Followers

Wednesday, August 5, 2009

HUKUM DAN KAEDAH MNYEMBELIH BINATANG



Firman Allah SWT :

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah*, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya**, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah***, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini**** orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Aku redha Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa***** kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Penyembelihan dalam Bahasa Arab ialah Zakah. Ianya berasal dari perkataan tathayub - mengenakan wangi-wangian. Istilah raihah zakiyah ialah bau wangi/harum. Jadi Zakah dimaksudkan sebagai penyembelihan ialah ibahah syariah iaitu pemubahan syarie dapat menjadikan penyembelihan itu adalah baik. Penyembelihan cara syarie ialah seekor binatang/haiwan itu tidak boleh dimakan walaupun halal kecuali ianya disembelih dahulu (kecuali belalang atau ikan)

HUKUM MENJUAL ATAU MENYEMBELIH HAIWAN UNTUK TUJUAN SEMBAH BERHALA

kadang kala terdapat org bukan islam membeli ayam dikedai islam dan menyuruh sembelih mengikut cara upacara sembahyang mereka. terdapat juga keadaan dimana mereka membawa ternakan mereka dan meminta menyembelih dan diproses untuk upacara sembahyang agama mereka.

"(diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala."

- boleh membawa maksud diharamkan juga menjual (selain memakan) bagi tujuan sembelihan untuk berhala

Ini kerana :

Firman Allah SWT :

"...Dan hendaklah kamu tolong menolong dalam mengerjakan kebajikan dan ketakwaan terhadap Allah, dan jangan kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa dan pencerobohan..." (Surah al-Maaidah, ayat 2)


Tetapi jelas kepada kita, adakah kita tahu atau diberitahu (oleh sipembeli bukan Islam) bahawa penjualan ayam berkenaan adalah untuk tujuan/acara yang bersabit dengan penyembahan berhala?

Jika kita telah pasti, maka tentunya ianya haram.

Jika kita tidak pasti dan kita jual juga (kepada yang bukan Islam) - yang tidak dibolehkan ialah akad jual dan beli (cara Islam) - itu sahaja.

GARIS PANDUAN PENYEMBELIHAN HAIWAN DAN STUNNING MENURUT ISLAM

MUKADDIMAH

Takrif

Dalam bahasa Arab disebut bererti penyembelihan atau bererti pembersihan, iaitu pembersihan dari sebarang kekotoran dan najis iaitu melukakan bahagian-bahagian tertentu pada leher binatang oleh orang-orang tertentu dengan alat-alat yang tertentu

Penyembelihan mengikut hukum syarak bermaksud menyembelih binatang yang mampu dikuasai dan harus dimakan dengan memutuskan urat halkum, urat merikh dan dua urat darah dikiri dan kanan leher binatang (saluran makan dan minuman )

Penyembelihan merupakan salah satu cara untuk memastikan binatang dan menghalalkan dagingnya.

Islam membezakan bentuk penyembelihan dan mengambil kira cara pengambilan nyawa atau mematikan binatang halusan teknik ini adalah sebagai melatih, mendidik jiwa setiap muslim bersifat ihsan, berdisiplin dan penuh tanggungjawab

Binatang yang halal dimakan jika tidak disembelih secara syarak, dagingnya akan menjadi haram kerana dianggap menjadi bangkai sedangkan bangkai adalah haram di makan.

HIKMAH PENYEMBELIHAN

Untuk melepaskan nyawa binatang dengan jalan mudah, tidak menyakiti dan menyeksakan Diisyaratkan supaya disembelih di leher kerana lebih dekat / cepat untuk memisahkan roh. Hikmah diharamkan menggunakan alat penyembelihan yang ditegah adalah kerana menyakitkan

binatang. Islam menyuruh mematikan binatang dengan baik dan beradab

Melahirkan rasa ihsan ke atas binatang dan memupuk jiwa yang baik dalam hubungan sesama manusia Membezakan cara penyembelihan dengan orang bukan Islam Darah yang mengalir keluar tidak berbau busuk berbanding dengan darah yang keluar (beku), dengan ini daging dapat disimpan dengan lebih lama & bermutu.

Kaedah Hukum Makanan

Tiap - tiap barang (zat) dipermukaan bumi ini menurut hukum asalnya adalah halal kecuali ada larangan dari syara' atau kerana mudharatnya

Binatang yang hidup di air semuanya halal, baik yang berupa ikan atau lainnya, mati dengan atau ada sebab atau mati sendiri.

Binatang yang hidup di air dan di darat seperti katak, buaya dan sebagainya hukumnya haram ( tidak halal dimakan )

Binatang yang berkehidupan di darat ada yang halal dan ada yang tidak halal (haram). Antara

yang halal : unta, lembu, kerbau, kambing, kuda

4. SUMBER MAKANAN DAN MINUMAN HALAL

Haiwan

Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:-

(a) Haiwan Darat

(b) Haiwan Air

Haiwan Darat

Semua haiwan darat halal dimakan kecuali :-

(a) Haiwan yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak.

(b) Babi

(c) Anjing

(d) Haiwan yang bertaring yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, kucing dan kera.

(e) Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar seperti burung helang.

(f) Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya seperti tikus, kala, ular, gagak, lipan dan seumpamanya.

(g) Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah dan burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.

(h) Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.

(i) Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya dan penyu, anjing laut dan seumpamanya.

Haiwan Air

Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di air sahaja seperti ikan. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia seperti ikan buntal.

Tumbuh-tumbuhan

Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia seperti ganja serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram

Minuman

Semua jenis air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan yang bercampur dengan benda-benda yang najis dan haram seperti arak.

5. BENDA-BENDA LAIN YANG HARAM DIMAKAN

(a) Haiwan halal yang mati tanpa disembelih mengikut Hukum Syarak kecuali ikan dan belakang.

(b) Semua jenis darah kecuali hati dan limpa haiwan yang halal.

JENIS PENYEMBELIHAN

Secara manual ( menggunakan tangan )

Penyembelihan ke atas binatang yang boleh dikawal

Dilakukan ke atas binatang yang tidak menimbulkan kesukaran untuk menyembelihnya seperti di leher ( tempat yang diisyaratkan ) samada sifat binatang tersebut liar atau jinak.Bagi binatang jinak,

penyembelihan dilakukan dengan cara biasa ( seperti dalam syarat penyembelihan )

bagi binatang liar apabila ianya dapat ditangkap ( seperti semasa perburuan ) dengan anak panah dan sebagainya hendaklah masih ada padanya hayat mustaqirrah

(Di antara tanda adanya hayat mustaqirrah itu ialah kuat geraknya ketika dipotong halqum dan mari’nya, dan menyembur darahnya.)

Penyembelihan ke atas binatang yang tidak boleh dikawal

Ia dilakukan ke atas binatang yang tidak dapat ditangkap untuk disembelih di lehernya (tempat yang disyaratkan ) sama ada semasa perburuan atau semasa bukan semasa perburuan. Bagi binatang yang

harus disembelih dengan cara ini adalah halal dimakan hanya dengan melukan mana-mana bahagian tubuh badan tersebut dengan alat yang diharuskan yang boleh menyebabkan kematian.

Secara menggunakan mesin

Ia merupakan salah satu cara penyembelihan binatang dengan pisau yang tajam yang digerakkan oleh

mesin elektrik sebagai menggantikan tangan manusia. Dalam proses ini seorang pekerja muslim dipertanggungjawabkan untuk mengawasi perjalanan mesin tersebut. Pekerja mestilah muslim yang mematuhi syarat=syarat penyembelihan.

RUKUN PENYEMBELIHAN

Rukun penyembelihan terdiri daripaada 4 perkara :

i.. Penyembelih

ii. Alat penyembelihan

iii.Cara penyembelihan

iv. Binatang sembelihan

Penjelasan bagi rukun penyembelihan

Penyembelih

i. Beragama Islam dan berakal. Orang bukan Islam, orang gila, mabuk dan kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak sah penyembelihannya kerana penyembelihannya adalah satu cara ta’abbud kepada

Allah s.w.t yang memerlukan niat. Penyembelihan orang buta adalah makruh. Dalam perburuan penyembelihan orang buta adalah haram samada menggunakan panah atau sebagainya kerana di

antara syarat pemburu ialah

i. dapat melihat.

ii. Memahami syarat sah penyembelihan

iii. Memutuskan halkum dan dua marikh bagi mengalirkan

iv. Tidak berada dalam ihram (bagi mereka yang menunaikan haji dan umrah )

Alat penyembelihan

i. Setiap benda yang boleh memotong urat-urat leher dan mengalirkan darah sama ada berupa besi,

batu, kaca atau seumpamanya adalah boleh digunakan untuk menyembelih kecuali kuku, tulang dan gigi kerana ia adalah sebahagian daripada anggota manusia yang dihormati.

ii. Penyembelihan yang menggunakan pisau hendaklah dipastikan sentiasa tajam untuk memutuskan urat dengan tepat.

iii. Ketajaman pisau hendaklah dikekalkan kerana setiap penyembelihan terpaksa memutuskan halangan bulu-bulu binatang seperti ayam sebelum mata pisau mencecah pada kulit binatang untuk dilukakan

iv. Alat penyembelihan hendaklah dipastikan sentiasa bersih dari berlumuran darah

Cara Penyembelihan

i. Memutuskan halqum ( saluran pernafasan ) dan dua urat marikh (saluran makanan dan minuman ) yang terletak di bawah halqum. Hukum memutuskan dua urat kiri dan kanan adalah sunat. Walau bagaimanapun kita digalakkan memotong kedua-dua urat darah tersebut supaya binatang yang disembelih cepat mati.

Binatang sembelihan

i. Haiwan darat contoh ayam, lembu, kambing an lain-lain

ii. Haiwan yang halal di makan oleh orang Islam ( sila rujuk Garis Panduan Makanan Dan Barang Gunaan Orang Islam )

iii. Masih ada hayat mustaqirrah

iv. Penyembelihan dilakukan ditempat yang berasingan daripada haiwan yang tidak halal

iv. Haiwan mestilah sihat dan tidak berpenyakit

SYARAT SAH PENYEMBELIHAN

4.1 Syarat-syarat bagi menghalalkan penyembelihan ialah :

i. Niat atau qasad - penyembelih mestilah melakukan penyembelihan dengan ada niat atau tujuan sedar apa yang dilakukannya itu. Jika seseorang menyembelih bukan kerana Allah s.w.t atau kerana berhala

atau pemujaan, tidak halal penyembelihan tersebut dan haram dimakan dagingnya.

ii. Menyegerakan keluarnya roh binatang dengan memutuskan halqum dan urat marikh.

iii. Masih ada hayat mustaqirrah

iv. Haiwan yang halal di makan oleh orang Islam

v. Penyembelihan dilakukan dengan sekali potong sahaja dan ia boleh dilakukan berulang kali tanpa mengangkat pisau / alat penyembelihan.

HUKUM – HUKUM BERKAITAN DALAM PENYEMBELIHAN

Perkara – Perkara Sunat Dalam Penyembelihan;

i. Membaca Bismillah bagi mazhab Syafi’e dan Maliki tetapi wajib bagi Mazhab Hanafi dan Hambali

ii. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w selepas membaca Bismillah.

iii. Sunat diasah pisau supaya cukup tajam. Menggunakan alat penyembelihan yang tajam adalah dituntut oleh syarak supaya tidak menyeksa binatang. Adalah makruh sekiranya alat penyembelihan tumpul.

iv. Membaringkan binatang diatas rusuk kirinya dengan lembut dengan kepadanya diangkat sedikit.

Penyembelih hendak lah menegang kulit di bawah dagunya dan menarik sehingga nampak jelas kulitnya atau uratnya.

v. Memutuskan semua urat yang tertentu dengan segera supaya binatang tersebut mati dengan cepat tanpa menyeksanya. Penyembelihan juga tidak boleh memutuskan saraf tunjang ( spinal cord ) atau putus langsung lehernya.

vi. Sunat menghadap kiblat

Perkara - Perkara Makruh Dalam Penyembelihan

i. Tidak membaca Bismillah

ii. Menghalakan binatang selain dari arah kiblat

iii. Meletakkan kaki di atas pipi binatang

iv. Mengasah pisau yang di hadapan binatang yang dibaringkan dan di hadapan binatang-binatang yang lain

v. Melakukan penyeksaan tanpa sebab seperti memutuskan kepala, mematahkan leher, memotong hingga sampai ke saraf tunjang atau menyembelih dari belakang tengkuk dan mengheret binatang secara songsang ke tempat penyembelihan

vi. Melapah atau memotong kulit sebelum binatang sembelihan itu sejuk

STUNNING

Syarat Penggunaan Stunning

i. Memenuhi syarat-syarat sah penyembelihan

ii. Haiwan tersebut mestilah mempunyai 'hayat mustaqqirah' dengan tanda pertamanya haiwan itu akan menggelupur dan yang kedua darahnya terpancar ketika disembelih

iii. Binatang tersebut hanya tidak sedarkan diri apabila melalui proses stunning, tetapi sekiranya binatang itu tidak disembelih ia akan sedar semula seperti biasa.

iv. Terdapat petugas mengawalnya semasa penyembelihan. Sekiranya terdapat penyembelihan yang tidak sempurna, binatang tersebut hendaklah dikeluarkan.

v. Pengguna stunning hendaklah dikawal selia oleh Jabatan yang bertanggungjawab

vi. Haiwan yang mengalami stunning hanya mengalami kejutan sementara dan tidak menyebabkan mati atau mengalami kecederaaan kekal

vii. Peralatan yang digunakan untuk stunning binatang yang halal tidak boleh digunakan untuk binatang yag tidak halal.

Jenis-jenis Stunning

Penggunaan stunning bertujuan melalikan binatang sebelum penyembelihan . Tiga jenis stunning yang biasa digunakan :

1. Stunning Elektrik

2. Stunning Mekanikal

3. Stunning Angin (Pneumatic)

Stunning Elektrik

i. Kekuatan arus elektirk hendaklah dikawal oleh jabatan yang berkenaan.

ii. Jenis yang menggunakan stunning di kepala haiwan iaitu meletakkan dua elektrod di bahagian

kepada haiwan

iii. Stunning elektrik untuk dan itik ialah ‘waterbath’ atau ‘water stunner’ sahajavi. Voltan yang

digunakan hendaklah mendapat pengesahan daripada jabatan yang berkenaan.

Stunning Mekanikal

i. Hanya digunakan pada lembu, kerbau,bing dan biri-biri.

ii. Jenis yang tidak menusuk ( berkepala bentuk cendawan/bulat )

iii. Tidak menembusi atau memecahkan tengkorak supaya tidak berlaku kecedaraan kekal.

iv. Haiwan yang mati akibat sembelihan yang tidak sempurna hendaklah diasingkan

Stunning Angin ( Pneumatic)

i. Sejenis stuunning berkuasa elektrik yang bertindak melalui tekanan udara dan tidak mengandungi

sebarang peluru

ii. Ketukan udara berlaku dibahagian hujung tengkuk haiwan menyebabkannya tidak sedarkan dirinya

beberapa saat

iii. Stunning jenis ini hendaklah ditujukan pada pangkal tengkuk.

No comments:

Post a Comment