Followers

Friday, August 21, 2009

mengenal pasti ajaran sesat

kebelakangan ini bayak ajaran berkembang hingga tidak diketahui yang manakah benar dan yang manakah batil. disini sedikit panduan mengenali tanda2 puak yang terpesong ajaranya.

soalan
Bagaimanakah kita hendak mengenal pasti sama ada sesuatu ajaran agama Islam seseorang itu merupakan ajaran sesat atau tidak?

jawapan
Panel akan memberikan takrif secara ringkas mengenai ajaran sesat dan ciri-ciri utamanya.Justeru anda bolehlah membuat penilaian selepas memahaminya.

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam atau didakwa tidak berlawanan dengan dasar-dasar ajaran Islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Ciri-ciri utama ajaran sesat antaranya seperti berikut:
i. Mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.
ii. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya.
iii. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi.
iv. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi.
v. Mengaku memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah SAW.
vi.Mempercayai semua ajaran adalah sama.
vii.Mengaku dirinya sebagai wali.
viii. Mempercayai gurunya boleh memberi syafaat.
ix. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk.

sumber
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/81a0a9f3754a36860025729d001d5a71?OpenDocument
.

No comments:

Post a Comment