimpin tertinggi kepada pemimpin-pemimpin yang kecil yang dilantik olehnya juga.

Kamilah

Secara ringkasnya, selain gabungan sifat-sifat rodiah dan mardiah atas golongan ini, sifat golongan ini juga dikatakan hampir dengan sifat Nabi/Rasul dan para sahabatnya.

Golongan ini; jika yang kaya; adalah golongan yang paling dermawan (umpama Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Abdul Rahman Ibnu Auf), jika pahlawan - tidak takut untuk berjihad dan sentiasa mendoakan dirinya syahid, jika pemimpin - disegani bukan sahaja oleh manusia - samada kawan atau lawan - malah malaikat dan haiwan pun dikatakan mengenalinya dan juga sangat segan bila bertemu dengannya. (umpama kisah Rasulullah SAW memberikan penghormatan kepada Sayyidina Usman kerana Malaikat juga malu dengan Sayyidina Usman) dan banyaklah lagi.

Kita juga pernah mendengar banyak manakib para sahabat yang dibaca oleh Rasulullah SAW umpamanya gelaran-gelaran yang diberikan oleh Rasulullah SAW sendiri ke atas para sahabatnya seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Farouq, Ali Karimahullah Wajhah termasuklah kehebatan para sahabat baginda seperti Ali disabdakan sebagai Pintu kepada Kota Ilmu Rasulullah, Iman umat Rasulullah jika ditimbang - maka berat lagi iman Abu Bakar dll.

Kita juga pernah mendengar kisah dan sifat-sifat Sayyidina Uwais Al-Qarni r.a. yang dianggap Rasulullah SAW sebagai para sahabat baginda atau ahlul-bayt juga walaupun tidak pernah bertemu dengan Uwais.

Inilah antara contoh-contoh am seorang insan kamil atau kamaliah.
-------------------------------------------
Masih terdapat pecahan-pecahan tertentu dalam semua tahap/tingkatan ini (umpamanya Maghfirah, Safiyya dll) - cukuplah sekadar saya menyebut yang biasa dikenali ramai.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment