Followers

Saturday, August 15, 2009

GOLONGAN ANTI HADIS BERKEMBANG DI MALAYSIA

Isu Anti Hadis bermula pada tahun 1986 yang
dipelopori oleh Kassim Ahmad yang mendokong
idea Dr. Rashad Khalifa. Mereka bukan di kalangan
ahli ilmuan Islam tetapi sengaja membahaskan di
kalangan Islam dengan berpandukan akal dan
kaedah saintifi k.
2. Akibat terpengaruh dengan buku-buku Dr. Rashad
Khalifa, beliau memperkenalkan idea berkenaan
kepada umat Islam ini dengan menulis beberapa
artikel di dalam ruangan “Berani Kerana Benar”
akhbar Watan.
3. Peningkatan beliau terlihat dengan penganjuran
majlis diskusi mengenai “Teori hadis” di Pejabat
ALIRAN, Pulau Pinang dan rumah beliau di No.
8, Jalan Ayah, Tanjung Bunga, Pulau Pinang yang
dihadiri para kenalan dan ahli Parti Sosial Rakyat
Malaysia (PSRM).
4. Pada Mei 1986, Kassim Ahmad telah menulis
sebuah buku bertajuk “Hadis satu penilaian
semula” terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. yang
mana antara kandungannya ialah menolak hadis
secara total sebagai sumber hukum Islam.
5. Pada Oktober 1992, Kassim Ahmad sekali menulis
buku “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”
terbitan Media Sdn. Bhd. dengan mesej yang sama
iaitu menolak hadis.
6. Usaha golongan ini menolak hadis sebagai sumber
hukum dibuat dalam pelbagai bentuk seperti
penulisan (Risalah lqra’), artikel dalam media
cetak, diskusi, forum, ceramah dan sebagainy

CIRI-CIRI KESALAHAN
1. Penyelewengan dari sudut akidah:
a. Menolak hadis secara total sebagai sumber
aqidah dan perundangan Islam.
b. Menolak dua kalimah syahadah.
c. Menolak kepercayaan kepada Qada’ dan
Qadar.
d. Memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat
al-Quran.
e. Mempertikaikan kesahihan ayat-ayat al-
Quran.
f. Mendakwa kiamat akan berlaku pada
1710H/2280M.
g. Menolak berlakunya seksaan kubur selepas
mati.
h. Menafi kan kedudukan Nabi Adam A.S.
sebagai manusia pertama ciptaan Allah
S.W.T.
i. Menolak kemaksuman para Nabi.
2. Percanggahan dari sudut syariah:
a. Menolak pensyariatan sembahyang.
b. Menolak ketetapan hukum fi qh Islam
tentang aurat wanita.
3. Percanggahan dari sudut akhlak:
a. Menghina peribadi dan kedudukan
Rasulullah S.A.W.
b. Mencerca dan memfi tnah para Ulama’.
c. Mencabar dan mempertikaikan kewibawaan
pihak berkuasa agama.
d. Tidak mengikut displin ilmu-ilmu Islam

KEPUTUSAN
1. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum
Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah membuat
keputusan bahawa buku-buku iaitu:
(a) “Hadis Satu Penilaian Semula”.
(b) “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”, yang
ditulis oleh Kassim Ahmad.
(c) “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari
Tuhanmu”.
(d) “Hadith di dalam al-Quran”, yang ditulis oleh
Idris Abdul Rahman.
(e) Buku “Bacaan” yang ditulis oleh Othman Ali.
(f) Buku “The Computer Speaks - God’s Message
To The World” yang ditulis oleh Dr. Rashad
Khalifa.
(g) Risalah “Iqra" terbitan Jemaah al-Quran
Malaysia.
Adalah mengandungi, antara lain ajaran dan
fahaman yang menolak hadith sahih (iaitu hadith
yang disahkan bersumber daripada Rasulullah
S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan
Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W.
dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan
kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar
ayat-ayat al-Quran. Oleh yang demikian, bukubuku
dan risalah itu adalah mengandungi ajaran
dan fahaman yang bertentangan dengan ‘aqidah,
syariah dan akhlak Islam.

2. OLEH YANG DEMIKIAN;
(a) Mana-mana orang atau kumpulan orang yang
berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman -
fahaman yang terkandung dalam buku-buku
dan risalah yang dinyatakan dalam perkara
(1) adalah murtad;
(b) Percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran,
penyebaran atau pengedaran mana-mana
buku atau risalah yang dinyatakan dalam
perkara (1) termasuk;
(i) Apa-apa bentuk, versi atau variasinya;
(ii) Apa-apa terjemahannya dalam apa-apa
bahasa;
(iii) Apa-apa bahan publisiti yang bertujuan
memberikan publisiti kepada manamana
buku atau risalah itu;
Pada atau atas apa-apa bahan, sama ada
bahan cetak atau elektronik atau selainnya
atau melalui apa-apa media, adalah haram;
(c) Pengajaran, pembelajaran, pengalaman dan
penyebaran ajaran-ajaran atau fahamanfahaman
yang terkandung dalam mana-mana
buku atau risalah yang dinyatakan dalam
perkara (1) adalah haram;
(d) Adalah haram bagi orang Islam menjadi
anggota atau memimpin atau membantu
dalam menghidupkan atau mengembangkan
mana-mana kumpulan yang berpegang pada
ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang
terkandung dalam mana-mana buku atau
risalah yang dinyatakan dalam perkara (1).

http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html
AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga
sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Al-Ma`unah
54 Ajaran Azhar Wahab
55. Ajaran Hj.Banuar

No comments:

Post a Comment